Berpegang Pada Janji.

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera Menghadiri satu majlis ilmu yang sederhana. Tazkirahnya ringkas namun amat terkesan dalam...

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Menghadiri satu majlis ilmu yang sederhana. Tazkirahnya ringkas namun amat terkesan dalam diri. Justeru, aku berhasrat untuk memanjangkan peringatan ini kepada sahabat-sahabat sekelian. Semoga membawa kebaikan buat kita bersama.

Ia berkenaan dengan JANJI… Mudah ditulis, dieja, dibaca dan sebut, namun sungguh berat pengertiannya. Janji dibuat sesama insan. Janji boleh dituntut oleh rakyat kepada pemimpinnya, ibu kepada anaknya, juga isteri kepada suaminya dan pelbagai lagi, diantara insan kepada insan yang membuat janji.

Sekadar Hiasan Gambar (Google)

Berpegang kepada janji bukan sahaja dituntut didalam Islam, malah dalam setiap agama yang wujud di muka bumi. Inilah asas dalam membina kehidupan yang harmoni sesama manusia. Tanpa sifat berpegang kepada janji, boleh menyebabkan seseorang itu dikira sebagai munafik.. nauzubillah.

Ada diungkapkan dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Tanda orang munafik ada 3; jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia mengingkari, jika diberi amanah dia mengkhianati.” (Riwayat Al Bukhari)

Orang yang berpegang janji sesama manusia hakikatnya berpegang janji dengan Allah. Orang yang beriman akan berusaha untuk menunaikan janjinya. Dia merasakan apabila berjanji dengan manusia, Allah tetap yang paling layak menjadi saksi dan penjamin. Dia yakin tidak boleh lari daripada pengawasan Allah s.w.t atas segala janjinya.

Oleh itu, sebaik-baik perkara adalah bersederhanalah dalam berjanji. Mari kita bina kehidupan yang diberkati dengan cara berpegang pada janji. Janganlah berjanji andai untuk memungkiri.

Pepatah Melayu ada mengatakan dan pastinya kita semua tahu… “ Lembu biasanya diikat pada tali, tetapi manusia itu diikat dengan janji”. Adakah janji itu sudah dilunasi dan diikat rapi? Bersamalah kita muhasabah diri…


Salam Hormat, Salam Berkat.  


COMMENTS

BLOGGER: 43
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Berpegang Pada Janji.
Berpegang Pada Janji.
http://4.bp.blogspot.com/-CLnVvCd-Zx8/UqjB0sVQs6I/AAAAAAAAEY4/W4ll0FeX3q0/s400/promises.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-CLnVvCd-Zx8/UqjB0sVQs6I/AAAAAAAAEY4/W4ll0FeX3q0/s72-c/promises.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/12/berpegang-pada-janji.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/12/berpegang-pada-janji.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy