Nafsu Dan Dadah… Memang Membawa Parah

Nafsu Dan Dadah Memang Membawa Parah

Nafsu Dan Dadah… Memang Membawa Parah. Isu dadah ini bukanlah satu cerita yang baru. Asalnya dicipta untuk kebaikan perubatan namun tanpa kelulusan badan bertauliah dan pihak berkuasa, ia menjadi satu kesalahan yang berat. Penyalahgunaan dadah bukan setakat kepada penggunaannya, tetapi kepada pembuat yang mengetahui resipi ramuannya dan juga kepada pengedar serta penjual. Telah banyak penerangan yang menceritakan tentang keburukan dan implikasinya kepada diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Kisah benar dari pengalaman sahabat yang telah lama berkecimpung dalam bidang koreksional cukup meninggalkan kesan yang mendalam kepada aku. Lantas terpanggil untuk berkongsi tentangnya agar menjadi peringatan dan iktibar kita bersama. Berpesan-pesanlah kepada mereka yang kita sayangi agar menjadi peringatan untuk kebaikan.

Impian, Kejayaan Dan Nafsu.


Nafsu dan Dadah... Memang membawa parah.
Sekadar Hiasan - sumber Google
Kisah seorang pemuda bernama “X” (bukan nama sebenar) adalah seorang graduan ijazah jurusan perniagaan lepasan universiti tempatan yang bercita-cita tinggi. Berasal dari keluarga yang baik dan penuh dengan nilai-nilai kekeluargaan. Hasil usaha gigih melalui perancangan kertas kerja strategik, doa dan sokongan keluarga, beliau telah mendapat pinjaman pembiayaan graduan untuk memulakan perniagaan “cyber café” di ibu kota. Perniagaan beliau amat menguntungkan…

Setelah maju dan merasa kemewahan dalam tempoh beberapa tahun, corak hidupnya mula berubah. Setelah selesai berniaga, pusat hiburan KTV menjadi tempat persinggahannya hampir setiap malam… berhibur setelah kepenatan bekerja. Beliau menjadi rebutan ramai gadis-gadis yang bekerja sebagai pelayan “GRO” disebabkan usia yang muda sebagai usahawan berjaya. Bukan kesemua “GRO” itu tidak baik, ada yang berhati mulia dan tersepit oleh keadaan.. wallahualam.. Tentang “GRO” akan aku kupas di entri-entri yang lain nanti.

Dijadikan kisah, tiba satu masa persaingan internet menjadi semakin hebat. Telah tiba pesaing membuka pusat internet dengan prasarana yang lebih “up to date” . Bukan satu malah dua pusat yang berlainan menjadi pesaing kepada perniagaan “X”. Dengan pendapatan yang mula berkurangan serta kos yang perlu usahakan untuk lebih bersaing… perniagaannya mula terjejas. Beliau perlu mencari alternatif untuk menyelamatkan perniagaannya.


Pendapatan Lumayan Hasil Pengedaran Dadah


Suatu hari, beliau diperkenalkan oleh salah seorang kekasih “GRO”nya dengan seorang yang dipercayai dapat membuka peluang menambah pendapatan untuk menyelamatkan perniagaannya. Setelah berbincang dan tanpa berfikir panjang, “X” bersetuju untuk menjadi perantara (transporter) barang terlarang dari satu tempat ke tempat yang lain merentasi daerah dan negeri, dengan kadar upah tunai yang lumayan antara RM 10,000.00 hingga RM 30,000.00 untuk satu urusan mudah. Perantara tidak mengenali antara satu sama lain, cuma berpandukan arahan yang telah diatur dengan pertukaran tunai setelah selesai penghantaran.

Dadah... Cegah Sebelum Parah


Nafsu dan Dadah... Memang membawa parah
Ganja Mampat - ihsan AADK
Setelah beberapa kali “X” melakukan urusan itu, ditakdirkan pada satu hari beliau telah terperangkap didalam satu sekatan jalan. Walaupun berkereta berjenama dan tiada disangka melakukan pekerjaan itu, kegiatannya telah pun lama menjadi perhatian siasatan pihak berkuasa. Sewaktu ditahan, beliau didapati membawa 32kg dadah (jenis ganja) dan 24kg Methamphetamine (syabu). Beliau disabitkan dibawah akta 39B AktaDadah Merbahaya 1952 yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati (mandatori).

Nafsu dan Dadah... memang membawa parah
Methamphetamine (Syabu / Ice) - Ihsan AADK
Kesalahan sebagai pengedar dadah amatlah berat. Tiada jaminan mahkamah dan sekiranya rayuannya diterima mahkamah rayuan, kadar minima adalah antara 20 tahun atau pun sepanjang hayat. Sekiranya gagal, bergantung kepada pengampunan sultan yang akan dinilai setiap 4 tahun sebelum hukuman gantung ditetapkan pada satu masa yang tertentu... namun mendapat pengampunan bukanlah sesuatu yang mudah…

Akibat nafsu, duit dan dadah.. penjaralah menjadi dunia kehidupannya untuk tempoh waktu tahun-tahun yang panjang. Hanya ungkapan “aku desprete bro, my business was in trouble…”, menguburkan segala kejayaan manis, kasih pengorbanan ibu, bapa dan keluarga serta nikmat kebebasan kehidupan sebagai sejarah kekesalan tangisan hati yang hanya Allah jua yang tahu.. nauzubillah…

Semoga menjadi iktibar dan peringatan buat kita semua. Oleh itu bersyukurlah diatas nikmat kesenangan, kekeluargaan dan segala yang baik yang Allah telah kurniakan, walaupun tidak sehebat sesetengah yang lain...  


Salam Hormat, Salam Berkat. 
Khir Khalid

COMMENTS

BLOGGER: 52
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Nafsu Dan Dadah… Memang Membawa Parah
Nafsu Dan Dadah… Memang Membawa Parah
Nafsu Dan Dadah Memang Membawa Parah
http://4.bp.blogspot.com/-WC-i6Fk40R0/Un5EfZcpIqI/AAAAAAAAEJU/Z1qfrfROE9g/s400/cyber-cafe-for-sale-with-completely-organized-setup-and-movies-and-from-company-recognized-u-best-game-systems-ad-347.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-WC-i6Fk40R0/Un5EfZcpIqI/AAAAAAAAEJU/Z1qfrfROE9g/s72-c/cyber-cafe-for-sale-with-completely-organized-setup-and-movies-and-from-company-recognized-u-best-game-systems-ad-347.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/11/nafsu-dan-dadah-memang-membawa-parah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/11/nafsu-dan-dadah-memang-membawa-parah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy