Menyuburkan Syiar Islam Di Hollywood

Hollywood inside out, Reshad Strik di Urban Village, syiar islam, Bangsar, Kuala Lumpur.

Hollywood Inside Out. Petang tadi, aku terjumpa satu artikel tentang seorang pelakon yang pernah aku jumpa. Lantas teringin aku kongsikan satu pengalaman yang berlaku lebih setahun yang lalu. Aku berpeluang menghadiri satu acara temubual dengan seorang pelakon Hollywood bernama Reshad Strik dalam segmen Hollywood Inside Out yang dianjurkan oleh Crescent Collective sebuah badan amal yang berlangsung di Urban Village, Bangsar. 

Reshad Strik - Ihsan Google

Reshad Strik, bukanlah barisan pelakon sehebat Brad Pit, Mel Gibson atau barisan pelakon popular yang lain, namun beliau adalah seorang Muslim. Hollywood merupakan tapak percaturan kerjaya untuk maju mengasah bakat dalam bidang yang diminatinya sejak kecil.  Diantara filem lakonannya adalah Hill Have Eyes 2 (2007), 3 Apartments (2010), Cross Roads(2013) dan banyak lagi yang boleh dirujuk di SINI. Beliau juga pernah bergandingan bersama Jessica Simpson didalam klip videonya, A Public Affair.

Cabaran Reshad Strik Di Hollywood


Menurut beliau, tidak dapat dinafikan bahawa cabaran sememangnya amat besar. Beliau perlu menjaga semua aspek sosial dan diwaktu yang sama memastikan agar penerbit dan komuniti pelakon 'non-muslim' di pusat perfileman nombor satu dunia itu tidak berasa hati dengan pegangan dan pendiriannya. Beliau perlu berusaha lebih keras agar diterima diatas bakatnya tanpa mengira latar belakang pendirian peribadinya.

Hollywood Inside Out bersama Reshad Strik, Urban Village, Bangsar
Sesi temubual bersama Reshad Strik

Beliau yang hadir bersama isteri dan anaknya yang masih kecil juga meluahkan pandangan bahawa kita sebagai rakyat di Malaysia perlu bersyukur dan harus terus bersatu kerana Islam bukan sesuatu yang asing. Di Hollywood, walaupun sikap toleransi masyarakatnya menghormati amalan kebebasan beragama tetap ada, namun peranan media dan politik yang meletakkan kesangsian terhadap Islam kerana isu-isu keganasan global, sedikit sebanyak membuatkan masyarakatnya tetap sangsi terhadap Islam.

Secara tidak langsung, beliau juga perlu berperanan membuktikan kepada masyarakat Hollywood bahawa Islam itu bukan sesuatu yang perlu dimusuhi. Sungguh pun Islam adalah minoriti dan perlu bersikap “open minded”, namun nilai-nilai keislaman tetap wujud dan berkembang melalui cara hidup, bakat dan sentimen kemasyarakatan.

Hollywood Inside Out bersama Reshad Strik, Urban Village, Bangsar

Kenangan bersama sahabat & Reshad Strik


Peranan Kita Sebagai Khalifah Dalam Menyuburkan Islam


Pada waktu kini Muslim di Hollywood sedang bertungkus lumus berusaha menyuburkan syiar Islam melalui prestasi bakat dan contoh tauladan kepada masyarakat yang majoritinya tidak langsung mengenal Islam, tetapi kita di sini ada diantaranya yang terlebih-lebih terpengaruh dengan ideologi negatif dan budaya bebas barat atau Hollywood sebagai trend arus permodenan yang mana aku rasa amat memalukan. 

Pada pendapat aku yang cetek ini, mengikuti trend dan elemen yang baik dari mana-mana pihak itu tiada salahnya selagi tidak menjejaskan etika agama. Tetapi kalau yang negatif walau dari mana datangnya atau secanggih mana sekalipun sememangnya tidak baik.

Sama-samalah kita ambil iktibar.. wassalam


Salam Hormat Salam Berkat.


COMMENTS

BLOGGER: 9
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Menyuburkan Syiar Islam Di Hollywood
Menyuburkan Syiar Islam Di Hollywood
Hollywood inside out, Reshad Strik di Urban Village, syiar islam, Bangsar, Kuala Lumpur.
http://1.bp.blogspot.com/-Vp8nlDvBPCA/UmQHE9QSjMI/AAAAAAAAD7s/ycyRZXRn_kE/s400/StrikReshad2_0320_NB_SS.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-Vp8nlDvBPCA/UmQHE9QSjMI/AAAAAAAAD7s/ycyRZXRn_kE/s72-c/StrikReshad2_0320_NB_SS.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/10/menyuburkan-syiar-islam-di-hollywood.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/10/menyuburkan-syiar-islam-di-hollywood.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy