Sambutan Hari Penjara Yang Ke 206

Sambutan hari penjara, suara tirai besi

Sambutan Hari Penjara yang ke 206 akan berlangsung pada 1 hingga 3 November ini bertempat di Dataran Sejarah, Air Keroh, Melaka.  Ia buat julung kalinya  diadakan di luar tembok penjara, selaras dengan matlamat “memasyarakatkan penjara” bersama komuniti, seterusnya menjadikan penjara sebagai satu institusi koreksional bertaraf dunia.

Sambutan hari penjara
Jom datang beramai-ramai ..
(sumber : Jabatan Penjara Malaysia)

Ia bukanlah bermaksud mengeluarkan semua banduan-banduan dari penjara untuk menyambut sambutan ini diluar tembok penjara, tetapi adalah penglibatan anggota-anggota kakitangan penjara, agensi–agensi kerajaan dan swasta termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan aktivis-aktivis keusahawanan sosial turun padang bersama-sama untuk menerapkan kefahaman kepada masyarakat tentang isu-isu kesedaran sosial bagi bersama-sama mencegah kegiatan jenayah, dadah serta kemasukan dan kemasukan berulang (residivis) ke penjara.

Sambutan hari penjara
Sumber : Jabatan Penjara Malaysia

Kesempatan ini, aku ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala Lumpur diatas sokongan dan kepercayaan yang diberikan dengan memberi ruang pameran kepada aku agar dapat juga aku memperkenalkan laman blog dan fb page ini menjadi sebagai salah satu medium penyebaran awam untuk isu-isu berkaitan kesedaran sosial kepada masyarakat. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri diatas peluang, sokongan dan kepercayaan sepenuhnya yang telah diberikan.. Terima kasih.

Ini juga merupakan pengalaman pertama aku dalam mengetengahkan aktiviti berblogging didalam acara seperti ini. Aku masih mentah dalam dunia blog, namun kesedaran tentang “matlamat berblogging” dari sekadar minat menaip, aku berasa sememangnya perlu untuk dikongsikan secebis pengalaman yang ada hasil penglibatan bersama dengan yang seangkatan didalam aktiviti-aktiviti keusahawanan sosial daripada perspektif rakyat biasa demi kebaikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Sambutan hari penjara
Sumber : Jabatan Penjara Malaysia
Sambutan hari penjara
Sumber : Jabatan Penjara Malaysia

Oleh itu, terima kasih juga diatas sokongan semua sahabat-sahabat blogger. Aku amat menghormati dan menghargai seluruh ukhwah yang terjalin termasuk kepada para pembaca sekalian yang sudi bertandang ke laman blog ini.

Kepada semua yang berkelapangan, marilah datang beramai-ramai dan kepada sahabat yang berpeluang untuk hadir, sudi-sudilah bertemu dengan aku.. kita bersantai mengikat ukhwah dengan lebih erat lagi… J

Disertakan dibawah, info jadual acara 1- 3 November untuk rujukan semua.

Sambutan hari penjara
Sumber : Jabatan Penjara Malaysia

** Cara terbaik membendung permasalah sosial adalah bermula dengan membimbing institusi kekeluargaan ke arah yang positif. Jom datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan, semoga pengalaman yang diperolehi dapat membawa kebaikan untuk kita bersama… in shaa Allah..

Jumpa disana..


Salam Hormat, Salam Berkat.



COMMENTS

BLOGGER: 63
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Sambutan Hari Penjara Yang Ke 206
Sambutan Hari Penjara Yang Ke 206
Sambutan hari penjara, suara tirai besi
http://3.bp.blogspot.com/-urDdj8oTyqo/Umyy4hTza6I/AAAAAAAAD_0/hhaiPoW0Lzc/s640/603962_719353838079243_1093101664_n.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-urDdj8oTyqo/Umyy4hTza6I/AAAAAAAAD_0/hhaiPoW0Lzc/s72-c/603962_719353838079243_1093101664_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/10/sambutan-hari-penjara-yang-ke-206.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/10/sambutan-hari-penjara-yang-ke-206.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy