Hak Allah Hak Kemanusiaan dan Hak Syaitan

Isu Hak Asasi Kemanusiaan dalam konteks fahaman barat melalui pengaruh sokongan PBB.

Hak Allah, Hak Kemanusiaan dan Hak Syaitan,

Baru-baru ini aku telah dihubungi dan menerima e-mel dari seorang rakan lama. Warga Belanda dan merupakan salah seorang aktivis sosial di negaranya. Nampaknya, isu warga Malaysia yang ditahan di Sweden kerana memukul anak yang tidak solat seperti mendapat tempat di mata kebanyakan negara-negara Eropah kerana ianya mencabuli "Hak Asasi Kemanusiaan".

E-mel yang diterima agak kurang menyenangkan untuk dibaca. Kandungannya mengajak aku menyertai program antarabangsa menyebarkan fahaman misi Hak Asasi Kemanusiaan mengikut acuan mereka terutama kepada remaja bermasalah, rumah perlindungan dan institusi pengajian swasta termasuk program-program pengurusan pekerjaan sektor korporat dan industri di Malaysia.

Subjek telah ditentukan, namun tidak diperjelaskan secara terperinci. Hasrat mereka adalah memasyarakatkan minda kita terhadap Hak Kemanusiaan mengikut fahaman mereka dari satu segmen ke satu segmen sosio-masyarakat.

Hak Allah, Hak Kemanusiaan dan Hak Syaitan.
Amsterdam, Netherlands
Di sini ingin aku perjelaskan tentang negara Belanda (Netherlands) itu sendiri. 

Dari segi permandangan, sejarah dan budaya sememangnya sangat menarik. Masyarakatnya juga bersikap terbuka serta menjadi salah satu negara tarikan perlancongan yang terbaik di Eropah.

Tetapi dari segi fahaman, kita perlu perhati lebih mendalam terhadap beberapa faktor. Tidak malu untuk aku catatkan bahawa Belanda adalah salah satu syurga dunia bagi mereka yang mungkar.

Hak Asasi Dan Kemanusiaan Acuan Belanda


Berikut beberapa faktor yang aku pelajari tentang Belanda dan Hak Kemanusiaan.

1. Pelacuran adalah salah satu kerjaya. Mereka berpendapat, pelacuran merupakan aktiviti kerjaya yang tertua di dunia dan perlu dikekal dan dimartabatkan sebagai salah satu profesyen kerjaya. Setiap pelacur perlulah memohon permit mengikut piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan.

2. Kawasan pelacuran berdaftar yang dinamakan ‘Red Light District’ diwujudkan bagi memajukan ekonomi dan mendidik usahawan yang beretika. Setiap pelacur perlu dirujuk ke hospital setiap minggu untuk ujian HIV serta mempunyai kad kesihatan untuk rujukan pelanggan bagi mengekalkan permit yang sah.

Hak Allah, Hak Kemanusiaan dan Hak Syaitan.
Suasana di "The Red Light District"

3. Ganja adalah sah disisi perundangan berdasarkan terma mereka. Ia dijual dikebanyakan kedai yang diperbuat di kilang seperti cerut. Oleh itu, adalah menjadi kebiasaan melihat orang bersantai minum-minum di ‘Coffee shop’ sambil menghisap ganja.

4. Penagih dadah perlulah ke hospital setiap minggu untuk mendapatkan jarum suntikan bersih serta menjalani pemeriksaan kesihatan dan HIV sekiranya tidak mahu ditangkap dan dipenjarakan.

Hak Allah, Hak Kemanusiaan dan Hak Syaitan.
Marijuana (ganja) yang dikenali "Joints" atau "Hash"

5. Hak asasi kebebasan bersuara untuk kanak-kanak dan remaja dimana mereka berhak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap didikan ibu bapa dan guru kepada badan-badan NGO berdaftar untuk dipanjangkan melalui perundangan.

6. Menyokong hak asasi kemanusiaan terhadap kebebasan beragama. Tiada halangan untuk berkahwin antara agama. Anak yang diperolehi hasil perkahwinan berhak memilih agama mereka sendiri. Selain itu, tiada batas perkahwinan antara jantina. Masing-masing bebas untuk berkahwin atas persetujuan bersama termasuk antara jantina yang sama.

7. Setiap pasangan yang tidak yakin untuk berkahwin tetapi memilih untuk bersekedudukan perlulah mendaftar kepada pertubuhan komuniti yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

8. Permasalahan sosial adalah tanggungjawab seluruh masyarakat tanpa sebarang pengecualian. Adalah menjadi tuntutan kepada warga Belanda untuk membantu dan membimbing mereka yang bermasalah agar tidak terjerumus ke lembah kejahatan. Ini adalah satu sifat yang aku setuju dan sememangnya patut kita contohi.

9. Belanda kini merupakan salah satu negara Eropah contoh dan salah satu negara yang kuat pengaruhnya kepada PBB dalam memperjuangkan hak asasi dan aktivis sosial di dunia.

.... dan lagi.. dan lagi… ada yang baik, tetapi banyak yang memburukkan...

Tak percaya?... Pergi dan lihat sendiri atau selidikilah sedalam-dalamnya tentang Belanda… Ia benar-benar wujud... itulah hak asasi terbaik acuan barat masa kini.

Hak Allah, Hak Kemanusiaan dan Hak Syaitan.
Coffee shop, tempat bersantai menghisap ganja dan mabuk.

Sesungguhnya, mereka mencari tapak untuk menyebarkan ideologi sosiolisme di Asia Tenggara termasuk Malaysia. 

Australia yang merupakan antara negara pengkalan NGO-NGO dunia yang memperjuangkan hak asasi manusia juga tidak bersetuju terhadap pandangan ideologi Belanda untuk dilaksanakan di benua Australasia.

Aktivis sosial barat ini tidak perlu untuk berdaftar dan bertapak di Malaysia secara fizikal.

Dengan dana dan program-program yang unik, halus serta terancang, cukuplah sekadar berkerjasama dengan pendakwah sosial tempatan bagi rancangan mereka terlaksana. Ibarat kanser, subur dari dalam dan melumpuhkan dasar kepercayaan sedia ada kita terhadap agama dan budaya timur satu hari nanti.

Gejala Sosial Satu Isu Remeh Dan Tidak Intelek.


Permasalahan sosial bukan isu remeh. Ada yang menjadikannya sebagai perniagaan bernilai jutaan dollar melalui 'social events', disamping menjadi cabang perjuangan menyerapkan ideologi sama ada berteraskan Islam, Nasrani, Yahudi, Freethinker, Scientology, Zionisme, Anarki atau sebagainya.

Kebanyakkan elemen yang dilakukan semuanya sama iaitu “buying their interest”. Ia bermaksud, menarik minat golongan sasar terhadap perkara yang digemari melalui aktiviti "social events" itu sendiri, seterusnya menyuntik fahaman tertentu kepada minda separa sedar mereka yang terlibat.

Samaada ideologi itu baik atau tidak, terserah kepada perancangnya. Itulah elemen asas dalam psikologi sains sosial yang dipraktikkan dimana-mana semenjak zaman ibnu Sina lagi. 

Masyarakat kita harus sedar dan tidak meletakkan permasalahan sosial ini sekadar beban kepada satu pihak untuk dipersalahkan kerana akhirnya masyarakat seluruhnya yang sebenarnya bersalah.

Hak Allah, Hak Kemanusiaan dan Hak Syaitan.
Sealiran tetapi tidak sefahaman..
Pihak kerajaan, swasta mahupun NGO kita sememangnya perlu lebih kreatif menarik perhatian subjek demi menyuntik sifat cintakan agama dan budaya kita. Ibu bapa juga perlu lebih prihatin, kreatif dan terbuka dalam mendidik anak-anak dizaman yang serba terbuka ini.

Ketahuilah, permasalahan asas gejala negatif yang lahir didalam masyarakat dan negara adalah berpunca dari kealpaan sistem institusi kekeluargaan itu sendiri. 

Melentur buluh biarlah dari rebung dan itu adalah tugasan kita sebagai ibu bapa untuk melenturnya agar mereka tidak keliru. 'Buy their interest' dan suntikkan nilai-nilai Islam dan As sunnah kepada generasi muda kita.

Peringatan buat diri dan pembaca tentang Hak Asasi Kemanusiaan.


Aku mungkin hanya salah seorang yang diundang untuk melaksanakan perjuangan mereka. Itu pun atas ajakan rasmi rakan yang sealiran tujuan, namun tidak diatas dasar fahaman yang sama. 

Tetapi ada ramai lagi di luar sana.. mungkin ada yang bersetuju, mungkin ada yang tidak… Persoalannya, mahukah kita jadikan Malaysia sebagai satu negara bebas seperti Belanda

Semoga Allah swt sentiasa membantu kita semua untuk tidak membelakangkan hak Allah swt, demi semata-mata hendak menegakkan hak kemanusiaan yang sebenarnya adalah hak syaitan.

Bersama-samalah kita jadikan peringatan dan renungan untuk kebaikan bersama.

COMMENTS

BLOGGER: 47
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Hak Allah Hak Kemanusiaan dan Hak Syaitan
Hak Allah Hak Kemanusiaan dan Hak Syaitan
Isu Hak Asasi Kemanusiaan dalam konteks fahaman barat melalui pengaruh sokongan PBB.
https://2.bp.blogspot.com/-97gMss9z9zo/Wz7UoqBc6TI/AAAAAAAAUWg/mCKbpK-6tDM46GluOQ7zcjXCc9CbHq1rACLcBGAs/s640/hak%2Bkemanusiaan.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-97gMss9z9zo/Wz7UoqBc6TI/AAAAAAAAUWg/mCKbpK-6tDM46GluOQ7zcjXCc9CbHq1rACLcBGAs/s72-c/hak%2Bkemanusiaan.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/01/hak-allah-hak-kemanusiaan-dan-hak.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/01/hak-allah-hak-kemanusiaan-dan-hak.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy