Pulang Sudah…

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera Semalam, aku mendapat panggilan dari ibu di hospital… bapa aku sudah dibenarkan pulang. K...

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Semalam, aku mendapat panggilan dari ibu di hospital… bapa aku sudah dibenarkan pulang. Keadaannya belum begitu pulih, tetapi sudah mula beransur stabil dan perlu penjagaan lanjutan di rumah pula… Alhamdulillah.

Kisah kejadian yang menimpa bapa aku boleh dibaca di sini

Sudah lebih 3 minggu bapa aku di hospital. Kalau dikirakan dari mula kejadian terasa juga lamanya. Pada mulanya, terpaksa berulang ke hospital tiap-tiap hari kerana ahli keluarga tidak dibenarkan tinggal di hospital semasa bapa berada di wad ICU dan rawatan pembedahan kepala (Wad Neurologi), sehinggalah seminggu terakhir apabila beliau ditempatkan di wad rawatan pemulihan Neurologi sebelum dibenarkan pulang.

Jahitan setelah dibuka balutan
sekadar perkongsian pengalaman untuk kebaikan

Berulang membawa ibu setiap hari pada mulanya memang kelam-kabut kehidupan.  Memang mengharapkan isteri juga untuk membantu membawa ibu ke hospital kerana sememangnya aku sendirian tidak cukup tangan dengan kerja, menguruskan anak-anak dan persekolahannya.
Walaupun 3 minggu itu terasa lama, tetapi untuk mereka yang senasib di wad neurologi ini menganggap ia adalah jangka masa yang singkat kerana banyak kes yang lebih lama. Ada juga yang koma sehingga berbulan-bulan lamanya…

Lagi catatan tentang peristiwa yang berlaku..

Makanya, kesempatan ini aku ingin kongsikan sedikit pengetahuan cetek aku ini berdasarkan pengalaman bapa, berkenaan masalah Neurologi. Menurut doktor, pendarahan otak kebiasaannya berlaku disebabkan 2 perkara. Pertama, akibat daripada tekanan darah tinggi (penyakit darah tinggi) yang menyebabkan pembuluh darah didalam otak itu pecah. Kedua, disebabkan hentakan yang kuat dibahagian kepala seperti terhantuk atau kemalangan dan sebagainya. Pendarahan otak amat berbahaya dan kritikal serta banyak menyebabkan kematian yang mengejut sebelum sempat ianya dikenal pasti dan diselamatkan.

Gambar setelah jahitan dibuka...

Aku bersyukur kerana bapa aku sempat diselamatkan apabila pihak hospital mengambil keputusan yang pantas untuk membuat CT Scan pada ketika itu. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan dengan lawatan dan ucapan selamat. Semoga Allah jualah yang membalas segala-galanya.

Bila difikirkan keadaan bapa aku, walau pun tidak terlalu tua (kini 69 tahun), bolehlah diterima kes-kes seperti ini atau pun “strok”.. Tetapi, yang masih bertarung di wad disebabkan musibah seperti bapa aku ni selain daripada  kemalangan jalan raya dan sebagainya, ada juga dari kalangan mereka yang berusia disekitar 25 – 35 tahun akibat daripada stress bekerja…

Bersiap untuk pulang ke rumah...

Oleh itu.. sebagai peringatan untuk semua termasuk yang empunya diri ini, jagalah kepala kita… Jangan terlalu stress.. terutama kepada mereka yang obsess bekerja, berhadapan dengan tekanan atau pun yang terlalu lama dihadapan PC dan keletihan. Berehatlah dulu... Bila dah macam ni, bukan senang untuk pulih seperti sediakala.  

Wassalam.


Salam Hormat, Salam Berkat.


COMMENTS

BLOGGER: 10
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pulang Sudah…
Pulang Sudah…
http://4.bp.blogspot.com/-BuDapWY9nTA/Uk02lujSZvI/AAAAAAAADyY/iFGDItFjhzs/s400/1383837_703456759668951_1145492558_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-BuDapWY9nTA/Uk02lujSZvI/AAAAAAAADyY/iFGDItFjhzs/s72-c/1383837_703456759668951_1145492558_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/10/pulang-sudah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/10/pulang-sudah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy