Kenangan Seminar CIIS di Langkawi

Seminar CIIS Langkawi, Centre of Interdisplinary and Integritive Studies, CIIS, Bay View Hotel Langkawi,

Seminar CIIS di Langkawi. Pada 18 dan 19 Disember 2013, aku berpeluang terlibat membantu menguruskan satu acara seminar antarabangsa yang berlangsung di Hotel Bayview, Pusat Bandar Kuah, Langkawi. Aku amat berbesar hati apabila ditawarkan peluang oleh pakcik saudara yang merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang pengurusan 'event management' untuk menimba pengalaman dalam menguruskan acara rasmi seperti ini.

Bay View Langkawi

Seminar Antarabangsa CIIS


Seminar antarabangsa “Centre of Interdisplinary and Integritive Studies” (CISS) ini adalah yang pertama kali diadakan dan dianjurkan. Ia merupakan seminar ilmiah bertukar pandangan dan pendapat tentang elemen yang boleh mempengaruhi kestabilan dan keharmonian masyarakat serta negara. Ia dikupas dan dibentangkan dari sudut sains tentang ekonomi, perniagaan, kewangan, kesihatan dan sosial berdasarkan kajian serta fakta oleh ahli-ahli pemikir yang mengambil bahagian.


Seminar CIIS Langkawi
Seminar CIIS Langkawi

Peserta seminar ini terdiri daripada ahli akademik, profesor, doktor dan pensyarah yang berpengalaman dari universiti tempatan dan antarabangsa. Turut serta memberi hujah pandangan adalah Prof. Dr. Chandra Muzaffar yang merupakan ahli pemikir dan aktivis yang dihormati.

Kenangan Seminar CIIS Di Langkawi


Malindo Air Langkawi
Malindo Air.. kecil tapi sempoi..
Mengimbau kembali kenangan, kami bertolak ke Langkawi pada 17 Disember dan tiba sekitar jam 11:30 pagi melalui penerbangan MalindoAir. Persiapan untuk acara tersebut terus dilakukan sejurus tiba. Ada diantara kami yang perlu berpengkalan di lapangan terbang untuk menunggu ketibaan peserta-peserta seminar demi memudahkan mereka ke tempat penginapan masing-masing. Sebagai satu perkidmatan yang terbaik, dua rakan kami sentiasa menunggu ketibaan peserta sehingga penerbangan yang terakhir pada hari itu. 

Urusan aku pula berpusat disekitar hotel dan dewan seminar bagi membantu memastikan segala persiapan diperkemas dengan baik. Setelah selesai, aku bergerak semula ke lapangan terbang untuk mengambil rakan-rakan di sana. Dengan memandu MPV sewa jenis Avanza, jalanraya Langkawi aku redah.. pehh seronok memandu kenderaan sewa di tempat orang.. Sempat juga pekena cendol Langkawi.. memang best.. senggattt lah! 

Segala persiapan kami selesai diawal pagi 18 Disember, tidur sekadar yang cukup untuk acara yang akan bermula pada jam 8 pagi. Berdoa didalam hati agar segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar serta terurus seperti yang diharapkan... 

Farm Fish Restaurant Langkawi
Lepas makan, boleh jalan-jalan tengok taman lampu..
Selesai solat subuh, bersiap dan bersarapan dengan hidangan hotel yang "marvelous", seminar bermula dengan sesi pendaftaran dan dirasmikan oleh Yang Berhormat kawasan Langkawi. Seminar hanya berhenti seketika untuk minum ringan, makan tengah hari dan minum petang sebelum berakhir pada jam 6 petang dengan penuh intipati ilmiah. Tidak habis disitu, pada sebelah malamnya, kami membawa tetamu seminar beramai-ramai untuk menikmati hidangan makan malam yang sungguh menyelerakan di FishFarm Restaurant. Makanannya hebat, suasana tempatnya juga sungguh menawan dan cukup mempersonakan… pelanggan puas, kami pun lega.. :D


Pada keesokan harinya, seminar berlangsung semula tepat jam 9 pagi dengan pelbagai isu yang cukup membuka minda, sehinggalah melabuhkan tirai pada jam 1:30 petang. Maka dengan itu, urusan kami untuk sepanjang acara itu dijalankan juga berakhir dengan jayanya.. alhamdulillah. Apa lagi.. dengan waktu sedikit yang terluang, sempat juga menerjah ke kompleks bebas cukai Haji Ismail Group (HIG), membeli coklat, buah tangan dan bersiar-siar ke kawasan berdekatan sebelum berkemas pulang ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat Air Asia jam 10:30 malam.

Kompleks Haji Ismail Group Langkawi
Rambang mata tengok coklat kat sini.. murah-murah..
Tak nak letak gambar coklat, takut kempunan bila tengok hehee :D

Di lapangan terbang, kami mendapat berita bahawa penerbangan kami telah ditunda. Lebih 2 jam juga kami menunggu. Terkial-kial duduk di "boarding room", menunggu pesawat yang lewat disebabkan masalah cuaca di tempat lain. RM 10:00 duit aku habis melayan kerusi urut yang disediakan di situ.. layan mengurut untuk mengisi masa menunggu dengan penuh kesabaran. Sehingga hampir jam 1 pagi, barulah kami dapat menaiki pesawat untuk pulang. 

Pampasan Air Asia Langkawi
Pampasan Air Asia kepada semua penumpang akibat kelewatan pesawat..
bijak sungguh marketing dia orang sebelum customer naik angin hehee.. :D

Penghargaan Seminar CIIS di Langkawi


Kesempatan ini aku ingin memahatkan penghargaan kepada pakcik saudara yang telah memberi kepercayaan untuk terlibat dalam menguruskan acara seminar ini. Selain menimba pengalaman dalam mengendalikan acara rasmi bertaraf antarabangsa, aku juga dapat menimba ilmu “first hand information” tentang ideologi insan, konsep Islam dalam kehidupan dan pandangan sahih tentang isu-isu masa kini dari para cendakiawan yang berkelayakan. Disebabkan aku berada di dalam dewan hampir sepanjang seminar untuk memudahkan segala keperluan peserta, ia secara tidak langsung mencetus inspirasi untuk aku melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga satu hari nanti.. in shaa Allah. Manalah tau, ada rezeki boleh dapat gelaran Prof. Dr Khir Khalid huhu.. :D

Seminar CIIS Langkawi
Gambar kenangan bersama Prof. Dr Chandra Muzaffar

Terima kasih juga aku pahatkan buat sahabat-sahabat seperjuangan Arif, Nazri dan Ina diatas kerjasama penuh kemesraan sepanjang acara seminar ini dijalankan. Semoga ukhwah silaturrahim kekal dan sentiasa subur dengan keberkatan yang berpanjangan.. aamiin.

Selain itu, tidak lupa juga ucapan terima kasih aku untuk rakan-rakan blogger dan para pembaca sekelian diatas kesudian membaca catatan pengalaman ini. Kini sudah sampai waktu aku perlu berblogwalking setelah beberapa hari cuti-cuti, cuci-cuci dan cari makan.. J

Air Asia Langkawi
Selamat tinggal Langkawi, ada waktu akan aku terjah lagi..


Salam Hormat

COMMENTS

BLOGGER: 86
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Kenangan Seminar CIIS di Langkawi
Kenangan Seminar CIIS di Langkawi
Seminar CIIS Langkawi, Centre of Interdisplinary and Integritive Studies, CIIS, Bay View Hotel Langkawi,
https://4.bp.blogspot.com/-5olmdn4FBsQ/UrVkWRnTWxI/AAAAAAAAEbQ/7k88J_5b_to/s400/1525010_753706417977318_867521403_n.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-5olmdn4FBsQ/UrVkWRnTWxI/AAAAAAAAEbQ/7k88J_5b_to/s72-c/1525010_753706417977318_867521403_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/12/kenangan-seminar-ciis-di-langkawi.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/12/kenangan-seminar-ciis-di-langkawi.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy