Hukum Ber “tattoo”.

Tattoo, Hukum bertattoo, kisah tattoo, tatoo badan, tatoo dalam islam, tatoo, tatu, tatu badan

Tattoo... Ingin aku kongsikan satu pengalaman seorang ustaz telah ditanya oleh mualaf berkenaan hukum ber”tattoo”. Kejadian ini berlaku sewaktu tazkirah kepada golongan mualaf dan kebetulan aku berpeluang membantu kumpulan sokongan di situ.

Sumber Google
Ia berkisar tentang persoalan mengapa ber “tattoo” itu haram. Penyebab utama ialah, tattoo menghalang air dari mengenai kulit. Maka tidak sah berwuduk dan mandi junub jika air tidak dapat diratakan ke seluruh kulit. Kecualilah jika tattoo dibuat sebelum memeluk Islam atau disebabkan jahil. Sekiranya tidak mampu untuk menghilangkan atau boleh memudaratkan kepada dirinya, maka bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh. Justeru berdasarkan pengetahuan cetek ini, aku juga bersetuju dengan penerangan ustaz tersebut.

Huraian Tattoo Secara Teknikal Dari Pengalaman


Permasalahan timbul apabila mualaf itu menghuraikan pengetahuannya sebagai pencacah tattoo sebelum memeluk Islam. Secara teknikal beliau menerangkan, dakwat disuntik ke bawah lapisan kulit melalui kaedah pencucuhan jarum. Itulah sebabnya tattoo dapat kekal dan tidak menghalang air dari mengenai kulit kerana dakwatnya terletak di bawah lapisan kulit kita. Ia bukan seperti menyapukan dakwat atau cat tertentu yang menghalang kulit dari terkena air yang boleh ditanggalkan dengan menggosok “thinner” atau sebagainya. Maka, alasan kulit terhalang dari air kerana ber”tattoo” secara teknikal didapati kurang konkrit tanpa penjelasan terperinci.

Namun ustaz itu agak beremosi dan menjawab bahawa jangan memilih memeluk Islam hanya untuk mempertikaikan sesuatu yang berkaitan dengan hukum.. Berdasarkan pemerhatian, aku yakin mualaf itu sebenarnya ingin mendapatkan pencerahan. Tetapi beliau dianggap seolah-olah mencabar kebijaksanaan ustaz itu. Mungkin juga tanggapan aku terhadap senario yang berlaku tidak sama seperti apa yang ustaz itu rasa dan alami… wallahualam.


Penjelasan Tentang Hukum Ber'Tattoo' Dan Mengapa Ia Haram


Akibat daripada peristiwa tersebut, aku telah mencari jawapan bersesuaian sebagai pengajaran buat aku juga. Berdasarkan penjelasan ustaz lain dan blog-blog ilmuan agama di google sememangnya haram, tetapi secara teknikal disebabkan, darah luka diserap bersama dakwat sewaktu proses pencacahan dibuat dan tertanam secara sengaja di kulit sebagai najis. Selain itu, dakwat tattoo menghalang liang kulit menyerap air sehingga ke lapisan akhir kulit. Barulah jelas bahawa jawapan itu sesungguhnya betul, tetapi penerangannya kurang menjelaskan kebenaran tersebut. 

Apa yang nyata, tattoo ini mengubah fitrah ciptaan Allah tanpa sebab-sebab yang membolehkan mereka melakukannya. Dalam Hadis juga ada diriwayatkan yang bermaksud : 

“Allah melaknati orang-orang yang membuat tattoo, orang-orang yang minta dibuatkan tattoo, orang-orang yang minta dicabutkan bulu matanya dan orang yang merenggangkan gigi semata-mata untuk mempercantikkan wajah, dan mereka yang mengubah ciptaan Allah” (HR Muslim).

Berdakwah Menghurai Hukum BerTattoo Secara Ilmiah


Secara peribadi aku berpendapat, respon ustaz itu bukanlah satu jawapan. Sebagai seorang ustaz, kupasan yang diberikan dalam berdakwah dan menghuraikan hukum berTattoo perlulah bersifat ilmiah, lebih-lebih lagi kepada golongan mualaf. Sekiranya ada ustaz atau bakal ustaz yang ingin terlibat sebagai penceramah agama dan pendakwah sosial terutama yang melibatkan mualaf, janganlah mudah melenting jika diajukan persoalan walaupun ia mencabar kewibawaan anda. Segala ujian itu datangnya dari Allah… lagi tabah dan sabar dalam menangani ujian, maka lagi besarlah pahala dakwah yang diperolehi, in shaa Allah…

Apapun, tujuan menulis entri ini bukan bermaksud aku arif dalam agama. Ia hanyalah sekadar perkongsian dari kemusykilan dan pengalaman sebenar sebagai iktibar semua.

Berdakwahlah dengan bijak dan kreatif dalam menangani setiap ujian untuk kebaikan Islam itu sendiri.


Salam Hormat, Salam Berkat.


COMMENTS

BLOGGER: 88
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Hukum Ber “tattoo”.
Hukum Ber “tattoo”.
Tattoo, Hukum bertattoo, kisah tattoo, tatoo badan, tatoo dalam islam, tatoo, tatu, tatu badan
http://1.bp.blogspot.com/-PE0Pqx9ALrY/Up9es5RUG9I/AAAAAAAAET0/yYvwYOCcdtQ/s320/6+(1).jpg
http://1.bp.blogspot.com/-PE0Pqx9ALrY/Up9es5RUG9I/AAAAAAAAET0/yYvwYOCcdtQ/s72-c/6+(1).jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/12/hukum-ber-tattoo.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/12/hukum-ber-tattoo.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy