Penghargaan Parol WPKL

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera Pada hari ini aku ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Parol dan Perkhidmatan...

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Pada hari ini aku ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Parol dan Perkhidmatan Komuniti, W.P Kuala Lumpur diatas kesudian menyokong blog ini sebagai salah satu platform perkongsian ilmu berkaitan isu kesedaran sosial dan kemasyarakatan. Namun disebabkan kebanyakkan kakitangan dan anggota bukanlah dari kalangan blogger, maka sokongan adalah dari akaun Facebook yang ratanya dimiliki oleh kebanyakkan orang pada masa kini. Mudah-mudahan ia membantu untuk aku terus maju berblogging sebagai salah satu komitmen untuk kebaikan masyarakat seluruhnya.. in shaa Allah.


Penghargaan terima kasih juga kepada Jabatan Penjara Malaysia diatas kepercayaan terhadap blog ini untuk terlibat dalam Forum Perbahasan Bersama Bloggers yang akan diadakan pada 25 Januari 2014 di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, KajangSelangor. Ia juga akan dipanjangkan lagi dalam Seminar Penjara Sejahtera pada 8 Februari 2014. Oleh itu, segala pengalaman dan pengetahuan berkaitan seminar dan perkara-perkara berkaitan info komuniti dan kemasyarakatan akan menjadi asas coretan di blog ini untuk masa-masa akan datang.

Penghargaan terima kasih juga ingin aku rakamkan buat sahabat-sahabat blogger sekelian diatas perkongsian ilmu, inspirasi dan ukhwah persahabatan yang terjalin dengan penuh kemesraan di alam maya ini. Tanpa ukhwah anda semua bermakna kurang jugalah semangat untuk aku berblogging. Terima kasih!. :)

Tidak lupa juga buat sekelian "silent readers" yang sentiasa sudi bertandang ke blog, termasuk sahabat-sahabat setia dan isteri yang senantiasa menyumbang idea untuk aku menghasilkan entri yang bermanfaat. Mudah-mudahan lebih banyak lagi kisah-kisah benar yang dapat dikongsi untuk dijadikan iktibar pengajaran dan peringatan buat kita serta masyarakat seluruhnya.

Semoga segala ukhwah perkenalan dan persahabatan yang terjalin beroleh keberkatan dari Allah s.w.t.. aamiin.



Salam Hormat, Salam Berkat.


COMMENTS

BLOGGER: 37
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Penghargaan Parol WPKL
Penghargaan Parol WPKL
http://3.bp.blogspot.com/-FPSZCJyxA-0/UsAXyiF3NFI/AAAAAAAAEhs/S7h6aVbllGM/s1600/Logo+Jab+Penjara+Malaysia+-+Parol.png
http://3.bp.blogspot.com/-FPSZCJyxA-0/UsAXyiF3NFI/AAAAAAAAEhs/S7h6aVbllGM/s72-c/Logo+Jab+Penjara+Malaysia+-+Parol.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/12/penghargaan-parol-wpkl.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/12/penghargaan-parol-wpkl.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy