Janji Allah Kepada Syaitan

Janji Allah kepada syaitan, Syaitan laknatullah, syaitan musuh yang jelas nyata

Janji Allah kepada syaitan. Telah turun Nabi Adam a.s ke dunia angkara bisikan syaitan. Sebagai manusia, kita sendiri biasa melihat kejadian-kejadian yang berlaku dalam rencah kehidupan angkara bisikan syaitan. Bermula dari sekecil-kecil perkara seperti malas dan yang berkaitan hati seperti angkara nafsu, cemburu, hasad dengki, hasut menghasut sehinggalah sebesar-besar angkara  seperti jenayah dan sebagainya.

Kemurkaan Allah Kepada Syaitan


Perlulah kita menyedari hakikat sewaktu Allah swt menyeru seluruh makhluk agar sujud kepada Nabi Adam untuk mengakui kekuasaan Allah swt sebagai Yang Maha Pencipta. Maka sujudlah sekelian malaikat kecuali syaitan dan iblis lalu bertanya.. “mengapakah perlu kami sujud kepada manusia yang diciptakan dari tanah sedangkan kau ciptakan kami dari unsur api yang lebih hebat dari manusia ini.” Disebabkan keengganan syaitan untuk sujud mematuhi perintah Allah, maka tergolonglah mereka dari golongan yang keji serta mendapat siksaan pedih yang menghinakan.

Permohonan Syaitan Kepada Allah


Namun, syaitan telah memohon kepada Allah swt agar menangguhkan siksaan tersebut sehingga pada satu tempoh yang ditentukan kelak. Disamping memohon agar dapat membuktikan kepada Allah bahawa makluk yang bernama manusia ini tidaklah sehebat mana. Boleh sahaja dipesongkan dari jalan Allah swt dengan mudah. Syaitan meminta izin untuk menarik seberapa ramai manusia agar menjadi pengikut dibawah telunjuknya serta hina bersama-sama syaitan yang direjam.

Allah memperkenankan permintaan syaitan itu. Sesungguhnya syaitan dan iblis ini adalah golongan hina yang diberi tangguh. Mereka boleh sahaja menyesatkan seberapa ramai manusia dari jalan Allah swt semampu mereka, kecuali manusia yang tergolong dalam golongan mereka-mereka yang ikhlas. Maka itu adalah janji Allah swt kepada syaitan, dan Allah swt pastinya tidak sekali-kali memungkiri janji kepada semua makhlukNya.

Sesungguhnya, permintaan syaitan itu diperkenankan oleh Allah swt. Syaitan dan iblis menjalankan usaha menyesatkan manusia berdasarkan keizinan Allah swt diatas permintaan mereka sehingga sampai tempoh yang ditetapkan…

Syaitan Itu Musuh Yang Jelas Nyata


Maka, marilah kita sentiasa jadikan peringatan bahawa syaitan itu adalah musuh yang jelas nyata. Dunia ini adalah medan pertempuran buat semua manusia diatas janji Allah terhadap syaitan. Sentiasalah kita bermohon agar dilimpahi Allah dengan sifat ikhlas dalam menjalani ibadah serta kehidupan. Semoga kita semua sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah swt dari hasutan syaitan yang penuh tipu dayanya... aamiin.



Salam Hormat, Salam Berkat. 
Khir Khalid
  

COMMENTS

BLOGGER: 47
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Janji Allah Kepada Syaitan
Janji Allah Kepada Syaitan
Janji Allah kepada syaitan, Syaitan laknatullah, syaitan musuh yang jelas nyata
http://2.bp.blogspot.com/-MoCsUb1F0do/UsYyNsxHtkI/AAAAAAAAEmM/dSuSHmWI6go/s400/satan-editorial.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-MoCsUb1F0do/UsYyNsxHtkI/AAAAAAAAEmM/dSuSHmWI6go/s72-c/satan-editorial.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/01/janji-allah-kepada-syaitan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/01/janji-allah-kepada-syaitan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy