Jumaat Terakhir Ramadhan 2013.. Ampunkanlah Dosa Ku, Ya Allah.

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera Jumaat yang lalu merupakan hari Jumaat terakhir untuk Ramadhan kali ini. Penghulu segala ha...

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Jumaat yang lalu merupakan hari Jumaat terakhir untuk Ramadhan kali ini. Penghulu segala hari yang terakhir didalam bulan paling mulia dalam kalendar Islam. Dalam tempoh waktu beberapa hari lagi, sekelian muslimin dan muslimat seluruh alam akan menyambut kedatangan Syawal. Pemergian Ramadhan akan pasti dirindui dan kehadiran Syawal dinanti dengan penuh keceriaan dan kemaafaan serta permuafakatan.

Menunaikan solat Jumaat di sebuah Madrasah di Bandar Tasik Puteri, Rawang yang didirikan hasil sumbangan dan bantuan orang ramai. Aku amat kagum walaupun ia tidak sebesar sebuah masjid, kelengkapan serta hiasan dalamannya cukup lengkap dan selesa. Ia menjadi pusat ibadah bagi seluruh penduduk dikawasan itu termasuk solat Jumaat.

Dalam cuaca tengah hari yang cukup panas, ruang dalam ibadah yang dianggarkan boleh menempatkan jemaah seramai  lebih 200 orang itu, cukup selesa dan nyaman kerana ia dilengkapi penghawa dingin yang juga hasil daripada sumbangan kewangan orang ramai. Bukan sebuah tetapi ada 7 buah alat penghawa dingan besar skala komersil yang terletak disetiap penjuru dan pintu masuk masjid. Terlalu cukup untuk menahan bahang cuaca terik matahari diluarnya.

Setelah usai azan pertama menandakan telah masuk waktu solat, aku bangun untuk menunaikan solat sunat Jumaat. Pada ketika orang-ramai berpusu-pusu masuk dan aku mula menyusur langkah ke depan memenuhi ruang-ruang saf yang kosong bagi membolehkan lebih ramai jemaah dibelakang memenuhi ruang solat.

Selesai sahaja menunaikan solat sunat dan pada ketika Khatib mula berkhutbah, aku mula terasa dan menyedari yang aku duduk betul-betul tepat diarah angin penghawa dingin bertiup. Malangnya, alat “swing” dipenghawa dingin tersebut tidak bergerak dan anginnya berterusan berhembus kuat, tepat ke muka serta seluruh badan aku dan beberapa orang bersebelahan dalam suhu kedinginannya yang paling rendah antara 16 ke 18 celcius.

Ya Allah.. suasana nyaman yang pada mulanya dirasakan tadi telah menjadi suasana yang memburukkan. Angin dingin yang begitu kuat berhembus ke muka tidak langsung dapat ku elakkan. Hidung dan tekak menjadi kering kedinginan. Mata menjadi pedih berair. Dada dan badan mula bergetar menggigil… mencengkam jasad yang sedang berpuasa ini.

Dari ketika khatib mula memberikan salam untuk menyampaikan khutbah, diikuti azan kedua, waktu khutbah pertama dan kedua sehinggalah selesai solat Jumaat berjemaah adalah merupakan detik-detik sengsara buat aku menahan siksa kesejukan. Detik waktu dirasakan sungguh perlahan. Jasad yang berlawan menahan sengat kesejukan yang teramat menghilangkan kenikmatan mendengar khutbah dan solat Jumaat… Lebih kurang hampir 40 minit secara keseluruhannya aku terpaksa menahan seksaan hembusan tajam dingin angin dari mesin yang membekukan itu. Diuji ketika berpuasa, diwaktu panas terik cuaca tengah hari dengan kesejukan yang menyeksakan di rumah suci Mu…

Ya Allah.. apakah dosa-dosa yang telah aku lakukan. Walau apapun secara sengaja atau tidak disengajakan, kau ampunkanlah. Kau ampunkanlan dosa-dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku, kaum keluarga ku, jiran tetangga dan sahabat handai serta muslimin dan muslimat seluruhnya.. amin.

Kejadian Jumaat tersebut akan tetap aku kenang… Kedinginan yang sungguh menyeksakan. Semoga menjadi satu peringatan untuk aku sentiasa bermuhasabah diri.

Maha suci Mu Ya Allah… Tuhan Maha Besar, Tuhan Sekelian Alam.


Sekian,


Salam Hormat, Salam Berkat

Khir Khalid.




COMMENTS

BLOGGER: 6
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Jumaat Terakhir Ramadhan 2013.. Ampunkanlah Dosa Ku, Ya Allah.
Jumaat Terakhir Ramadhan 2013.. Ampunkanlah Dosa Ku, Ya Allah.
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/08/bermuhasabah-diri-jumaat-terakhir.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/08/bermuhasabah-diri-jumaat-terakhir.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy