Catatan Pesan Akhir Zaman.

Pesan akhir zaman, dunia akhir zaman, akhir zaman,

Catatan Pesan Akhir Zaman. Hari ini aku terkesan apabila menerima perkongsian melalui WhatsApp dari saudara yang dikasihi. Ia berkenaan penulisan seorang hamba Allah, lantas terpanggil untuk aku kongsikan pandangan penulis di laman ini, sekadar memanjangkan pesanan peringatan buat sahabat pembaca dihormati agar bersama kita perhati dan fikirkan.

Bila mana memikirkan soal fakta dan kenyataan, apa yang diwancarakan oleh penulis tersebut ada asasnya. Hatta, jadikanlah ia sebagai peringatan kita. Kepada Allah jua kita berserah dengan doa, ikhtiar, usaha dan tawakkal. Kepada Allah jua segala ilmu serta kerahsiaan...

** Ketika ini seluruh umat Islam di dunia menumpu perhatian pada kisah di Mesir dan Syria.. tetapi sedarkah kita bahawa ini adalah episod terakhir permainan dajjal sebelum membuka fasa berikutnya.. Tahukah anda, sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin.. sebaliknya Mekah dan Madinah.

Tahukah anda Mekah dan Madinah kini telah dikepong secara sistematik oleh Zionis (Israel) dan sekutunya Syiah (Iran) bermula dengan...

TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan jatuh ketangan puak Sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah pemimpin 'Islamik' Erdogan. Hakikatnya beliau hanyalah 'Puppet' yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang pengikut setia Attartuk.

PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak Kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

IRAQ satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan dicerobohi dan diranapkan USA dan negara salib dengan bantuan sulit dari Syiah (Iran).

AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (Iran) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).

LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat negara salib dijadikan bahan eksperimen untuk mencetuskan 'Arab Spring'.. Rakyatnya dihasut untuk bangkit.. dibantu bersungguh-sungguh oleh NATO.

SYRIA adalah sasaran sebenar operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab-kitab lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang armageddon melibatkan Mesiah (dajjal) dan Al-Mahdi.

MESIR walaupun diserahkan kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin, kemudian dirampas semula oleh tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga umat Islam supaya tercetusnya armageddon dengan segera...

Lihatlah.. di peta, semua negara di sekeliling Mekah dan Madinah telah ditawan dengan sistematik.. Diakhir zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa tempat suci umat Islam iaitu Kaabah akan diruntuhkan oleh lelaki dari Habsyah diberi kepercayaan memerintah Rom.

Siapa lelaki Habsyah ini? Semua sedia maklum... Rom dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya... dan satu-satu lelaki Habsyah (kulit hitam) yang memerintah ialah presiden terkini mereka iaitu Barrack Obama.

Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah saw mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al Bukhari dan At Tabrani.

Diantara tanda-tanda akhir zaman ialah bila masa Kaabah akan diruntuhkan dan pelakunya seorang lelaki berketurunan Habsyah yang dilantik menjadi pemerintah Roman. Subhanallah.. kita semakin hampir...**

Adakah benar kita sudah semakin hampir? Sama-samalah kita perhati dan fikirkan...
Semoga Allah turunkan pertolongan burung Ababil untuk tentera Abrahah moden ini, jika itu hasrat kalbu mereka yang tersirat. Ini kerana mereka percaya bahawa asas kekuatan paling utuh umat Islam adalah kiblat, yang membawa kembali umat Islam kepada penyatuan iman dan taqwa.. Wassalam.

- Sekadar gambar hiasan.

Kaabah

COMMENTS

BLOGGER: 14
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Catatan Pesan Akhir Zaman.
Catatan Pesan Akhir Zaman.
Pesan akhir zaman, dunia akhir zaman, akhir zaman,
http://lh4.ggpht.com/-NIPKywh53H0/UhGu4TmFIyI/AAAAAAAADmY/fyuAzooyONc/s640/IMG_109339964908213.jpeg
http://lh4.ggpht.com/-NIPKywh53H0/UhGu4TmFIyI/AAAAAAAADmY/fyuAzooyONc/s72-c/IMG_109339964908213.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/08/catatan-pesan-akhir-zaman.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/08/catatan-pesan-akhir-zaman.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy