Catatan Kenangan Highland Tower

Catatan kenangan Highland Towers - Khir Khalid,

Kisah Highland Tower kembali menjadi perbualan ramai antaranya banyak terkait dengan isu hantu, jin dan lain-lain makhluk halus. Apatah lagi apabila ada pula syarikat filem melancarkan pula cerita “triller” berdasarkan rakaman footage di Highland Tower. Apapun, entri ini bukanlah cerita hantu. 

Highland towers

Highland Towers Dan Kenangan lalu


Mengimbau kenangan remaja pada tahun 1995. Ketika itu saya menetap di Bukit Indah, Ampang bersama dua rakan. Walaupun bertiga, rumah bujang kami sentiasa meriah dengan rakan-rakan “sekepala” yang bertandang. Rumah kami umpama mini studio ber”jamming”… ada juga rakan yang hanya pulang ke rumah sekali-sekala, selebihnya menetap di rumah kami berbulan-bulan.. “Rumah aku memang happening, bai.. Kalau masuk memang susah nak balik...” hahaa.. :D

Semua itu menjadi antara kenangan manis sewaktu menuntut di sebuah kolej di Jalan Ampang.

Rima College, Jalan Ampang Kuala Lumpur,
Gambar kenangan sahabat-sahabat grunge.. 1995.. 

Satu petang, sedang saya bersama salah seorang rakan serumah “mengeteh” berhampiran “roundabout” Ampang Point (kini “roundabout” itu sudah tiada), ketika itulah terlintas difikiran kami untuk menerjah ke Highland Tower… 2 tahun selepas tragedi buruk itu berlaku. Sepantas kilat tanpa berfikir panjang, kami terus bersetuju ke sana.

Jarak antara rumah kami dan Highland Towers tidak jauh. Cuma jalan untuk ke sana agak gelap ketika malam. Lebuhraya MRR 2 yang kini tersedia dan selalu jem belum lagi dibina ketika itu. Perjalanan merentasi bukit dan rumah-rumah banglo tersergam indah sepanjang jalan menyusuri laluan kami yang hanya bermotosikal ke sana. Walaupun diwartakan sebagai kawasan berbahaya, kami terjah. Biasalah.. darah muda 19 tahun, apa ada hal.

Highland Tower
Gambar Tragedi 1993 - Sumber Google

Highland Tower Sarang Penagih Dadah Dan Pemuja Nombor Ekor


Kami tiba sekitar jam 6:30 petang. Suasana redup, suram dan hening. Aura kesayuan menerpa jiwa kami apabila memasuki kawasan tersebut. Tiada apa yang mengerikan, cuma gementar apabila mendapati kawasan tersebut ditinggalkan dalam keadaan resah dan huru hara disebabkan bencana yang melanda. Masih ada perabot-perabot ditinggalkan begitu saja.

Habis keseluruhan tingkat kondominium blok 2 kami jelajah. Ia merupakan kondominium yang ekslusif pada zamannya. Sempat juga menikmati permandangan dari tingkat 12 teratas dengan tiupan udara yang sungguh menenangkan. Kami menjelajah sehingga lewat jam 9 malam, berbekalkan lampu suluh… solat maghrib pun entah ke mana hmm.

Highland Tower
Highland Tower - sumber : wikipedia

Kami tidak merasa seram tentang hantu atau jembalang. Cuma yang menakutkan kami ialah lilin-lilin dan jarum-jarum suntikan yang ditinggalkan. Kehadiran penagih dadah jelas kelihatan di blok seberang, dengan sinaran cahaya-cahaya lilin menerangi bilik di beberapa tingkat membuatkan kami tidak berhasrat untuk menerjah ke blok yang lagi satu itu.

Highland Tower telah menjadi sarang penagih untuk berteduh, berlindung dan melepaskan gian termasuk tempat pemujaan nombor ekor.

Semenjak itu, saya telah ke sana bersama rakan-rakan lain lebih 5 kali dalam tahun yang sama sebelum melanjutkan pelajaran dan menjadikan kisah ini sebagai kenangan. Sayangnya ketika itu saya tidak mempunyai kamera, tambahan lagi tidak terfikir atas tujuan apa untuk menangkap gambar.

Setelah bertahun-tahun kisah ini berlalu, kenangan lalu telah menarik saya untuk pergi kembali pada awal 2009. Tetapi sekadar memandu bersiar-siar bersama anak-anak selepas berkunjung ke rumah sahabat lama berhampiran Taman Hillview. Kawasan Highland Towers itu sudah dikepung dengan “zink” dan ditutup sepenuhnya. Itulah kali terakhir saya ke sana.

Highland Tower
Permandangan Highland Tower Kini - sumber : marwani.weebly.com

Bercerita tentang Highland Tower, saya menyangkal pendapat yang menyatakan makhluk-makhluk halus itu adalah roh mangsa yang tidak tenang akibat tragedi yang terjadi. Saya yakin sekiranya ia hadir adalah disebabkan punca-punca lain sebagaimana hadirnya penagih-penagih dadah di sana.

Saya juga berpendapat, makhluk-makhluk halus ini boleh hadir sekiranya kita memasang niat dan mengharapkannya untuk hadir. Ini semua adalah permainan syaitan dan jin untuk menyesatkan manusia. Tambahan pula di tempat seperti itu yang kini telah terbiar kosong lebih 20 tahun… wallahualam.

Berdasarkan pengalaman, apa yang pasti selama beberapa tahun selepas tragedi itu berlaku, tempat ini tidak kosong. Ia menjadi syurga “port” strategik penagih dadah, pemujaan tahyul, port maksiat... tiada hantu, jin, jembalang, puaka atau pun orang yang mereka takut atau pedulikan… kecualilah polis...

Takziah Kepada Semua Keluarga Mangsa Highland Towers 


*Salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi Highland Tower yang terkorban dan Al Fatihah kepada mangsa korban yang beragama Islam… Al Fatihah.

**Fakta tragedi dan senarai mangsa-mangsa yang terkorban boleh dibaca di SINI.

COMMENTS

BLOGGER: 75
Loading...
Name

Bisnes,47,Blogging,149,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,126,English,18,Familia,36,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,110,Intervensi,27,INTI,38,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,146,MDEC,3,Motivasi,125,Movie,14,Nippon Paint,12,Penghargaan,61,Perawatan Islam,13,Portfolio,48,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,99,Sunway,11,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Catatan Kenangan Highland Tower
Catatan Kenangan Highland Tower
Catatan kenangan Highland Towers - Khir Khalid,
https://3.bp.blogspot.com/-EnwEWuIK-O8/WerMStmmgQI/AAAAAAAARZg/uTHWp8JL8Ds1MyrxLQ6U3hbCfpl8wv4RQCLcBGAs/s640/highland%2Btowers.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-EnwEWuIK-O8/WerMStmmgQI/AAAAAAAARZg/uTHWp8JL8Ds1MyrxLQ6U3hbCfpl8wv4RQCLcBGAs/s72-c/highland%2Btowers.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/11/catatan-kenangan-highland-tower.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/11/catatan-kenangan-highland-tower.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy