Kisah Aku Dan Keusahawanan Sosial

Kisah aku dan keusahawanan sosial, menjelaskan faktor menjadikan elemen motivasi sosio pendidikan sebagai landasan pembangunan modal insan.

Kisah aku dan keusahawanan sosial,

Kisah aku dan keusahawan sosial - 'Social Entrepreneurship'... dalam kehidupan banyak juga pancaroba yang dilalui. Secebis pengalaman yang ada mengajar saya untuk benar-benar menghargai kehidupan. Saya berkongsi bukan bermaksud riak jauh sekali berbangga… demi Allah tidak, kerana ramai lagi insan yang lebih hebat pengalamannya. Ia hanya kerana saya merasakan amat perlu dikongsikan. Kepada yang mengenali pasti tahu kisah ini.

Kerjaya, Keusahawanan Dan Kehidupan


Kisah saya banyak berlagu dalam kerjaya… Sedari awal remaja, selain menghargai aliran seni dan muzik, saya meminati perniagaan. Saya memilih jurusan pemasaran sewaktu pengajian dan menjadikannya sebagai aset terawal kerjaya menceburi bidang pelaburan (asset management) sebelum memilih jalan perniagaan sendiri.

Kisah aku dan aktiviti sosial
Berkelana di kota Paris
Hasil keusahawanan, saya berjaya memiliki hartanah, beberapa kereta jenama mewah model terbaru, lokasi pejabat di tengah ibu kota, mengendali urusan jutaan ringgit dengan pendapatan mencecah 5 angka sebulan pada usia 25 tahun.

Namun merasa dipolitikkan, dicantas, ditikam belakang, ditipu... blacklist dan muflis tersungkur ke longkang… Semua saya hadapi pada lingkungan usia 20an dan masih mentah dalam mainan kerjaya. Sungguh pun begitu saya tidak pernah terfikir untuk lari atau membalas. Saya hadapi dengan niat yang baik kerana ianya realiti percaturan kerjaya juga kehidupan.

Alhamdulillah, saya dibesarkan dengan nilai agama dan kekeluargaan walaupun mungkin tidak semantap sesetengah yang lain. Berkat izin Allah swt, perkahwinan usia saya 23 tahun pernah mengharungi kehidupan susah disamping membesarkan anak-anak. Kini kami mempunyai 4 orang anak yang meningkat remaja. Kehidupan kami Alhamdulillah.. syukur..

Keusahawanan Sosial, Khir Khalid Resources,
Program Jelajah Sihat KKM, Putrajaya

Pada 2006 saya diperkenalkan oleh sahabat tentang 'CSR', 'NGO' dan keusahawanan sosial. Pada mulanya saya terlibat sebagai antara pengurus acara untuk pelbagai program berkaitan termasuk majlis amal dan 'fund raising' bagi badan-badan NGOs.

Ia menjadi sumber pendapatan perniagaan yang dapat membantu memulihkan kerjaya juga kehidupan sehingga menubuhkan sebuah firma perunding acara Prima Iklan Sdn Bhd. Saya komited setiap kali mereka memerlukan perkhidmatan dan berusaha menjadi agen vendor terbaik. Dari situ juga saya beroleh cabang peluang yang lain.

Keusahawanan Sosial Tapak Pengukuhan Modal Insan


Lama kelamaan, aktiviti pembangunan sosial ini meninggalkan kesan mendalam. Pada 2011, saya mengambil keputusan melibatkan diri sepenuhnya dalam keusahawanan sosial berkaitan pembangunan sosial. Penglibatan ini membuatkan matlamat hidup lebih jelas.

Saya lebih terinspirasi bila dapat terlibat membantu menyuntik motivasi insan. Cukup banyak yang dipelajari, malah ada yang melalui pengalaman lebih teruk dari yang saya lalui. Ada juga yang seperti tidak logik akal… tetapi ia benar berlaku.

Syarikat lama bertukar tangan dan saya menubuhkan firma kecil Khir Khalid Resources dengan lebih berlapang dada. Hidup terasa lebih bermakna, meninggalkan jauh pesaing-pesaing niaga dan perbetulkan fokus untuk kejayaan sebenar.. in shaa Allah.

Keusahawanan Sosial, Khir Khalid Resources,
Parol & Perkhidmatan Komuniti WPKL

Melalui keusahawanan sosial, saya mengenali cabang platform pengkajian, institusi koreksional, pusat pemulihan akhlak, rumah-rumah perlindungan dan mereka yang bertungkus-lumus untuk kebaikan insan termasuk Parol dan Perkhidmatan Komuniti Kuala Lumpur.

Memberi segmen, peluang dan harapan kepada jiwa-jiwa insan sewaktu banyak pihak tidak ambil kisah dan ada sebahagiannya hanya mencemuh dan mengaut keuntungan atas misi peribadi tersirat atas nama 'membantu'.

Kami mencungkil permasalahan dari akar umbi, masuk ke segenap lembah hina, lorong-lorong dusta, lubuk-lubuk kota… menarik jiwa yang termampu diselamatkan, melangkaui perbezaan agama, bangsa, politik.. atas nilai-nilai tuntutan agama dan persaudaraan insan.

Keusahawanan Sosial Mengikut Arus Zaman


Sebagai seorang yang pernah berkecimpung dalam bidang muzik, pertemuan dengan pendakwah kontemporari yang aktif dengan cara tersendiri memberi inspirasi. Coreten tersebut boleh dibaca di sini> Motivasi Sebagai Satu Platform Kejayaan.

Beliau antara pendakwah terawal saya kenali dan memberi inspirasi bagaimana menyuntik modal insan dengan cara tersendiri mengikut arus zaman. Mungkin mereka yang popular ada cara penyampaian yang berbeza, tetapi percayalah semuanya atas tujuan yang sama.

Keusahawanan Sosial, Khir Khalid Resources,
 Bersama Jabatan Penjara Malaysia

Selagi diberi keizinanNya, akan saya terus memperkasa segala yang termampu dalam membantu menyuntik modal insan sebagai satu jalan kebaikan. Khir Khalid Resources adalah perunding 'social empowerment provider', menerusi modul SocioEDU, menekankan elemen sosio pendidikan dan pembangunan modal insan terutama kepada remaja dan belia.

Sebarang pertanyaan sesi program, kolaborasi atau penajaan, boleh hubungi saya di no : 010 243 0097 atau emelkan ke : khirkhalidmy@gmail.com.

Kenali saya di ruangan> Profil Penulis.

Semoga dapat terus menyokong pemerkasaan generasi kini agar membangun sebagai pemimpin masa hadapan yang berintegriti, prihatin, cemerlang dan berdaya maju.

COMMENTS

BLOGGER: 74
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Kisah Aku Dan Keusahawanan Sosial
Kisah Aku Dan Keusahawanan Sosial
Kisah aku dan keusahawanan sosial, menjelaskan faktor menjadikan elemen motivasi sosio pendidikan sebagai landasan pembangunan modal insan.
https://1.bp.blogspot.com/-ccSL5q0cInU/UoFuT6X-gyI/AAAAAAAAEKQ/siatgzZr4Ko/s640/399267_338944766120154_1241308643_n.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-ccSL5q0cInU/UoFuT6X-gyI/AAAAAAAAEKQ/siatgzZr4Ko/s72-c/399267_338944766120154_1241308643_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/11/kisah-aku-dan-aktivis-sosial.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/11/kisah-aku-dan-aktivis-sosial.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy