Cerita Tentang Masakan

Masakan, cerita tentang masakan, cara mengenal resepi campur arak.

Assalammualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera.

Dalam kemeriahan Aidilfitri yang masih berbaki ini, pasti ramai diantara kita yang masih lagi penuh jadualnya dengan pelbagai jemputan rumah terbuka saudara dan rakan di rumah ataupun majlis-majlis rasmi di restoran terpilih mahupun di hotel. Tak kira siapa atau di mana, apa yang penting, majlis disambut penuh meriah dengan pelbagai juadah agar jalinan silaturahim dapat diperjalinkan dengan lebih erat lagi.

Dalam waktu awal beraya, sempat juga aku bertemu seorang sahabat lama yg jarang-jarang dapat bersua. Maklumlah, masing-masing selalu sibuk terikat dengan komitmen masing-masing. Maka raya kali ini dapat melawat dan menghabiskan masa beberapa jam bercerita perkhabaran diri. Namun, apa yang menarik hingga terpanggil nak dikongsikan di sini ialah cerita beliau tentang topik makanan yang menyentuh tentang arak dan lemak khinzir.

Beliau adalah seorang Chef yang boleh juga dikatakan berpengalaman. Sehingga kini sudah hampir 16 tahun berkecimpung dalam bidang masakan ini. Pernah juga bertugas selama beberapa tahun di hotel terkemuka luar negara dan kini bekerja disebuah hotel rangkaian terkemuka di ibu negara, memegang jawatan Ketua Penolong Chef disitu. Kalau ada masalah makanan tidak mengikut piawaian pelanggan atau apa jua kegagalan berkaitan makanan, beliaulah diantara orang yang mula-mula kena menjawab.

Apa yang menarik tentang cerita beliau ialah berkenaan penggunaan arak dan lemak khinzir didalam masakan. Menceritakan dari mulut beliau sendiri sudah pasti kita semua berasa risau untuk makan di restoran dan hotel sebarangan. Tetapi dengan adanya posisi-posisi kerja seperti beliau di tempat seperti itu dapat memastikan kita menikmati makanan yang dijamin halalnya.. in shaa Allah.

Menurut beliau, satu-satunya cara sebenar untuk mengesan arak yang terkandung didalam makanan hanyalah selepas kita makan dan diwaktu kita sendawa kekenyangan. Jika sendawa itu tidak seperti kebiasaan, iaitu angin sendawa yang keluar terlalu bergas melalui hidung hingga terasa gasnya ke pangkal hidung, mata dan bahagian dahi di pangkal kening, maka tidak syak lagi makanan itu mengandungi arak. Ia berbeza dengan sendawa yang terhasil kerana banyak minum air berkabonat kerana biasanya, arak yang digunakan adalah brandy dan whiskey, yang mengandungi tahap alkohol yang tinggi.

Sekiranya berpeluang melihat sendiri sewaktu makanan dimasak, kita boleh mengesan melalui 'flame' api yang menjulang dari dalam kuali. Kebiasaannya untuk mendapatkan sedikit rasa terbakar pada makanan, kaedah 'flame' ini memang biasa dilakukan menggunakan minyak kelapa yang menghasilkan 'flame' yang kekuningan. Jika yang menjulang itu berwarna kebiruan, ia adalah kesan dari sambaran arak tersebut. Maka segeralah angkat kaki...

Selain itu, beliau juga berkongsi tentang rahsia menjadikan keropok atau ayam goreng / panggang lebih rangup, berkilat dan dapat bertahan lebih lama serta tidak mudah basi atau berkulat. Lemak khinzir digunakan terutama untuk menggoreng. Ianya didatangkan dalam bentuk mentega (butter brick) dan akan lebur bersama minyak masak panas sehingga kita tidak dapat mengesannya. Melalui kaedah ini, keropok biasanya kelihatan berkilat dan tidak mudah lemau walaupun dibiarkan beberapa hari di tempat terbuka. Ia juga amat rangup, tidak mudah rosak dan berkulat kerana bakteria khinzir tersebut dapat menahan bakteria lain dari mudah merosakkan makanan tersebut.

Tetapi apa yang sadisnya tentang cerita ini ialah bagaimana hendak betul-betul mengesan dan memastikan lemak khinzir terkandung dalam keropok dan ayam goreng. Caranya mudah.. Kita perlu merasa terlebih dahulu. Jika terdapat rasa kelat likat di lidah dan lelangit yang tidak seperti kebiasaan, maka anda amat bertuah kerana dapat merasa Lemak Khinzir!.. :D.. astagfirullah.

Demikianlah perkongsian dari secebis pengalaman cerita yang menarik perhatian sebagai peringatan. Mudah-mudahan berguna sebagai persediaan buat semua... Lepas ni kalau nak membeli keropok dan sebagainya, perhatilah dulu pembuatnya dan kesahihan halalnya. Buat peringatan diri sendiri juga.. wassalam.

* Sekadar gambar kenangan. (Homemade French Oriental Ayam Tomato Stew)

COMMENTS

BLOGGER: 25
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Cerita Tentang Masakan
Cerita Tentang Masakan
Masakan, cerita tentang masakan, cara mengenal resepi campur arak.
http://lh5.ggpht.com/-nCtLfr4DXDA/Uhuj6eGwO5I/AAAAAAAADnw/g7n2p3j1PmI/s640/2013-08-26%25252020.40.03.jpg
http://lh5.ggpht.com/-nCtLfr4DXDA/Uhuj6eGwO5I/AAAAAAAADnw/g7n2p3j1PmI/s72-c/2013-08-26%25252020.40.03.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/08/cerita-tentang-masakan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/08/cerita-tentang-masakan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy