Kepercayaan Itu Satu Anugerah

Kepercayaan itu anugerah, Percayalah, Kepercayaan Parol, Anugerah insan, Tipah tertipu.

Kepercayaan adalah tunggak keharmonian kehidupan manusia di muka bumi ini. Kepercayaan kekasih terhadap pasangannya, ibu bapa terhadap anak-anaknya, masyarakat terhadap pemimpinnya, insan terhadap insan yang lain dan sebagainya.

Kepercayaan adalah peluang dan tanggungjawab untuk kita maju didalam kerjaya mahupun kehidupan sesama insan demi mencapai matlamat untuk kebaikan bersama. Apabila kepercayaan ini dipersenda atau dikhianati, pasti akan berlaku pelbagai musibah… tertipu atau ditipu, menganiaya atau teraniaya, dendam dan juga kebencian… pasti ada yang terguris hatinya, musnah harapannya.

Bercerita tentang kepercayaan 


Aku berpeluang berkongsi pandangan tulus dari insan yang aku hormati, yang telah bertahun-tahun menyumbang bakti dalam aspek koreksional pemulihan insan. Sememangnya ada insan-insan yang melanggar batas kepercayaan dari pelbagai sudut kehidupan. Ada juga yang sewaktu melakukan kesalahan, tidak menyedari akan kesan yang akan mereka tanggung dan menerima hukuman di dunia mengikut bahagian masing-masing. Ada yang bertaubat, menginsafi dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang lalu… berusaha berubah dan mengharapkan “peluang kedua”.

Tembok Penjara Kajang, Jabatan Penjara Malaysia

KEPERCAYAAN...
Tembok penjara menjadi memisahkan antara dunia kita dan mereka.


Sungguhpun begitu, ada juga diantaranya yang sengaja memperlekehkan kepercayaan yang diperolehi diatas nama “peluang kedua” ini. Mengkhianati kepercayaan tanpa memikirkan usaha penat lelah insan-insan lain yang bersusah payah membantu diatas nama kasih, cinta dan sayang. Ada diantara mereka yang sanggup mengulangi kesalahan lalu. Tidak langsung peduli untuk memulangkan kembali kepercayaan itu sama ada kepada ibu bapa, keluarga, isteri, kekasih, sahabat atau sesiapa jua insan yang sanggup memberikan, sebagai satu tanda ikhlas penghargaan sepenuh keinsafan.

Tidak kurang juga, ada yang semudahnya mengharapkan lebih tanpa berusaha membuktikan bahawa mereka sesungguhnya boleh dipercayai. Dengan keegoan bisikan syaitan, menunggu kepercayaan dan peluang itu sekadar datang bergolek dengan angkuh dan sombong… Perkara-perkara sebegini mungkin juga banyak berlaku dikalangan kita atas nama kecurangan… sama ada dalam percintaan, persahabatan, kekeluarga dan dalam pelbagai rencah kehidupan.

Ingatlah… tanpa kepercayaan tidak akan ada kehidupan. 


Turunnya nabi Adam a.s kebumi disebabkan melanggar kepercayan amanat yang diberi. Kepercayaan adalah anugerah yang Allah kurniakan kepada kita, menembusi ruang akal, hati dan jiwa… terbit melalui perasaan dan firasat antara insan kepada insan yang lain. Jangan sesekali kita mempersenda atau mengkhianati setiap kepercayaan baik yang diberikan di dunia ini kerana peluang kedua hanya hadir diatas ihsan kemaafan dan bukannya satu keistimewaan.

Kepercayaan itu satu anugerah

Kepercayaan itu keimanan… 


Menghargai kepercayaan yang diperolehi diatas tujuan kebaikan adalah ibadah yang mampu menjemput keberkatan dan memudahkan kehidupan kita di dunia walau apa jua rintangan yang melanda. Tidak akan ada lagi “peluang kedua” di alam kubur mahupun di akhirat kelak… wallahualam. Menjadi peringatan buat diri sendiri juga...

Di sini ingin juga aku bertanya pendapat dari sahabat pembaca sekelian, perlukah sebenarnya “peluang kedua” itu wujud di dunia ini?...


Salam Hormat, Salam Berkat.


COMMENTS

BLOGGER: 37
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kepercayaan Itu Satu Anugerah
Kepercayaan Itu Satu Anugerah
Kepercayaan itu anugerah, Percayalah, Kepercayaan Parol, Anugerah insan, Tipah tertipu.
http://4.bp.blogspot.com/-U-5Jok6KjyE/UokSLhc9oVI/AAAAAAAAEOk/qRe0CH6JppQ/s400/1474397_733638029984157_1634922901_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-U-5Jok6KjyE/UokSLhc9oVI/AAAAAAAAEOk/qRe0CH6JppQ/s72-c/1474397_733638029984157_1634922901_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/11/kepercayaan-itu-satu-anugerah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/11/kepercayaan-itu-satu-anugerah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy