Usia Empat Puluh

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera. Pada suatu petang yang lalu, di satu majlis jemputan berbuka puasa anjuran sebuah badan amal....

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Pada suatu petang yang lalu, di satu majlis jemputan berbuka puasa anjuran sebuah badan amal. Kami telah dihidangkan bukan sahaja makanan berbuka yang menyelerakan berserta tempat duduk yang istimewa, tetapi juga sebuah tazkirah istimewa sebelum berbuka dengan intipati yang sungguh menarik.

Tazkirah yang disampaikan tidak menjurus kepada Ramadhan tetapi mencungkil rahsia "usia 40" didalam kehidupan insan. Rasionalnya adalah menjadikan bulan Ramadhan sebagai tapak pengukur perjalanan usia kita di bumi Allah s.w.t ini. Allah tidak memilih atau menjadikan sesuatu tanpa ada hikmahnya. Ada sebab mengapa Nabi Muhammad s.a.w juga diangkat kenabiannya ketika berusia 40 tahun.

Menurut ustaz tersebut yang berdasarkan kajian sains, usia 40 adalah ketika otak berada pada tahap yang paling baik. Otak berusia 40 lebih fleksibel, mantap, mudah mentafsir mengikut situasi, otak kanan dan kiri digunakan secara seimbang untuk lebih tumpuan, tenang dan boleh mengawal emosi. Secara fizikal tenaga agak stabil dan mula kearah penurunan, tetapi akal fikiran menjadi lebih tajam. Fungsi akal tidak menurun sebaliknya sedang memecut laju kecekapannya. Apa yang perlu dilakukan ketika itu adalah mula mengenal pasti potensinya agar kekal tajam.

Sebenarnya otak orang yang melangkau 40 keatas adalah jauh lebih baik dari sebelumnya. Inilah kajian saintifik yang telah disahkan dan jawapan mengapa kebanyakan nabi dan rasul dipilih ketika berusia dalam lingkungan 40 tahun.

Di dalam Al Quran juga ada banyak ayat yang menyebut tentang 40. Ia tidak terhad pada usia sahaja tetapi meliputi soal ganjaran, hukuman, tempoh masa dan banyak perkara lain. Usia 40 ada disebut didalam surah Al Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud;

"Dan kami jadikan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepada ku dan kepada kedua ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunan ku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang  Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."
(Al Ahqaaf - ayat 15)

Selain itu, tersebut tentang hukuman berkaitan angka 40 itu didalam surah Al Maidah, ayat 26 yang bermaksud;

"Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya di padang pasir; maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu."
(Al Maidah - ayat 26).

Jika dirujuk hadis pula, angka 40 banyak disebut antaranya daripada Ibnu Abbas r.a. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Mana-mana lelaki Muslim yang meninggal dunia, kemudian jenazahnya diuruskan oleh empat puluh orang lelaki yang tidak melakukan syirik kepada Allah s.w.t dengan sesuatu pun, melainkan Allah akan memberi syafaat." - HR Muslim dan Abu Daud.

Apabila usia menjengah 40 tahun. Itulah namanya bunga kematangan. Katanya usia 40 adalah tahap peralihan dari usia muda ke peringkat akhir dewasa. Matang kerana pemikiran dan tindakan bukan sekadar hanya umurnya.

Sekiranya aku dipanjangkan umur, 3 tahun lagi aku pun akan mencecah 40. Sedar tak sedar, usia pantas berlalu...

Bak pepatah Orang Barat.. "Life begins at fourty." Kata kebanyakan dari kita.. "tunggu usia 40 tahun baru nak taubat."... Wallahualam...

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Usia Empat Puluh
Usia Empat Puluh
http://lh3.ggpht.com/-BcyL_HDe_jE/Uf_hEwbQoCI/AAAAAAAADiw/M9Rv12809lA/s640/2013-08-05%25252023.55.04.jpg
http://lh3.ggpht.com/-BcyL_HDe_jE/Uf_hEwbQoCI/AAAAAAAADiw/M9Rv12809lA/s72-c/2013-08-05%25252023.55.04.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/08/usia-empat-puluh.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/08/usia-empat-puluh.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy