Penjara Sejahtera : Entri Di Copy Paste…

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera Sewaktu aku melayari laman web pada pagi ini, hati dan jiwa aku tersentap apabila terjump...

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Sewaktu aku melayari laman web pada pagi ini, hati dan jiwa aku tersentap apabila terjumpa satu entri blog berkaitan Penjara Sejahtera yang sememangnya dari hasil penulisan aku sendiri. 

Mana tidaknya, penulisan yang dibuat pada waktu awal pagi berserta usaha yang mengorbankan masa dan modal sendiri agar ianya mudah difahami umum, telah di copy paste begitu sahaja tanpa memberikan sebarang backlink, tanpa sebarang makluman apa pun walhal nombor telefon dan e-mail aku sudah tersedia di ruangan PROFIL PENULIS blog berserta pensyaratan telah pun aku tuliskan juga di ruang PENAFIAN. Manakah perginya nilai integriti dan etika berbloggingnya yang sepatutnya difahami dan dipraktikkan?

Print screen dibawah ini adalah blog Majlis Belia Malaysia : Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial & Dadah dengan tajuk entri yang hampir menyerupai tajuk salah satu entri aku pada 24 Disember 2013 yang pastinya ramai dikalangan anda yang telah pun membacanya.





Tidak cukup dengan itu, entri penulisannya juga dicedok habis dari entri aku yang bertajuk >>> Apa Itu PenjaraSejahtera yang telah aku nukilkan pada 7 Januari 2014, sebagai salah satu persediaan untuk Seminar Bersama Bloggers yang telah aku sertai pada 25 Januari 2014 di Dewan Kelab Penjara Kajang, Selangor. 

Sila lihat kedua-dua print screen dibawah dan bandingkan penulisan yang ada pada kedua-dua gambar tersebut.

Print Screen A - Penulisan Blog Majlis Belia Malaysia

Untuk perbandingan yang lebih jelas, sila klik >> SINI


Print Screen B : Penulisan Dari Blog Picisan www. khirkhalid.com

Untuk bacaan lebih jelas sila klik di sini > Apa Itu Penjara Sejahtera

Isu copy paste ini telah banyak aku pelajari dari entri rakan-rakan blogger seperti sifu blogger saudara Hasrul Hassan, saudara Bin Muhammad dan banyak lagi. Seperti yang diperkatakan juga, atas dasar penyebaran ilmu yang baik, aku redha kerana pendapatan yang diperolehi dari unsur ini pastinya sesuatu yang tidak pasti halalnya kepada yang melakukan jika difikirkan secara matang. 

Tetapi dalam kes ini, aku amat ralat kerana ianya berlaku pada satu organisasi yang sepatutnya menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada masyarakat. Tambahan, pengunjung blog aku ini juga kebanyakkannya adalah dari kalangan belia… lihat sahaja niche dan entri-entri yang ada di blog dan FB Community Page aku ini. Kepada sahabat-sahabat yang selalu berkunjung sudah pasti menyedarinya cerita yang selalu dikongsikan di blog ini..  

Justeru, Mana perginya kerajinan atau bakat menulis Majlis Belia Malaysia ini sehingga dengan mudah menyalin tanpa perasaan hormat langsung? Dimanakah nilai integriti dan etika berbloggingnnya yang sepatutnya difahami dan dipraktikkan.… sungguh memalukan masyarakat dan negara. 

Itu persoalan aku terhadap perkara ini untuk kita sama-sama renungkan.



Salam Hormat, Salam Berkat.


COMMENTS

BLOGGER: 94
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Penjara Sejahtera : Entri Di Copy Paste…
Penjara Sejahtera : Entri Di Copy Paste…
https://1.bp.blogspot.com/-6BZxbLuhW80/Uwk5gFY_zTI/AAAAAAAAFBQ/LG24_plEH_4/s1600/1724782_791621377519155_46819400_n.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-6BZxbLuhW80/Uwk5gFY_zTI/AAAAAAAAFBQ/LG24_plEH_4/s72-c/1724782_791621377519155_46819400_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/02/penjara-sejahtera-entri-di-copy-paste.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/02/penjara-sejahtera-entri-di-copy-paste.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy