Lembaran Tinta Siber 2014

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera Tahun baru dengan azam yang baru... Berhijrah untuk kejayaan dengan istiqamah sepenuh usa...

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Tahun baru dengan azam yang baru... Berhijrah untuk kejayaan dengan istiqamah sepenuh usaha, doa dan tawakkal...

Tahun 2014 ini merupakan tahun yang agak menarik buat aku. Diantaranya adalah kerana dapat menjadikan blog ini sebagai tapak bagi menyuarakan pandangan, berkongsi pendapat dan pengalaman. Disamping itu, aku juga bersyukur kerana dapat menjalin silaturrahim dan mengenali ramai sahabat-sahabat blogger yang hebat. Pelbagai pandangan ilmiah yang aku perolehi untuk dijadikan panduan inspirasi kerjaya dan kehidupan.

Sumber gambar - Google 

Beberapa hari sebelum menjelang 2014, aku telah berhubung dengan seorang pegawai berpengalaman yang berkhidmat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Beliau juga adalah salah seorang insan yang aku hormati dan telah membantu sewaktu aku menghadapi saat-saat yang getir didalam kerjaya dan kehidupan satu masa dahulu. Sememangnya ramai yang membantu. Tanpa mereka serta berkat izin Allah s.w.t, aku tidak mungkin dapat berkongsi segala kebaikan di sini. Hanya penghargaan ikhlas dan doa kejayaan yang mampu aku pohonkan buat mereka semuanya.

Dari perbualan kami, telah tercetus satu lembaran berkaitan isu kerjaya dan keusahawanan untuk diketengahkan sebagai isu kesedaran sosial kepada pengetahuan umum. Ia bertujuan memberi pencerahan terhadap kesalahan akta samaada dibawah akta pensyarikatan, akta perdagangan dan industri, akta sekuriti, penerbitan bon dan pasaran saham termasuk akta perbankan dan institusi kewangan yang ada berlaku melibatkan usahawan dan eksekutif pengurusan dalam sektor swasta dan korporat di negara kita.

Sememangnya ia berlaku dikalangan usahawan mahupun di peringkat eksekutif pengurusan dengan akta seksyen kesalahan yang serius sehingga dipenjarakan. Diantara mereka yang terlibat juga, ada yang terjebak disebabkan persaingan pihak-pihak "opportunis" manipulasi sistem perundangan dengan menganiaya pihak lain untuk mengukuhkan dominasi perniagaan serta meraih keuntungan fiskal dengan cara yang berintelek tetapi keji dan amat tidak bermaruah.

Berdasarkan pengalaman sendiri, ada mangsa yang terlibat berusaha belajar dari kesilapan dan terus gigih berusaha untuk lebih berjaya. Namun ada juga dikalangan mereka yang terpaksa melupakan hasrat untuk mencapai cita-cita kerjaya buat selamanya. Hanya bekerja dalam bidang pekerjaan yang tidak bersesuaian dengan kelayakan, kemahiran mahupun bakat yang ada disebabkan putus asa, stigma dan fobia.  

Justeru, selain daripada isu kepenjaraan, permasalahan sosial, sub-budaya remaja dan aktiviti-aktiviti sosial, isu keusahawanan dan kerjaya juga akan menjadi kupasan dan perkongsian untuk tahun 2014 dan seterusnya. Semoga ianya dapat dijadikan sebagai panduan, iktibar dan peringatan kepada sesiapa jua yang ingin maju didalam kerjaya dan kehidupan.

Mudah-mudahan menjadi peringatan buat diri sendiri dan kebaikan buat kita semua, in shaa Allah.


Salam Hormat, Salam Berkat.

COMMENTS

BLOGGER: 40
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Lembaran Tinta Siber 2014
Lembaran Tinta Siber 2014
http://2.bp.blogspot.com/-lXHNtxcokyI/UsQ6Q5LM17I/AAAAAAAAEj8/7vyfsxxrNdw/s400/Alam+Kerjaya-1.png
http://2.bp.blogspot.com/-lXHNtxcokyI/UsQ6Q5LM17I/AAAAAAAAEj8/7vyfsxxrNdw/s72-c/Alam+Kerjaya-1.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/01/lembaran-tinta-siber-2014.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/01/lembaran-tinta-siber-2014.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy