Hasad Dengki Dan Melayu…

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera Dalam kesibukan kerja, aku berkesempatan berbual bersama beberapa kenalan tentang hal-hal...

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Dalam kesibukan kerja, aku berkesempatan berbual bersama beberapa kenalan tentang hal-hal berkenaan hasad dengki...

Apabila berbicara mengenai hasad dengki, kebiasaannya bangsa Melayu menjadi rujukan. Akan ada jawapan-jawapan seperti.. "itulah org Melayu.." atau "inilah masalahnya dgn org Melayu ni.." dan bermacam-macam lagi. Ia seolah-olah sudah sinonim dengan masyarakat Melayu itu sendiri. Apakah bangsa-bangsa lain tidak mempunyai sifat hasad dengki ini?


Sememangnya hasad dengki itu merupakan penyakit yang menimpa semua bangsa di dunia. Tetapi kenapa ia begitu ketara dalam masyarakat Melayu berbanding masyarakat lain di Malaysia, sehinggakan apabila dibuat perbandingan diantara masyarakat lain seperti Cina dan India, sudah tentu kebanyakan tangan akan menuding kepada orang Melayu…

Mengapakah terjadi sedemikian. Mengapa masih ada yang sanggup menghiasi diri dan jiwa mereka dengan perasaan kotor itu, sedangkan dalam waktu yang sama menyedari bahawa ajaran Islam sentiasa memerangi sifat mazmumah tersebut.

Persaingan di tempat kerja, perniagaan atau sebagainya boleh membibitkan perasaan hasad dengki ini. Perasaan cemburu yang tidak baik atau tidak senang hati apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kelebihan atau kebaikan. Kedengkian terhadap kejayaan seseorang yang tidak dapat diterima dengan keredhaan. Sebaliknya berusaha untuk menjatuhkannya walau dengan cara kotor atau mensyirikkan yang pasti mengundang kecelakaan di dunia dan akhirat.

Hasad dengki adalah antara penyebab terhapusnya amalan baik yang pernah dilakukan seseorang pelaku itu. Ia membawa kemudaratan dan kecelakaan yang besar di dunia dan akhirat.   

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;

“Dengki akan menghapuskan serta membinasakan segala kebajikan dan kebaikan,
sebagaimana api yang membakar dan menghanguskan kayu. “
(Hadis Riwayat Abu Daud.)

Seseorang yang berdengki tidak akan tenteram jiwanya, gelap hatinya dan sentiasa berkeadaan dukacita kerana tidak seronok melihat kebahagiaan atau kejayaan orang lain. Jiwa yang sedemikian pastinya mengundang penyakit hati dan menjadilah mereka golongan yang rugi di dunia serta mendapat balasan siksa di akhirat pula sekira tidak bertaubat dari sifat yang keji itu… nauzubillah.


Semoga kita semua dijauhi dari sifat hasad dengki dan sentiasa dilindungi Allah swt dari mereka-mereka yang berhasad dengki.. aamiin.


Salam Hormat, Salam Berkat.


COMMENTS

BLOGGER: 82
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Hasad Dengki Dan Melayu…
Hasad Dengki Dan Melayu…
http://1.bp.blogspot.com/-whcT8O3XTaU/Uo0l8Mr0MnI/AAAAAAAAEPc/QFlDF57FCN8/s400/hasad_dengki.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-whcT8O3XTaU/Uo0l8Mr0MnI/AAAAAAAAEPc/QFlDF57FCN8/s72-c/hasad_dengki.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/11/hasad-dengki-dan-melayu.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/11/hasad-dengki-dan-melayu.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy