Penjara Sejahtera : Memupuk Keinsafan, Membina Modal Insan

Penjara Sejahtera Memupuk Keinsafan, Membina Modal Insan

Penjara Sejahtera : Memupuk Keinsafan, Membina Modal Insan - Berdasarkan pengalaman, pelbagai pandangan negatif timbul apabila memperkatakan tentang penjara. Sememangnya tiada siapa di dunia ini yang menginginkan untuk masuk ke penjara. Namun qada’ dan qadar setiap manusia itu berbeza-beza. Sama ada mahu atau tidak, ada yang ditakdirkan ke penjara… 

Apabila aku mengambil keputusan untuk terlibat secara serius dalam perihal kepenjaraan, ada juga timbul suara-suara sengal berkata tentang “badi”, “sial” atau “suey”… Ada yang berkata, “banyak peluang lain, apahal penjara dijadikan prospek kerjaya… suey lah!!”.

Sememangnya banyak peluang lain jika difikirkan, namun berdasarkan seru hati serta pengalaman membuatkan aku bertekad untuk terlibat membantu jiwa insan agar diri aku juga dapat dibantu, in shaa Allah. Cuma apa yang aku terkilan ialah dalam kebijaksanaan sesetengah orang, boleh pula berkata tentang badi, sial dan suey. Ketahuilah, kepercayaan seperti itu boleh membawa kepada sesuatu yang mensyirikkan.

Memperkenalkan Konsep Penjara Sejahtera


Baru-baru ini, Jabatan Penjara Malaysia telah menjemput beberapa blogger untuk masuk dan diberi peluang meninjau suasana di dalam Penjara Kajang, Selangor. Ini adalah inisiatif Jabatan Penjara dalam mencapai visi untuk menjadi sebagai satu institusi koreksional bertaraf dunia. Aku tidak berkesempatan untuk menyertai lawatan tersebut. Namun berdasarkan pengalaman masuk ke beberapa penjara atas tujuan motivasi ceramah, aku berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana diberi peluang untuk terlibat dalam Seminar Penjara Sejahtera yang diadakan pada Januari 2014.

Konsep Penjara Sejahtera, Jabatan Penjara Malaysia, Hubungan pemulihan banduan dan peranan masyarakat
Sesi gambar kenangan selepas menyampaikan ceramah kepada pengajian sosial UKM di Penjara Sungai Buloh, Selangor

Penjara Sejahtera bukanlah sesuatu yang baharu


Penjara di Malaysia bukan sekadar berfungsi sebagai perlaksana hukuman, tetapi ia juga adalah satu institusi yang membimbing dalam memupuk kesedaran, keinsafan serta memperkasa modal insan agar dapat kembali di atas jalan yang benar seterusnya memanfaatkan pengetahuan yang ada untuk kebaikan diri banduan apabila dibebaskan.

Banyak pembelajaran yang dilaksanakan di dalam penjara untuk memastikan agar banduan benar-benar insaf. Setiap pesalah perlu melalui fasa pemulihan dibawah Program Permodalan Insan (PPI) sebelum dibebaskan. Pembelajaran agama juga banyak diterapkan melalui program "Halaqah" dibawah PPI bagi yang beragama Islam. Ia berperanan untuk memupuk kesedaran dan keinsafan serta menstrukstur semula keperibadian diri agar dapat menjadi  insan yang berguna.

Konsep Penjara Sejahtera, Jabatan Penjara Malaysia
Di penjara, peluang akademik sememangnya disediakan agar mereka tidak ketinggalan dalam arus kehidupan. Ia merangkumi pengajian untuk SPM, STPM, SKM, Diploma dan Ijazah sehingga ke peringkat Doctorate. Ramai sebenarnya pelajar banduan ini yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ada juga yang menjadi insan berjaya, tetapi tidak berani untuk mengaku sebagai bekas banduan kerana khuatir terhadap “stigma masyarakat” berkenaan banduan dan penjara.

Konsep Penjara Sejahtera, Jabatan Penjara Malaysia
Ihsan Google.
Selain itu, latihan kemahiran juga dibuka melalui bengkel-bengkel di penjara. Banduan berpeluang mengasah bakat dalam kemahiran menjahit, menenun, batik, pertukangan, ukiran, kimpalan, kraftangan, urutan refleksiologi, simen fero dan juga pembuatan kuih, kek dan pastri untuk banduan wanita. Malah, pinjaman perniagaan dari institusi kewangan juga disediakan buat mereka yang serius dan berhasrat untuk berniaga apabila dibebaskan kelak. Barangan yang dihasilkan pula dijual dibawah jenama penjara dengan harga yang sangat berpatutan. Jadi.. sekali sekala cubalah ke penjara dan bershopping di kedai penjara yang disediakan di sana.. J

Penjara Sejahtera Dan Pemulihan Banduan, Anggota Jabatan Penjara Serta Peranan Masyarakat Seluruhnya.


Sesungguhnya, penjara bukanlah satu tempat untuk dicemuh atau ditakuti oleh kita yang tidak dihukum dan bersalah. Ada segmen-segmen jiwa insan yang memerlukan sokongan dan peluang agar mereka dapat menebus kesalahan dan membuktikan kepada masyarakat yang mereka telah insaf sepenuhnya. Sememangnya telah banyak usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penjara Malaysia agar mereka ini diberi peluang dan bimbingan untuk insaf dan berjaya.

Kepada yang berminat menjadi Sukarelawan Koreksional sila klik banner ini

Konsep Penjara Sejahtera akan aku nukilkan lagi dari masa ke semasa demi kebaikan. Sementara itu, apa pendapat anda sebagai rakyat Malaysia terhadap usaha yang telah dilaksanakan oleh penjara ini. Sekiranya ada penambahbaikan silalah usulkan. Semoga bersama kita semua beroleh berkat kearah kehidupan masyarakat yang sejahtera… Aamiin.

Entri yang berkaitan - Apa Itu Penjara Sejahtera

Salam Hormat, Salam Berkat.

COMMENTS

BLOGGER: 42
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Penjara Sejahtera : Memupuk Keinsafan, Membina Modal Insan
Penjara Sejahtera : Memupuk Keinsafan, Membina Modal Insan
Penjara Sejahtera Memupuk Keinsafan, Membina Modal Insan
http://4.bp.blogspot.com/-cLRNAIzHR3g/UrhXJQeUEYI/AAAAAAAAEdM/M6SlMNhSyME/s320/logo+penjara480.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-cLRNAIzHR3g/UrhXJQeUEYI/AAAAAAAAEdM/M6SlMNhSyME/s72-c/logo+penjara480.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2013/12/penjara-sejahtera-memupuk-keinsafan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2013/12/penjara-sejahtera-memupuk-keinsafan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy