Syukur.. Berita Kecil, Erti Yang Besar.

Assalamualaikum w.b.t & Selamat sejahtera. Ada waktu, kita menerima berita kecil yang membawa erti dan pengharapan yang amat besar... ...

Assalamualaikum w.b.t & Selamat sejahtera.

Ada waktu, kita menerima berita kecil yang membawa erti dan pengharapan yang amat besar...
Semalam merupakan hari yang membawa erti penuh kesyukuran dan pengharapan apabila bapa aku yang telah menjalani pembedahan di kepalanya kerana pendarahan otak telah mula sedar. Beliau telah mula membuka sedikit matanya. Walaupun begitu, beliau masih lagi di wad unit rawatan rapi (ICU) dan hanya mampu menunjukkan tindak balas melalui pergerakan jari dan kaki apabila disapa.

"Tube" di kepala telah dikeluarkan dan balutan jahit telah dibuka. Sebagai anak dan bukan seseorang dari kalangan "medical background"... sememangnya amat sedih dan sayu untuk aku apabila melihat jahitan yang melintang di kepala bapa sendiri...

Ujian yang diturunkan ini cukup menyedarkan aku tentang erti kesyukuran... Aku sayu namun bersyukur diatas ketabahan ibu yang sehingga kini tetap setia menemani bapa diwaktu-waktu kesempitan. Tambahan lagi mampu mengukir senyuman disebalik kesedihan dan kerisauan dihadapan ramai...

Begitu juga penghargaan penuh kesyukuran buat isteri yang turut ikhlas berhempas pulas memudahkan segala kekusutan membantu ibu dan seluruh keluarga. Susah juga tanpa bantuan isteri disaat-saat begini... disamping anak-anak yang tak putus-putus bertanya khabar serta mendoakan keselamatan datuk mereka.. syukur, Alhamdulillah.

Tidak sesekali aku lupa juga, penghargaan terima kasih buat saudara yang bersusah payah melawat, termasuk saudara dan sahabat yang mendoakan dengan semangat serta segala kebaikan.
Penghargaan terima kasih juga aku pahatkan buat semua sahabat blogger diatas kata semangat, peringatan dan doa yang disumbangkan. In Shaa Allah, jika diberi kelapangan masa, hati dan jiwa ini, bolehlah aku kembali berblogging 2 - 3 hari lagi...

Kepada semuanya, hanya kesyukuran yang mampu aku luahkan... Semoga Allah SWT jua yang membalas segala budi dan doa dengan kebaikan dan keberkatan, di dunia dan akhirat.. amin.
Syukur, alhamdulillah ya Allah.. Hanya kepada Mu tuhan aku sembah dan memohon pertolongan. Mudah-mudahan bapa aku segera pulih dan sembuh.. amin.

**Penghargaan terima kasih yang tak terhingga juga buat seluruh warga kakitangan, Wad Kecemasan, Pembedahan Neurologi & Unit Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Syukur.. Berita Kecil, Erti Yang Besar.
Syukur.. Berita Kecil, Erti Yang Besar.
http://lh4.ggpht.com/-VrQnICz6sDs/UjW-QkgURvI/AAAAAAAADrw/CV_e7-6v_dc/s640/IMG_20130915_215255.jpg
http://lh4.ggpht.com/-VrQnICz6sDs/UjW-QkgURvI/AAAAAAAADrw/CV_e7-6v_dc/s72-c/IMG_20130915_215255.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/09/syukur-berita-kecil-erti-yang-besar.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/09/syukur-berita-kecil-erti-yang-besar.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy