Tanda Putera Tanda Silaturrahim

Tanda Putera, Tanda putera Daeng Pabitah, keluarga daeng pabitah, susurgalur daeng pabitah, Tun Dr Ismail, tayangan khas tanda putera, Daeng Pabitah

Tanda Putera, Tanda Silaturrahim. Ahad 22 September 2013 merupakan hujung minggu yang cukup menggembirakan. Saya berpeluang berkumpul santai mengeratkan silaturrahim susurgalur keluarga Daeng Pabitah, disamping berhibur menonton tayangan khas filem Tanda Putera bersama-sama.

Penghargaan buat Dato' Zuraidah Atan, ahli keluarga yang berbesar hati menaja dan yang bertungkus lumus menjayakan perjumpaan Tayangan Khas Tanda Putera Keluarga Daeng Pabitah ini. Ia satu kenangan manis yang berharga dan penuh dengan ukhwah kemesraan.

Tayangan Khas Tanda Putera, Daeng Pabitah, Jalaludin Jaafar, Khir Khalid
Kenangan bersama pak cik saudara yang banyak berusaha untuk penyatuan susurgalur keluarga

Kisah Filem Tanda Putera

Filem ini memaparkan kisah suka duka perjalanan kehidupan Allahyarham Tun Abdul Razak dan peristiwa yang berlaku sewaktu beliau menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia kedua. Ia menjadi ‘Tanda silaturrahim’ kami kerana ada diabadikan kisah Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang juga merupakan salah seorang ahli keluarga kami.

Sentimen filem Tanda Putera ini mengingatkan saya tentang filem kontroversi “Braveheart”. Ia hangat diperkatakan ketika saya masih menuntut di United Kingdom. Walaupun filem Braveheart dinobatkan sebagai antara filem terbaik di persada antarabangsa, ianya menjadi isu besar di setiap muka akhbar dan pelusuk bumi United Kingdom.

Filem itu cukup tidak disenangi oleh masyarakat berbangsa Inggeris, Scottish dan Irish kerana dianggap berunsur perkauman, dendam dan boleh menggugat keharmonian perpaduan di U.K. Akhirnya mereka sepakat menjadikannya arkib yang diabadikan dilayar perak sebagai nilai sejarah untuk rujukan dan iktibar.

Tayangan Khas, Tanda Putera, Daeng Pabitah,
Suasana dan ragam ahli keluarga sebelum tayangan dimulakan

Tayangan Khas Tanda Putera Keluarga Daeng Pabitah

Bagi filem Tanda Putera ini, saya tidak layak untuk menukilkan sebarang komen dari aspek sejarah, politik, bangsa mahu pun perfileman kerana bukannya ahli dan arif dalam kesemua aspek tersebut. Secara peribadi saya berpendapat, filem ini cuba menyampaikan gambaran peristiwa berdasarkan catatan sejarah ke layar perak. Selebihnya terpulang kepada pentafsiran masing-masing.

Apa yang paling penting buat saya dan keluarga ialah, Tayangan Khas Tanda Putera ini menjadi tanda mengukuh silaturrahim kekeluargaan yang amat berharga. Semoga hubungan kekeluargaan kami bertambah erat diantara generasi kini dan akan datang serta beroleh keberkatan silaturrahim yang berterusan... in shaa Allah.

Tanda Putera, Daeng Pabitah,
Gambar kenangan santai sekeluarga

Tanda Putera Tanda Silaturrahim

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tun Dr Ismail dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah.. aamiin.

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Tanda Putera Tanda Silaturrahim
Tanda Putera Tanda Silaturrahim
Tanda Putera, Tanda putera Daeng Pabitah, keluarga daeng pabitah, susurgalur daeng pabitah, Tun Dr Ismail, tayangan khas tanda putera, Daeng Pabitah
https://4.bp.blogspot.com/-S8Mc3qLJ82s/UkBEVutw_mI/AAAAAAAADt4/SZ1-ETG2wfw/s640/1374865_697413020273325_179598765_n.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-S8Mc3qLJ82s/UkBEVutw_mI/AAAAAAAADt4/SZ1-ETG2wfw/s72-c/1374865_697413020273325_179598765_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/09/tanda-putera-tanda-silaturrahim.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/09/tanda-putera-tanda-silaturrahim.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy