Apa Itu Penjara Sejahtera

Penjara Sejahtera, Konsep Penjara Sejahtera

Apa itu Penjara Sejahtera. Dalam entri aku sebelum ini ada diceritakan tentang tujuan dan matlamat Penjara Sejahtera. Namun ingin aku perjelaskan lagi secara menyeluruh dengan mudah tentang maksud dan konsep Penjara Sejahtera itu sendiri untuk pengetahuan bersama dalam membentuk masyarakat yang sejahtera.

Sila klik link di sini.

Kronologi Perundangan Dan Penjara Sejahtera


Penjara Sejahtera, Sambutan Hari Penjara 2013, Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka, Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Sejahtera
Sambutan Hari Penjara ke-206 pada 2013 adalah sambutan yang
pertama diadakan di luar kawasan penjara bersama masyarakat
Bagi menjelaskan maksud dan tujuan terhadap perlaksanaan konsep Penjara Sejahtera ini, kita terlebih dahulu perlu memahami aliran perundangan yang ada dalam sesebuah negara. Kesalahan jenayah mahupun dadah biasanya berpunca daripada tekanan hidup dan pengaruh yang tidak sihat dalam masyarakat itu sendiri. Melalui hasil penguatkuasaan seperti polis dan banyak lagi agensi lain yang dipertanggungjawabkan, setiap kesalahan yang berjaya ditangkap akan didakwa di mahkamah untuk dibicarakan mengikut kes akta kesalahan masing-masing. Ada yang dilepaskan dan yang dihukum denda sahaja. Ada pula yang dijatuhkan hukuman penjara dan akan bebas pada tempoh waktu yang ditetapkan. Namun ada juga yang dipenjarakan dan tidak akan dibebaskan sehingga ke akhir hayat…

Apabila seseorang itu dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah, barulah secara rasminya dia diserahkan dibawah tanggungjawab Jabatan Penjara Malaysia sebagai perlaksana hukuman. Namun, peranan Penjara Sejahtera bukan sekadar menahan dan menghukum pesalah, tetapi juga memulihkan mereka dengan menerapkan kesedaran melalui etika dan tatacara disiplin serta bimbingan keagamaan yang mantap agar mereka benar-benar insaf. 

Penjara Sebagai Institusi Koreksional Permodalan Insan

  
Usaha pemulihan diteruskan dengan memberi bimbingan positif melalui penyediaan peluang pembelajaran akademik, latihan kemahiran vokasional, perusahaan, pembuatan dan juga perniagaan. Oleh itu, perlaksanaan konsep Penjara Sejahtera ini lebih menumpukan kepada mewujudkan kesedaran serta keinsafan termasuk membina salasiah diri dan modal insan kepada banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara. Kesemua ini bertujuan untuk dijadikan sebagai sandaran dan sumber nafas baru kepada mereka agar dapat menebus kesalahan dengan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat apabila dibebaskan kelak.

Penjara Sejahtera, Banduan dan anggota Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Malaysia

Selain itu, rumah perantaraan pula disediakan bagi mereka yang tiada tempat untuk berlindung setelah dibebaskan. Mereka dibenarkan tinggal untuk tempoh beberapa bulan sebelum dapat menyesuaikan diri dalam pekerjaan, kehidupan dan masyarakat. Peluang mendapat pembebasan awal dibawah perintah Parol juga diperuntukkan kepada mereka yang terpilih disebabkan berkelakuan baik dan cemerlang di dalam penjara agar dapat menjalani baki hukuman bersama keluarga di rumah.

Ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Namun, sekadar menghukum dengan membiarkan mereka terkurung dipenjara tidak membawa apa-apa erti malah merugikan masyarakat dan negara. Ia bukan sahaja boleh menyuburkan dendam dan melahirkan jiwa yang memberontak, tetapi juga membawa kepada kes berulang atau kemasukan kembali ke penjara (residivis) disedabkan tiada kesedaran, keinsafan serta keyakinan jati diri yang positif.

Penjara sejahtera, banduan dan anggota, Jabatan Penjara Malaysia

Usaha memperkasa perlaksanaan penjara sejahtera memerlukan usahasama padu dari pihak kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat seluruhnya. Institusi penjara berperanan sebagai satu institusi pembelajaran dan koreksional bagi melahirkan kitar semula modal insan. Melalui penglibatan serta kesedaran semua pihak, ia juga diharap dapat menjadi ‘antidote’ dalam mengurangkan kadar penyalahgunaan dadah dan jenayah dari terus berleluasa seterusnya membantu ke arah mewujudkan masyarakat yang sejahtera.

Forum Perbahasan Berkenaan Konsep Penjara Sejahtera 


Sebagai wakil NGO dan blogger, di sini aku memohon dari sahabat pembaca sekelian agar sudi membantu dengan memberi pandangan telus anda sendiri terhadap Penjara Sejahtera ini dari kacamata masyarakat. Ia penting untuk membantu aku dalam pembentangan pada Forum Perbahasan Bersama Bloggers yang akan diadakan nanti.

Segala bantuan kerjasama sahabat sekelian amatlah aku hargai. Semoga Allah jua yang membalas dengan kebaikan dan keberkatan yang berpanjangan… aamiin.

Terima kasih.


Entri-entri yang berkaitan


Salam Hormat, Salam Berkat. 
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 41
Loading...
Name

Bisnes,47,Blogging,149,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,126,English,18,Familia,36,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,110,Intervensi,27,INTI,38,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,146,MDEC,3,Motivasi,125,Movie,14,Nippon Paint,12,Penghargaan,61,Perawatan Islam,13,Portfolio,48,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,99,Sunway,11,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Apa Itu Penjara Sejahtera
Apa Itu Penjara Sejahtera
Penjara Sejahtera, Konsep Penjara Sejahtera
http://2.bp.blogspot.com/-W0AhBa4IEFE/UssdFqAJ8_I/AAAAAAAAEnA/dMmxEZlvtpM/s1600/IMG_3458.JPG
http://2.bp.blogspot.com/-W0AhBa4IEFE/UssdFqAJ8_I/AAAAAAAAEnA/dMmxEZlvtpM/s72-c/IMG_3458.JPG
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/01/apa-itu-penjara-sejahtera.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/01/apa-itu-penjara-sejahtera.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy