Sepetang Bersama Perogol

Sepetang bersama perogol, kisah perogol dan gejala rempit, hukuman rogol gadis bawah umur di Malaysia.

Sepetang bersama perogol.


Sepetang Bersama Perogol - Betul ke tajuk tu... Inilah satu kisah masyarakat yang benar untuk iktibar semua. Tajuknya pun tajam... amat tidak disenangi. Siapalah yang suka dengan perkataan rogol. Tetapi itulah realiti salah satu pengalaman yang pernah aku lalui dalam aktiviti motivasi pembangunan insan. Kisah ini bukan sebarang rogol…

Aku Bersama Bekas Perogol


Menghabiskan beberapa jam menyelami permasalahan seorang pemuda yang berumur 24 tahun. Beliau masih bujang dan menghadapi hukuman penjara 8 tahun dan 8 sebatan dibawah seksyen 376 kanun kesiksaan jenayah merogol. Tempoh hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah terhadap beliau dikira masih rendah jika dibandingkan dengan yang lain dibawah akta yang sama.

Pemuda tersebut hanya bersekolah sehingga darjah 5 dan terpaksa berhenti disebabkan permasalahan keluarga. Semenjak itu beliau bekerja di sebuah bengkel motor untuk menyara kehidupan. Apabila meningkat remaja dan dewasa, beliau dikenali sebagai salah seorang pomen motor yang hebat ditempatnya. Beliau menjadi tempat mengadu ‘mat-mat rempit’ ketika itu untuk meningkatkan prestasi motorsikal masing-masing.

Gejala Mat Rempit dan sepetang bersama perogol
Sekadar Gambar Hiasan - Ihsan Google

Kehidupan beliau agak stabil sebagai seorang mekanik bijak yang tidak bertauliah sehingga mampu bertukar-tukar memiliki beberapa buah motorsikal seperti RX-Z dan sebagainya. Sehinggalah beliau bertemu dengan seorang gadis yang menarik perhatian nurani hati dan jiwanya. Lama kelamaan tanpa bertepuk sebelah tangan, cinta mereka pun bersatu.

Kedua-duanya khayal didalam dunia asmara sehingga terlanjur melakukan perbuatan terkutuk.. suka sama suka... berzina atas dasar CINTA… berbulan-bulan lamanya.

Penangan Cinta 'Anak ABU' Dan Kes Rogol

Malangnya pada satu hari, perbuatan terkutuk mereka telah ditangkap oleh bapa dan beberapa ahli keluarga gadis tersebut. Lebih malang, gadis tersebut sebenarnya baru mencecah usia 15 tahun.

Kalau dikalangan ‘mat rempit’, gadis seperti ini digelar “anak ABU’”(Anak Bawah Umur). Ada juga yang mengkategorikan gadis seperti ini dengan jolokan “Bohsia”.

Seribu kali malang apabila bapa berserta ahli keluarga gadis itu mengambil keputusan membuat dakwaan polis tentang insiden tersebut. Berdasarkan perundangan, kes seperti ini boleh didakwa dibawah akta kesalahan jenayah merogol. Apakan daya, cinta berbalas namun bersulam dosa.. cinta pula bertemu sebelum tiba waktunya. Pemuda tersebut tanpa rela telah didakwa dan akhirnya dijatuhkan hukuman penjara.

Mat Rempit dan Jenayah Rogol
Sekadar Gambar Hiasan - Ihsan Google

Pengalaman ini membuatkan aku terdiam… pada waktu aku bersamanya, beliau menceritakan juga keazaman untuk membuka sebuah bengkel motor sendiri apabila dibebaskan kelak. “Bengkel motor kecil bawah pokok ceri pun cukuplah bang, janji berkat..” itulah ayat yang terngiang-ngiang ditelinga membuatkan aku bermuhasabah diri.

Beliau mengambil keputusan untuk belajar di bengkel akademik penjara dan telah diterima sebagai salah seorang calon untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dibawah seliaan Jabatan Penjara Malaysia.

Menyandang Gelaran Perogol Sepanjang Hayat.

Pada pendapat aku, pemuda ini bukanlah sejahat mana pun. Paling tidak pun nakal dan ligat sebagai “mat rempit” dan bukanlah jenis orang yang sanggup melakukan jenayah merogol. Tetapi akibat tersilap memilih jalan, akhirnya terpaksa menyandang title “perogol” sehingga ke akhir hayat. Wajarkah kes seperti ini dilabelkan sebagai rogol?

Wajar atau tidak bukanlah persoalan yang perlu dikupas di sini.

Sebagai iktibar kepada sahabat pembaca sekalian. Berpesan pesanlah... jangan membuat perhubungan bermasalah seperti ini dengan mana-mana gadis dibawah usia 16 tahun. Walaupun mereka yang mula menggoda sekali pun… Ingatlah bahawa ia bukan sekadar berzina, tetapi bakal berhadapan dengan dakwaan merogol.


Kaum hawa kita dilindungi oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Oleh itu, hak mereka dilindungi masyarakat. Bagaimana dengan lelaki… lelaki, sendiri mau ingat la..

Sekiranya wujud “Kementerian Pembangunan Lelaki…” , Malaysia mungkin negara pertama di dunia yang menubuhkannya… Wassalam.

*Kes sebenar diterbitkan atas kebenaran tanpa mendedahkan identiti individu terlibat.

Baca juga;
> SocioEDU - Motivasi Sosio Pendidikan Dan Pembangunan Insan

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Sepetang Bersama Perogol
Sepetang Bersama Perogol
Sepetang bersama perogol, kisah perogol dan gejala rempit, hukuman rogol gadis bawah umur di Malaysia.
https://2.bp.blogspot.com/-zn775JhJ5sw/W2pV0a-24ZI/AAAAAAAAVAk/UXmyLsYE1CoiFhhS1nX6RdbQXzOeJTgqACLcBGAs/s640/sepetang%2Bbersama%2Bperogol.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-zn775JhJ5sw/W2pV0a-24ZI/AAAAAAAAVAk/UXmyLsYE1CoiFhhS1nX6RdbQXzOeJTgqACLcBGAs/s72-c/sepetang%2Bbersama%2Bperogol.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/10/sepetang-bersama-perogol.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/10/sepetang-bersama-perogol.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy