Lawatan Menteri Singapura Ke Rumah Perantaraan WPKL

Lawatan Menteri Singapura Ke Rumah Perantaraan WPKL - TYT Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Lawatan Menteri Singapura Ke Rumah Perantaraan WPKL - Pada 4 Disember 2013, saya telah menyertai majlis lawatan kerja TYT Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Negara Kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Luar Negeri Singapura ke Rumah Perantaraan WPKL. Tujuan lawatan selain berkongsi pandangan mengenai isu koreksional ialah untuk melihat sendiri kawasan dan kemudahan yang disediakan di Rumah Perantaraan W.P. Kuala Lumpur ini.

Lawatan TYT Masagos Zulkifli Masagos Mohamad ke Rumah Perantaraan WPKL

Rumah Perantaraan Sebagai Tapak Sokongan Lanjutan


Rumah Perantaraan (Halfway House) merupakan tempat tinggal dan pembelajaran sementara yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama badan NGO bagi menempatkan bekas banduan insaf yang baru dibebaskan setelah tamat menjalani hukuman penjara.

Rumah yang disediakan lengkap dengan kemudahan asas termasuk makan dan minum adalah untuk mereka yang tiada keluarga atau yang mempunyai keluarga tetapi enggan menerima mereka kembali. Mereka akan dibimbing dan dibantu untuk memperolehi pekerjaan yang bersesuaian sebelum berpindah menjalani kehidupan yang normal didalam masyarakat.

Rujukan info lanjut> Rumah Perantaraan WPKL

Kejayaan Rumah Perantaraan Melalui Sokongan Pelbagai Pihak


Turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri selaku tuan rumah, Jabatan Penjara, Parol dan Perkhidmatan Komuniti WPKL, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Badan Pencegahan Jenayah dan badan-badan NGO sosial yang berkaitan. 

Lawatan TYT Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Singapura ke Rumah Perantaraan.
Lawatan TYT Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Singapura ke Rumah Perantaraan

Adalah menjadi harapan dengan jalinan kerjasama negara kejiranan ini dapat membantu membina pembentukan sosio-budaya yang lebih baik untuk kehidupan masyarakat sejahtera, in shaa Allah. Lawatan kerja yang penuh dengan ukhwah dan ilmu ini berakhir pada jam 1 tengah hari.

Lawatan TYT Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Singapura ke Rumah Perantaraan

Rumah Perantaraan Untuk Kesejahteraan Masyarakat


Berdasarkan pemerhatian sendiri, banyak usaha sehingga ke peringkat kerjasama antarabangsa telah diketengahkan untuk membantu dan memberi peluang kepada golongan banduan insaf ini. Usaha untuk meyakinkan pihak swasta dan masyarakat seluruhnya juga sedang giat dilakukan agar peluang yang bersesuaian dapat diberikan sepenuhnya kepada mereka yang berkelayakan.

Namun, jika ada diantara mereka sendiri yang tidak mahu memanfaatkannya untuk memperbaiki dan memajukan diri sendiri… tiada apa lagilah yang dapat diperkatakan…
  

***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:

Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

COMMENTS

BLOGGER: 57
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Lawatan Menteri Singapura Ke Rumah Perantaraan WPKL
Lawatan Menteri Singapura Ke Rumah Perantaraan WPKL
Lawatan Menteri Singapura Ke Rumah Perantaraan WPKL - TYT Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
https://3.bp.blogspot.com/-PYhbW_tTy8A/UqSpvH7eKiI/AAAAAAAAEXI/96Xp5WYbJYY/s400/1459801_746156902065603_1519442723_n.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-PYhbW_tTy8A/UqSpvH7eKiI/AAAAAAAAEXI/96Xp5WYbJYY/s72-c/1459801_746156902065603_1519442723_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/12/lawatan-menteri-negara-kanan-singapura.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/12/lawatan-menteri-negara-kanan-singapura.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy