Rasulullah S.A.W Ahli Perniagaan Terulung

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Sempena menjelangnya hari kelahiran Rasulullah saw, ingin aku kongsikan sedikit pengetahuan yang pernah aku pelajari tentang ketinggian budi Rasulullah saw dari perspektif Baginda sebagai ahli perniagaan dan pakar ekonomi yang unggul. Nilai akhlak yang dipamerkan oleh Rasullullah saw semenjak mengikut bapa saudaranya Abu Talib berdagang sememangnya tidak dapat dipertikaikan.


Keperibadian Rasulullah saw sebagai ahli perniagaan dan peneraju ekonomi sepatutnya kita contohi dan amalkan dalam perniagaan, ekonomi dan tanggungjawab sosial korporat moden masa kini. Terutama sekali berkaitan prinsip asas perniagaan yang bertunjangkan wahyu. Ia merupakan dasar utama perlaksanaan muamalah dan ekonomi yang dijalankan oleh Baginda.

Sesungguhnya Al Quran ada membicarakan tentang etika dan prinsip muamalat yang wajib diamalkan. Pengharaman riba’ dalam sistem kewangan termasuk jual beli yang mempunyai unsur keraguan atau “gharar” dan juga elemen perjudian yang sama sekali tidak pernah dilakukan oleh baginda. Justeru, berlandaskan wahyu, telah diberi peringatan oleh Allah swt berkenaan riba’ serta aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan jual beli ini.

Surah Al Baqarah, ayat 275-276 ada menyatakan yang bermaksud; “Orang-orang yang makan (mengambil) riba’ tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba’, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’. Orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti dari (mengambil riba’), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan) dan urusannya terserah kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba’), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal didalamnya. Allah telah memusnahkan riba’ dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.”

Pelbagai isu berkaitan ekonomi dikendalikan oleh Baginda dengan penuh berhemah. Baginda sentiasa menitikberatkan ketulusan dalam segala transaksi. Ini diterangkan menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar, maka sabdanya; “Apabila engkau jual beli hendaklah engkau berkata: tidak ada tipu daya”. (Muttafaqun ‘Alaihi [bersetuju atasnya] Riwayat Bukhari & Muslim).

Seterusnya, Rasulullah saw memiliki karisma pedagang dan ahli perniagaan yang strategis, kreatif serta berketerampilan. Baginda mampu mengalahkan persaingan dari peniaga Yahudi, Nasrani serta Arab jahiliah dengan hanya menjaga tertib perniagaan, pemasaran yang berhemah serta tidak melakukan penindasan terhadap orang yang berurusniaga dengannya. Baginda sentiasa meneliti aktiviti muamalat dalam memastikan ianya sejajar dengan kehendak wahyu yang digariskan dalam Islam.

Biarpun Baginda merupakan seorang saudagar mahupun ahli ekonomi yang gigih dan hebat, Baginda tidak pernah menggunakannya sebagai alasan untuk bermegah-megah. Hasil dari perniagaan digunakan hanya untuk Islam dan tanggungjawab sosial dalam perjuangan menegakkan Ad-Dinnul Lillah (agama Allah).        

Maka, kepada mereka yang berniaga, ketahuilah bahawa sunnah itu juga ada didalam perniagaan. Perniagaan merupakan kerjaya yang terpuji. Berusaha untuk menjadi peniaga yang beretika, jujur dan amanah serta menjadikan aktiviti perniagaan sebagai ibadah mengatasi tujuan sekadar mendapatkan keuntungan wang ringgit semata-mata. Mereka yang berniaga sesungguhnya mempunyai peluang yang sangat besar untuk beroleh darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh At Tirmizi yang bermaksud; “Para peniaga yang benar lagi beramanah digolongkan bersama para nabi, para siddiqin dan syuhada.”

Marilah bersama-sama kita berselawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw, kaum keluarga, sahabat-sahabat serta para pengikut sahabatnya dari masa ke semasa hinggalah hari kiamat…

Selamat menyambut Maulidurrasul 1435 H.



Salam Hormat, Salam Berkat. 


47 comments:

  1. salam maulidur rasul 1435H khir.. selawat ke atas rasulullah saw.. sangat bermanfaat perkongsian ini.. jika kita menjadikan rasulullah saw sebagai role model pasti tiada unsur riba dan penipuan di dalam perniagaaan pada masa kini.. nak isi tabung, tapi semua tidur pula..

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul. Tiada contoh yang lebih baik selain dari Rasulullah SAW. Beliaulah terbaik dalam apa jua bidang dan perlakuan. Selawat buat baginda...

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut Maulidurrasul, suatu perkongsian yang hebat tuan khir,moga ianya boleh dijadikan panduan bg umat islam dalam bidang pernigaan..amin..

    ReplyDelete
  4. Susah nak cari peniaga yg jujur.... Kebanyakannya nak cari keuntungan lebih dan bukan berniaga kerana Allah. Sbb tu kadang barang tak setanding rupa dan rasa...heee.... Salam Maulidurrasul K.K.....

    ReplyDelete
  5. brp ramai je yg btul2 follow sunnah Rasulullah dalam berniaga.. mmg btul.. Rasulullah saw teladan yg baik.. Salam Maulidurasul.. :)

    ReplyDelete
  6. Orang islam kena contohi Rasulullah dalam bidang perniagaan

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing. Salam Maulidurrasul 1435H.

    ReplyDelete
  8. Berniaga jer pun dah dapat pahala... kerana berniaga tu adalah salah satu dari sunnah nabi...
    tapi berniaga tu biar lah dengan jujur agar dapat mengumpul pahala dengan lebih banyak selain dari mengumpul kekayaan duniawi... :D

    ReplyDelete
  9. bagus jugak perkongsian ini khir :) supaya dapat buka mata orang dan mencontohi perilaku Rasulullah SAW

    ReplyDelete
  10. salam maulidur rasul :) alangkah baiknya kalau masih ada Rasulullah :(

    ReplyDelete
  11. perkongsian yang baik......terima kasih En.khir...

    ReplyDelete
  12. t.kasih khir perkongsian yang bermanfaat dan padat.... rasulullah memang contoh yang terbaik... insya-allah saya cuba mengamalkan apa yang dilakukan oleh baginda... dan berniaga itu memang seronok.. sebab lebih kerap mengucapkan syukur dan mendekati-Nya...

    salam maulidurrasul.... :)

    ReplyDelete
  13. betul tu khir..nice sharing,apa yg rasulullah lakukan adalah sunnah..9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan.Tapi janganlah mengambil keuntungan yg berlebihan kerana ia boleh menjadi riba'tak berkat tu.

    ReplyDelete
  14. jika semua peniaga mencontohi sikap Rasulullah s.a.w dlm berniaga pasti tiada kes2 riba', penipuan, pecah amanah dan sebagainya..

    ReplyDelete
  15. salam maulidur rasul saudara khir
    kisah yg menarik dikongsi ketika ini..moga cara rasulullah berniaga kita jadikan sebagai pedoman

    ReplyDelete
  16. Selamat Menyambut Hari Keputeraan Baginda Rasulullah SAW, Khir

    diharapkan sunnah, ajaran, hadis baginda dapat digunakan untuk membangunkan tamadun Islam kita pada masa kini, insya Allah

    ReplyDelete
  17. Baginda Rasulullah s.a.w memang ternyata tiada tolok bandingannya...

    ReplyDelete
  18. baginda mempunyai peribadi yang unggul dan boleh di jadikan tauladan yang sangat baik

    ReplyDelete
  19. berniaga adalah sunnah rasullah..selain itu ia ibarat hasil titik peluh kita sendiri..salam maulidur rasul khir..semoga kita sentiasa mengikuti sunnah rasullah tanda kita menyayanginya..

    ReplyDelete
  20. selawat ke atas baginda rasulullah saw.. menabung 4 kali taylor..

    ReplyDelete
  21. subhanallah <3
    selawat!!!!
    :D
    thanks cik khirrrr :D

    ReplyDelete
  22. Assalammualaikum...khir,

    memang rasullulah ada ikutan kita dalam berniaga.. rasullulah saw adalah usahawan paling berjaya dizaman jahiliyah.. jujur dan amanah dalam berniaga suatu sikap yg harus kita contohi...

    mselim3

    ReplyDelete
  23. Salam Maulidur Rasul..
    Abak nak ajak join segmen :
    http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-kempen-dan-segmen-blogger.html

    ReplyDelete
  24. Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik untuk kita semua. Salam Maulidul Rasul Khir!!!!

    ReplyDelete
  25. Salam Maulidur Rasul Khir...
    Selawat & salam atas Baginda...sesungguhnya Rasulullah adalah contoh terbaik, untuk seklian umat,.....sepanjang zaman. T.kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  26. salam maulidur rasul. saya suka perkongsian nie. sangat2 bermanfaat =)

    ReplyDelete
  27. Hebatnya Rasulullah..
    Salam Maulidur Rasul, bro Khir. Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W :]

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum dan salam maulidul rasul bro khir.. terima kasih ats pkongsian :)

    ReplyDelete
  29. salam maulidur rasul buat khir sekeluarga..

    ReplyDelete
  30. done follow..followback please from

    http://unprivatediarytyping.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

    dan jangan lupa join sekali

    http://unprivatediarytyping.blogspot.com/2014/01/handphone-giveaway-by-syuhada1981com.html

    kalau nak menang fon yang comell ! :) Thanks . Followback tau !

    ReplyDelete
  31. salam Maulidur Rasul 1435H khir.. selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.. :)

    ReplyDelete
  32. salam maulidur rasul jgn lupa berselawat yer

    ReplyDelete
  33. betul khir, sebaiknya kita contohi laa sifat atau cara nabi berniaga, mengikut sunnah2 nabi itu secara tidak langsung kita juga memperoleh ganjarannya nanti, macam ika, ada rasa nak berniaga, tapi ika tak berapa confident, abah sendiri berniaga, family tunang ika juga berniaga, jadi seronok tengok mereka berjaya dalam perniagaan, tapi ika pula macam minat tak minat berniaga...

    salam maulidur rasul khir :)

    ReplyDelete
  34. perkongsian yang menarik Khir..insyallah kalau kita ikut sunnahnya insyallah kita akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  35. satu lagi ilmu yg sangat berguna untuk dneo :) thanks uncle :) salam maulidur rasul juga buat uncle kgir dan keluarga :)

    ReplyDelete
  36. Rasulullah sebaik-baiknya teladan

    ReplyDelete
  37. Rasullah adlh model yg terbaik itk kita cnthi...

    ReplyDelete
  38. 9 daripada 10 punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan.

    ReplyDelete
  39. Rasulullah adalah rujukan terbaik ... lactacyd ni bagus betullah . keluar jer bila di suruh .

    ReplyDelete

Powered by Blogger.