Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini.

Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini, Straight Edge, sxe, xxx, edge

Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat KiniStraight Edge atau juga dikenali dengan ringkasan “sXe”, xXx, atau “Edge” adalah satu sub-budaya yang terwujud daripada cetusan revolusi muzik memberontak “rebel” seperti Punk, Rocker dan Metal. Ia merupakan satu pergerakan sub budaya seluruh dunia yang menentang permasalahan sosial seperti gengsterisme, penyalahgunaan dadah dan gejala seks bebas bermula dari peringkat terawal. Secara tidak langsung ia bertindak sebagai asas pencegahan membendung permasalahan sosial sebelum menjadi kesalahan undang-undang dan permasalahan negara yang membebankan.

Komuniti Straight Edge 



Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini
Straight Edge adalah gaya hidup, ideologi, falsafah, “attitude”, pendirian atau pegangan yang diinspirasikan daripada pengaruh penggiat dan peminat muzik keras “Hardcore Music” yang tidak menyokong gejala permasalah sosial. Sungguhpun muziknya keras, lirik-liriknya berunsur nasihat yang lebih mudah diserap oleh masyarakat muda terutamanya bagi mereka yang terdedah kepada permasalahan sosial dan sukar dicapai oleh kebanyakan aktivis sosial biasa. Pendirian falsafahnya menjadi pengaruh sihat yang meresap melalui unsur pemberontakan jiwa dan menanamkan etika minda untuk menentang segala penyalahgunaan dadah, minuman keras, seks bebas malahan juga tidak merokok dan menghormati agama, alam sekitar serta budaya setempat.

Namun ada diantara kita yang kurang senang dengan kewujudan komuniti Straight Edge ini kerana ia datang dari pengaruh revolusi positif sosial barat. Tetapi, isu-isu permasalahan sosial yang timbul disebabkan kealpaan sebahagian masyarakat kita dalam membangunkan sistem perlindungan psikologi kekeluargaan yang positif sebenarnya tanpa kita sedari telah menjemput anasir negatif dari barat bertapak lebih kukuh dan menyebabkan banyak remaja yang terdorong ke arah yang negatif. Sehingga kini tiada antidote yang lebih sesuai untuk dijadikan ikon semulajadi yang lebih berkesan.

Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini
Pop Fest 2012 - Drug Free Youth Association Malaysia

Straight Edge Dan Trend Masa Kini


Berdasarkan pengalaman, tarikan utama remaja yang terdorong ke arah gejala negatif kebiasaannya berdasarkan kehendak sendiri. Muzik dan segala ideologi didalamnya amat mudah dicerna oleh kebanyakan remaja tanpa dipaksa. Pengaruh yang ada seperti pop, rock, indie, punk, metal dan sebagainya bukanlah penyebab yang negatif, tetapi tanpa kekangan melalui pengaruh kesedaran sivik dan kekeluargaan, kebarangkalian untuk mereka terjerumus ke arah yang negatif adalah teramat besar.

Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini
www.onelifeonechance.com
Ia sebenarnya menjadi sesuatu yang amat sukar kepada kerajaan, pihak bukan kerajaan (NGO), aktivis keusahawanan sosial mahupun pendakwah untuk membenterasnya. Bayangkan, sekiranya didatangkan pendakwah atau pun badan-badan beruniform berwajib kepada kumpulan remaja-remaja yang sedang duduk berkumpulan dan berpeleseran untuk menyedarkan mereka tentang kehidupan positif.. apa yang akan terjadi. Kebarangkalian mereka akan lari atau pun sekadar “layannn”.. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri…   

Straight Edge Sebagai Perisai Kehidupan Positif

Dalam pancaroba dunia kini yang semakin mencabar, dengan pelbagai pengaruh anasir-anasir bebas dari barat mahupun sub-budaya negatif timur, Straight Edge sebenarnya berkesan sebagai pencegahan semulajadi menangani kanser sosial dalam masyarakat. Ramai penggiat Straight Edge di Malaysia kini mempunya latar belakang yang boleh dibanggakan dan dijadikan ikon untuk acuan kita sendiri. Ada diantaranya ahli perniagaan, doktor, arkitek, peguam, guru, siswa siswazah, pelajar sekolah dan sebagainya. Mereka lebih dihormati dan suara mereka lebih didengari oleh kebanyakan remaja dan insan-insan yang memberontak jiwanya. Pengaruh Straight Edge amat membantu menarik mereka mempraktikkan etika positif seterusnya mendekati perkara-perkara agama dan kekeluargaan melalui sokongan dan pendekatan pihak-pihak lain yang berwajib.  

Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini
Ihsan Drug Free Youth / Intoxicated.com

Melentur buluh biarlah dari rebung dan mencegah lebih baik daripada mengubati.


***Komuniti Straight Edge di Malaysia akan aku kupas lagi di entri-entri yang akan datang.


Salam Hormat, Salam Berkat.
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 66
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini.
Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini.
Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini, Straight Edge, sxe, xxx, edge
http://2.bp.blogspot.com/-HcpL5U_ikOs/Ummd9P839zI/AAAAAAAAD-0/O5eWZlEnUKk/s400/1013488_577390925638717_650340280_n.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-HcpL5U_ikOs/Ummd9P839zI/AAAAAAAAD-0/O5eWZlEnUKk/s72-c/1013488_577390925638717_650340280_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/10/komuniti-straight-edge-dalam-masyarakat.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/10/komuniti-straight-edge-dalam-masyarakat.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy