Mulianya Kejadian Manusia

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera Manusia diciptakan Allah swt cukup sempurna, bahkan diangkat semulianya apabila dilantik ...

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Manusia diciptakan Allah swt cukup sempurna, bahkan diangkat semulianya apabila dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini…

Gambar hiasan - Ihsan : google

Logiknya aku berpendapat antara manusia dan malaikat, siapakah yang lebih mulia? Sudah tentu apabila dibuat perbandingan dari sudut ketaatan, pastilah malaikat jawapannya. Malaikat adalah makhluk Allah swt yang tidak pernah sesekali menyanggah perintah Allah swt. Namun Allah swt masih memilih manusia untuk mentadbir dunia ini, seterusnya membuktikan bahawa kejadian manusia itu tetap mulia di sisi Allah swt.

Tetapi bagaimana pula manusia itu harus memuliakan dirinya di sisi Allah swt. Pastinya melalui anugerah akal dan fikiran yang tidak terdapat pada setiap makhluk ciptaan Allah swt kecuali manusia. Sekali lagi, manusia mendapat pilihan Allah swt untuk dimuliakan dengan anugerah akal dan fikiran kepadanya. Hanya iman dan takwa yang membezakan antara satu manusia dengan manusia yang lain.  


Malangnya, kebanyakan kita manusia, alpa dengan setiap kemuliaan yang dianugerahkan. Ada diantaranya lupa bahawa kita adalah hamba Allah swt. Kita lupa untuk menyedari anugerah akal dan fikiran untuk menentukan buruk dan baik, bukan sahaja dari sudut ibadah malah dari pelbagai aspek kehidupan sosial, akhlak dan moral. Kita lupa bahawa diri kita telah diangkat sebagai makhluk yang cukup mulia, namun kita runtuhkan kembali kemuliaan itu dengan kemungkaran dan kealpaan dari melaksanakan tuntutan dan tanggungjawab kepada Allah swt.   


Bukanlah tujuan aku untuk memprovokasi mana-mana pihak, apatah lagi mempersoal mana-mana ideologi. Sekadar meluahkan pandangan secara rasional sebagai peringatan buat diri dan renungan kita bersama. Janganlah kita sia-siakan kemuliaan yang Allah swt anugerahkan ke jalan yang menjijikkan. Hargailah ianya dengan akal dan fikiran berteraskan iman dan takwa.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang beroleh keampunan, keredhaan serta kejayaan di dunia dan akhirat… aamiin.



Salam Hormat, Salam Berkat.


COMMENTS

BLOGGER: 40
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Mulianya Kejadian Manusia
Mulianya Kejadian Manusia
http://1.bp.blogspot.com/-lLeYuwRlmmo/Uw93kiuEXnI/AAAAAAAAFDc/Dj9m3gnB7sU/s1600/solat-tarawih.jpeg
http://1.bp.blogspot.com/-lLeYuwRlmmo/Uw93kiuEXnI/AAAAAAAAFDc/Dj9m3gnB7sU/s72-c/solat-tarawih.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/02/mulianya-kejadian-manusia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/02/mulianya-kejadian-manusia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy