Budaya Valentine’s Day

Hari Valentine. Fatwa Valentine. Budaya Valentine's Day, Valentine's Day Haram.

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. Kisah Valentine’s Day, mengimbau kenangan lalu… Pengalaman berharga yang bukannya romantis tetapi kritis dan sememangnya perlu untuk aku kongsikan sebagai ibadah, iktibar dan peringatan persaudaraan. Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa perayaan Valentine’s Day ini adalah bercanggah dengan soal akidah dan dilarang oleh Islam. Persoalannya kenapa?


Melalui blog ini aku menyeru ahli-ahli sejarawan Islam, tokoh-tokoh agama, ahli akademik serta masyarakat umumnya untuk memperhalusi dan membentangkan dengan lebih mendalam serta menyebarkan tentang kebenaran pernyataan aku ini melalui medium-medium yang bersesuaian demi kebaikan bersama. Bukanlah bermaksud aku seorang yang arif, tetapi amat terpanggil untuk berkongsi pengetahuan berdasarkan pengalaman yang diperolehi dari kehidupan sosial yang lalu…

Sejarah Hari Valentine Dan Budaya Valentine's Day

Pernah aku ceritakan di SINI tentang aku bersama seorang rakan sepengajian yang amat luas pengetahuannya dalam susur galur agama Kristian. Penjelasan beliau tentang Katolik, Protestan dan pelbagai mahzabnya cukup mendewasakan minda aku yang sedang tidur. Isu tentang Hari Kekasih ini juga pernah menjadi satu perkongsian menarik untuk membuatkan aku sedar tentang realiti sosio-budaya kemodenan serta hubungkaitnya dengan trend Valentine’s Day itu sendiri.

Kisah bersama rakan yang mengupas persoalan isu tanah Palestin

Perkataan Valentine itu diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol (Andalusia) iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan rakyatnya yang beragama Kristian sehingga Saint Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat Cordova. Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi menghargai kemenangan tersebut dan dinamakan Valentine’s Day.

Kenangan santai rakan sepengajian - Shrewsbury, U.K
Fakta peristiwa ini boleh dirujuk dari sumber gereja malah catatan induknya masih tersimpan rapi di gereja besar Vatican City, di Rom, Itali sehingga kini. Selain itu, terdapat lagi 3 kompilasi pendapat sahih mengenai pengiktirafan Hari Valentine. Selain Vatican City, catatan kesemua peristiwa tersebut diiktiraf oleh Ratu England dan boleh dirujuk di pustaka gereja seluruh United Kingdom dan mungkin juga di serata dunia. Apa yang pasti, ia sememangnya boleh dirujuk.

Catatan Pendapat Tentang Valentine's Day


Pendapat pertama menjelaskan ia bermula ketika pemerintahan Rom dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari orang Juno, iaitu ratu kepada dewa dan dewi Rom (Roman Goddesses). Ia menjadi perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu pada malam pesta, nama gadis ditulis pada sekeping kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya disepanjang pesta itu berlangsung.

Catatan pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan raja Rom yang diperintah  oleh Claudius II (268 – 270 masihi). Ia disebabkan Raja Rom ketika itu membatalkan semua perkahwinan rakyatnya kerana Rom begitu komited dalam peperangan demi memperluaskan jajahan empayarnya. Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan rakyat Kristian Rom secara rahsia. St Valentine akhirnya ditangkap dan dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari 270. Sempena memperingati ketabahan beliau dalam menjalankan tuntutan agama, tarikh tersebut dijadikan sebagai Valentine’s Day.

Pendapat ketiga pula menceritakan ia diinspirasikan dari seorang paderi yang sangat berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella Sepanyol bernama St Valentine. Setelah tumpasnya kerajaan Islam di Cordova, St Valentine berhasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari mahzab Protestan. Namun sebagai paderi Katolik, beliau tidak dibenarkan berkahwin apatah lagi dengan pengikut mahzab Protestan. Tindakan beliau telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella lalu ditangkap dan mati di dalam penjara. Demi penghormatan dan mengenang jasa beliau, Ratu Isabella telah mengistiharkan hari kemenangan tentera Kristian ke atas Cordova pada 14 Februari sebagai Hari Kasih Sayang  St Valentine.

Vatican City

Berdasarkan catatan diatas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan. Ia bukanlah satu arus baru dalam trend sosial yang harus disambut dan dikomersilkan. Malahan jika dirujuk kepada kenyataan masyarakat Britain sendiri, mereka masih menganggap Valentine’s Day sebagai satu ritual suci dalam agama dan ibadah Kristian.  

Valentine's Day Bukan Amalan Islam


Bukanlah tujuan aku untuk memprovokasi isu sensitiviti mana-mana agama. Tetapi sebagai seorang mukmin, ia perlu sebagai peringatan kepada mukmin yang lain. Berpesan-pesanlah kepada kebaikan dan berpesan-pesanlah kepada kebenaran. Dalam erti kata lain, umat Islam tidak sepatutnya mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan amal ibadat agama lain.

Berdasarkan Firman Allah yang bermaksud;

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” - (Surah Al Kafirun, ayat 1 – 6)


Salam Hormat, Salam Berkat.

COMMENTS

BLOGGER: 44
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Budaya Valentine’s Day
Budaya Valentine’s Day
Hari Valentine. Fatwa Valentine. Budaya Valentine's Day, Valentine's Day Haram.
http://3.bp.blogspot.com/-nEgEDRRDRuA/UvuWICKFSSI/AAAAAAAAE8k/QC2L_wSgFLY/s1600/Valentines-Day-Wallpaper-10.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-nEgEDRRDRuA/UvuWICKFSSI/AAAAAAAAE8k/QC2L_wSgFLY/s72-c/Valentines-Day-Wallpaper-10.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/02/budaya-valentines-day.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/02/budaya-valentines-day.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy