Sunday, 27 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014/1435H

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014/1435H kepada sahabat pembaca yang dihormati sekelian. Kemeriahan Aidilfitri melambai pemergian bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak dengan harapan agar segala amal diterima serta berterusan untuk bulan dan tahun-tahun yang mendatang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014/1435H

Ekspresi Aidilfitri 2014/1435H


Ekspresi Aidilfitri pada tahun ini banyak berkisar perkhabaran sedih dan menyayat hati tentang masyarakat kita dan antarabangsa. Antara kejadian tidak terjangka amat memilukan berlaku dibulan mulia Ramadhan ialah tragedi pesawat MH 17 yang meragut nyawa diwaktu kita semua masih ternanti-nanti perkhabaran tentang MH370 yang sehingga kini masih sepi penuh persoalan tanpa perungkaian.

Selain itu, berita luka yang masih belum terubat namun terus berdarah… Tanah suci Palestin terus menerus menjadi habuan Zionis. Kekejaman menjadi satu perjuangan suci, mengaburi nilai kemanusiaan dengan retorik dusta. Pentas dunia dihidangkan dengan hiburan boneka Zionis… lalu dunia bersorakan bertepuk tangan menenggelamkan suara-suara hak dalam jeritan pilu.

Hari Raya Aidilfitri 2014/1435H… Sketsa kehidupan dicoret juga dengan peringatan sivik dan pengajaran sosial. Perkara yang tidak perlu diukur berteraskan bangsa dan agama apatah lagi dengan isu sempit perkauman. Merangkumi isu sosial, kekeluargaan, jenayah… banyak sebenarnya yang berlaku tanpa kita sedari dan ketahui. Semoga Allah memberi ketabahan, ihsan serta dipermudahkan jalan kebaikan untuk segala-galanya.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan bagi meraikan kejayaan umat Islam di seluruh dunia menyempurnakan ibadah puasa. Melangkaui batas bangsa, keturunan dan budaya, ketibaan Syawal pasti dirasai oleh setiap jiwa Muslim.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014/1435H

Justeru, aku mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014/1435H buat semua sahabat pembaca yang dihormati dan dikasihi sekelian. Ampun dan maaf aku pohonkan sekiranya terdapat sebarang kekhilafan sepanjang silaturrahim atau tersentuh hati yang tidak sepatutnya sepanjang membaca nukilan serta coretan diruangan blog ini.

Semoga Hari Raya Aidilfitri ini disambut dengan keceriaan dan dipenuhi nikmat kesyukuran kepada Yang Maha Pencipta…. Subhanallah walhamdulillah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin



Salam ceria Aidilfitri 2014/1435H

Khir Khalid


Continue Reading

Friday, 25 July 2014

Masjid Al-Khairiyah Dianugerahkan Masjid Terbaik Selangor 2014

Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak, telah dianugerahkan sebagai Masjid Terbaik Negeri Selangor tahun 2014. Anugerah ini adalah berdasarkan prestasi pengurusan serta aktiviti-aktiviti terancang yang kerap diadakan dalam menjadikan masjid ini bukan sekadar tempat beribadah, malah senantiasa diimarahkan sebagai pusat aktiviti ilmu untuk komuniti dan masyarakat setempat.

Masjid Al-Khairiyah Dianugerahkan Masjid Terbaik Selangor 2014

Masjid Al Khairiyah Taman Sri Gombak


Masjid Al-Khairiyah yang terletak di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor ini telah dirasmikan pada 9 Julai 2004 bersamaan 21 Jamadilawal 1425 Hijrah oleh Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Masjid Al-Khairiyah Dianugerahkan Masjid Terbaik Selangor 2014
Visi Masjid Al-Khairiyah adalah untuk menjadikan masjid sebagai Pusat Sehenti (One-Stop Centre) kegiatan ummah menjelang 2015 dalam membangun keimanan, ketaqwaan dan beramal berasaskan Al-Quran dan As-sunnah. Rekabentuknya yang berkonsepkan senibina Melayu dengan penerapan ciri-ciri senibina Islam ini boleh menampung sejumlah 4000 jemaah dalam satu-satu masa. Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman web >>> www.alkhairiyah.com

Bertepatan dengan 'motto' masjid ini iaitu, 'Al-Khairiyah Di Hati Kami'... Ia juga menjadi kegembiraan kepada aku disebabkan kenangan yang ada di Masjid Al-Khairiah ini. Taman Sri Gombak sebenarnya adalah tempat kami bermastautin bermula selepas mendirikan rumahtangga pada tahun 1999 sehinggalah diawal tahun 2013. Kesemua anak-anak aku mula membesar di kawasan ini sebelum berpindah ke Rawang. Banyak kenangan yang terabadi sebelum terbangunnya Masjid Al-Khairiyah, sehingga ianya meriah dengan pelbagai aktiviti-aktiviti ilmu, kekeluargaan dan kemasyarakatan.   


Suasana Aktiviti Di Masjid Al Khairiyah


Masjid Al-Khairiyah Dianugerahkan Masjid Terbaik Selangor 2014
Suasana dalam satu majlis ilmu
Masjid Al-Khairiyah Dianugerahkan Masjid Terbaik Selangor 2014
Masjid ini mempunyai jadual aktiviti yang padat setiap bulan
Masjid Al-Khairiyah Dianugerahkan Masjid Terbaik Selangor 2014
Kenangan sewaktu majlis Sambutan Zikra Maulidurrasul
Masjid Al-Khairiyah Dianugerahkan Masjid Terbaik Selangor 2014
Anak bersama rakan sekolah sewaktu menetap di Taman Sri Gombak
Masjid Al-Khairiyah Dianugerahkan Masjid Terbaik Selangor 2014
Pegawai dan AJK Masjid yang bertanggungjawab memastikan segala urusan berjalan lancar
kredit gambar : fb Masjid Al-Khairiyah

Masjid Al Khairiyah Dan Taman Sri Gombak


Sehingga kini, Masjid Al-Khairiyah masih tetap aku kunjungi jika ada urusan kerja mahu pun kekeluargaan di sekitar Taman Sri Gombak. Aku senantiasa mengikuti perkembangan apa jua aktiviti yang dijalankan melalui FB masjid ini. Sekiranya terdapat acara ilmu yang menarik, ia juga menjadi saat terbaik untuk kami sekeluarga berkunjung walaupun telah berpindah dan menjadi ahli kariah lain.

Alhamdulillah… Tahniah dan syabas aku ucapkan kepada Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak.  

Al-Khairiah Di Hati Kami


Salam Hormat & Salam Ceria

Khir Khalid


Continue Reading

Thursday, 24 July 2014

Penghargaan Kad Ucapan Aidilfitri Blogger Vee

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. Pada hari ini, keceriaan aura Aidilfitri semakin terasa apabila menerima lagi kad ucapan Hari Raya Aidilfitri daripada sahabat blogger, saudari Vee. Penghargaan terima kasih aku ucapkan atas ingatan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Vee… J

Kad Hari Raya Aidilfitri Blogger Vee 


Penghargaan Kad Ucapan Aidilfitri Blogger Vee
Penghargaan Kad Ucapan Aidilfitri Blogger Vee


Ucapan Aidilfitri Buat Saudari Vee 


Sempena bulan yang mulia ini, aku juga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri ikhlas kepada saudari Vee. Mohon maaf zahir dan batin sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dalam berblogging selama ini. Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang disambut dengan keceriaan dan menjadi kenangan yang manis. Mudah-mudahan juga silaturrahim yang terjalin sesama kita semua terus berkekalan dengan sepenuh keberkatan… aamiin.

p/s: Jom kita singgah ke blog saudari Vee, membaca info menarik disamping berkenalan di >>>>>

>>> Vee Sandiwww.veesandy.blogspot.com



Salam Hormat & Salam Ceria

Khir Khalid   


Continue Reading