Kelab Skateboard Malaysia

Kelab Skateboard Malaysia. Sukan Skateboard


Kelab Skateboard Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2011 bertujuan menggalakkan peminat sukan lasak “skateboard” dalam memupuk bakat melalui peluang dan galakan yang baik agar dijauhi dari sebarang anasir-anasir sosial yang negatif. Ia merupakan kelab yang pertama didaftarkan dibawah Majlis Sukan Negara dan aktif  bekerjasama dengan kumpulan peminat sukan skateboard melalui acara-acara yang kerap diadakan. Malahan turut mengundang penglibatan kelab-kelab luar negara dan mempertandingkan peserta yang berpotensi ke peringkat antarabangsa.

Senario Skateboard Di Malaysia


Senario skateboard sebenarnya sudah bertapak di Malaysia sejak era 80an dan 90an dengan penglibatan terutamanya remaja melalui pengaruh trend seluruh dunia. Malangnya ia dahulu pernah dilihat oleh sesetengah pihak bukan sebagai satu sukan, tetapi merupakan isu permasalahan remaja. Pernah satu ketika dizaman persekolahan dahulu, aku terlibat menjadikan sukan ini sebagai aktiviti riadah bersama rakan-rakan, namun ia seolah-olah menjadi satu kesalahan yang boleh menyebabkan aku dilabelkan sebagai budak nakal. Itulah persepsi sesetengah masyarakat waktu itu yang memandang serong tanpa melihat secara positif walaupun skateboard hanyalah salah satu pengaruh trend sukan yang ada di seluruh dunia sepertimana sukan bolasepak, futsal, badminton, permotoran, basikal dan lain-lain lagi.   


Pandangan Serong Sukan Skateboard


Aku tidak menyokong pendapat serong itu tetapi bersetuju ia boleh menjadi faktor yang mengheret remaja ke arah budaya sosial yang tidak sihat sekiranya tiada bimbingan dan sokongan yang betul sepertimana sukan-sukan yang lain juga. Kita mengetahui gelaran dalam segmen masyarakat kini seperti “mat rempit”, “mat lepak” atau sebagainya adalah satu gejala yang tidak sihat. Pelbagai usaha pencegahan cuba diusahakan untuk mengelak sebelum ia menjadi permasalahan perundangan. Namun tiada lagi label “mat skateboard” dijadikan setaraf dengannya. Paling tidak, peminat skateboard ini hanya digelar sebagai “budak skate” atau “skaterboy” walaupun yang bermain itu orang dewasa seperti aku huhu.. :D  
  

Khir Khalid


Menyokong Usaha Kelab Skateboard Malaysia


Kini aku tidaklah terlibat secara terus dengan aktiviti-aktiviti pertandingan yang diadakan. Tetapi sebagai salah seorang yang meminati sukan ini dari usia 14 tahun, aku  menyokong dan menghargai segala usaha yang diketengahkan oleh Kelab Skateboard Malaysia. Syabas juga kepada sahabat-sahabat skateboarders diatas usaha pengorbanan yang berterusan membimbing dan memartabatkan sukan ini ke arah yang positif.  

Kepada sahabat pembaca yang meminati atau mempunyai ahli keluarga, saudara atau sesiapa yang dicintai, sangat mengemari sukan lasak ini, bolehlah melibatkan diri bersama-sama Kelab Skateboard Malaysia. Minat dan bakat yang ada pasti akan disokong oleh mereka-mereka yang berkelayakan dan berpengalaman.

Syabas Sk8ter boys!

COMMENTS

BLOGGER: 83
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kelab Skateboard Malaysia
Kelab Skateboard Malaysia
Kelab Skateboard Malaysia. Sukan Skateboard
https://3.bp.blogspot.com/-9WnJ5cuMQ-c/UpkIX0Q62KI/AAAAAAAAESI/D2_3Ol-FvTU/s200/226509_147112055362598_6216305_n.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-9WnJ5cuMQ-c/UpkIX0Q62KI/AAAAAAAAESI/D2_3Ol-FvTU/s72-c/226509_147112055362598_6216305_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/11/kelab-skateboard-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/11/kelab-skateboard-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy