Orang DiParol (ODP).

Apa itu Parol, Orang DiParol, Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia

Parol atau lebih diketahui dengan panggilan bahasa Inggeris - Parole, telah dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai institusi koreksional bertaraf dunia. Ia merupakan salah satu usaha dalam memberi 'peluang kedua' kepada banduan insaf  untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Apa Itu Parol


Melalui sistem parol yang telah diluluskan di Parlimen Malaysia bermula tahun 2008, banduan insaf yang layak dipilih, berpeluang menjalani separuh daripada baki hukuman penuh pemenjaraan di luar penjara (pembebasan awal) mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka tidak lagi bergelar banduan tetapi dinamakan Orang DiParol atau singkatannya ODP dibawah Perintah Parol Malaysia.

Apa itu Parol

Kriteria Orang DiParol (ODP)


Orang DiParol - ODP adalah banduan insaf yang telah membuktikan usaha mereka untuk pulih sewaktu menjalani hukuman di penjara. Ia dinilai melalui prestasi koreksional pembelajaran termasuk displin tingkahlaku oleh Jabatan Penjara sepanjang menjalani hukuman penjara. Mereka (ODP) yang dipilih dibenarkan kembali ke pangkuan keluarga dan menjalani baki hukuman di rumah dibawah pengawasan pegawai parol bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia.

Sungguhpun begitu, untuk setiap banduan menjadi ODP ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia bukan satu keistimewaan, tetapi satu peluang kedua yang wujud setelah melalui proses penilaian yang ketat oleh Lembaga Parol yang terdiri daripada pihak Penjara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Lembaga Kehakiman, polis dan juga sokongan keluarga atau majikan sebagai penjamin kepada bakal ODP itu sendiri. Peluang parol hanya diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman sekurang-kurangnya 1 tahun dan dibawah 7 tahun. Ia juga hanyalah untuk kes-kes yang ringan dan diutamakan kepada kesalahan kali pertama.

Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Salah satu Program Intervensi ODP yang diadakan
ODP dibenarkan bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa tetapi perlu berada di rumah pada waktu malam dan sentiasa di dalam kawasan yang ditetapkan. Segala urusan melangkaui perkara ini perlulah mendapat kelulusan pegawai parol terlebih dahulu. Mereka juga perlu melaporkan diri di pejabat Parol Daerah masing-masing pada waktu yang ditetapkan selain diwajibkan menghadiri setiap program intervensi yang dilaksanakan sehinggalah dibebaskan sepenuhnya.


Penubuhan bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti dibawah Jabatan Penjara Malaysia bukan bertujuan untuk menghukum ODP. Sebaliknya, ia lebih tertumpu kepada bimbingan koreksional lanjutan melalui penglibatan institusi kekeluargaan agar mereka benar-benar dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi insan yang berguna. Ia merupakan proses kitar semula modal insan (recycling of human capital) yang dapat membantu menjana sosio–ekonomi masyarakat seterusnya mengurangkan kadar jenayah berulang termasuk anasir-anasir negatif yang lain untuk kebaikan negara.

Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia.
Kenangan acara bersama Parol & Perkhidmatan Komuniti WP Kuala Lumpur
Pada masa ini, kita dapat melihat banyak tenaga kerja warga asing yang kita sendiri kurang jelas tentang latar belakang mereka. Ia selain merugikan ajiran kewangan negara, ada diantaranya menjadi penyebab permasalahan sosial dan salah laku jenayah di negara kita juga. Oleh itu, adalah menjadi harapan agar usaha kitar semula modal insan ini mendapat sokongan dari pelbagai pihak. Aku bukanlah anti kepada warga asing, tetapi sebagai warga Malaysia apalah salah sekiranya peluang memperkasa modal insan atau peruntukan pekerjaan yang bersesuaian dapat disediakan melalui lebih banyak penglibatan pihak swasta dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan kepada warga kita seperti ini sebelum memandang tenaga kerja dari luar negara yang entah apa-apa itu.

Matlamat Parol Adalah Untuk Kesejahteraan Masyarakat


Orang DiParol adalah rakyat kita sendiri. Mereka mempunyai segala rekod latar belakang yang mudah dirujuk. Ada diantaranya yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak. Mereka mempunyai keluarga, saudara dan sahabat handai, harapan dan juga impian. Walaupun mereka pernah tersasar dan melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak, namun mereka adalah segmen insan dalam masyarakat kita yang telah insaf dan berusaha untuk menebus kesalahan yang pernah dilakukan.. mereka telah berubah..

Ingin lagi aku bertanya di sini pandangan ikhlas dari hati sahabat pembaca yang sudi. Adakah golongan ODP ini layak diberi peluang kedua didalam masyarakat?  


* Segala usaha lain dibawah Parol & Perkhidmatan Komuniti dalam pemulihan modal insan akan menjadi antara artikel perkongsian aku dari masa ke semasa di entri-entri yang akan datang. Terima kasih diatas kesudian membaca.   

COMMENTS

BLOGGER: 97
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Orang DiParol (ODP).
Orang DiParol (ODP).
Apa itu Parol, Orang DiParol, Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
http://1.bp.blogspot.com/-Op0A5uqIv6w/UpZ37djTDDI/AAAAAAAAERo/JCZZ_1-HUaw/s400/960044_724761277538499_245137368_n-01.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-Op0A5uqIv6w/UpZ37djTDDI/AAAAAAAAERo/JCZZ_1-HUaw/s72-c/960044_724761277538499_245137368_n-01.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/11/orang-di-parol.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/11/orang-di-parol.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy