Perintah Kehadiran Wajib - PKW

Perintah Kehadiran Wajib, PKW

Perintah Kehadiran Wajib (PKW) merupakah satu hukuman yang termaktub dalam perundangan negara Malaysia dibawah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954. Menurut sumber Jabatan Penjara Malaysia;

PKW adalah alternatif hukuman pemenjaraan kepada pesalah yang melakukan kesalahan tertentu untuk menjalani hukuman di luar penjara dengan melaksanakan “kerja wajib” tanpa menjejaskan kehidupan hariannya.”

Dalam erti kata lainnya, PKW adalah perintah hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah terhadap pesalah tanpa mereka perlu menjalani hukuman penjara. Sebaliknya pesalah diwajibkan hadir pada setiap hari di pusat kehadiran yang diperintahkan untuk menjalani hukuman “kerja wajib” untuk tempoh tidak lebih 3 bulan dan bagi bilangan jam tertentu tidak melebihi 4 jam setiap hari.   

Kredit Gambar : Jabatan Penjara Malaysia

PKW - Alternatif Kepada Hukuman Penjara


Pesalah seperti ini dipanggil Pesalah Kehadiran Wajib. Mereka biasanya tergolong dikalangan pesalah yang terlibat dengan kesalahan ringan kali pertama seperti mencuri di pasaraya dalam jumlah yang kecil, merempit tanpa lesen dan yang seumpamanya. Mereka diperintahkan menjalani hukuman dalam keluarga dan berkhidmat kepada masyarakat.

Pesalah ini diletakkan dibawah penjagaan Pegawai Pusat Kehadiran Wajib, Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia. Sekiranya pesalah melanggar perintah pensyaratan sewaktu menjalani hukuman, mereka boleh disabitkan dengan kesalahan 'melanggar perintah' yang boleh membawa kepada hukuman penjara.  


PKW - Hukuman Dan Pemulihan Dalam Masyarakat


Kredit Gambar : Parol WPKL
Melalui hukuman Perintah Kehadiran Wajib ini, pesalah diwajibkan untuk melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan (community services) tertentu seperti membersihkan masjid atau tempat-tempat ibadah bagi yang bukan beragama Islam, balai raya, pusara perkuburan dan sebagainya. Mereka juga diwajibkan untuk mengikuti kursus pengajaran yang diperuntukkan serta terlibat dalam aktiviti-aktiviti program komuniti seperti bersama anak yatim dan asnaf atau ceramah-ceramah agama dan kesedaran sosial yang dianjurkan agar mereka  menginsafi untuk tidak mengulangi kesalahan lagi.

Ia merupakan proses pemulihan dalam komuniti demi menyuntik keinsafan kepada pesalah, serta hubungkait tanggungjawabnya terhadap nilai kekeluargaan dan hidup bermasyarakat. Dengan melibatkan komuniti sebagai satu kumpulan sokongan pemulihan dan pencegahan, Pesalah Kehadiran Wajib diberi peluang untuk berubah demi kebaikan kehidupan mereka. Namun jika mereka masih sanggup mengulangi kesalahan lagi, maka penjaralah tempat yang sebaik-baiknya untuk mereka belajar mengenal erti keinsafan…     


Entri yang berkaitan >>>> Orang Di Parol (ODP)


Salam Hormat, Salam Berkat.

COMMENTS

BLOGGER: 67
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Perintah Kehadiran Wajib - PKW
Perintah Kehadiran Wajib - PKW
Perintah Kehadiran Wajib, PKW
http://1.bp.blogspot.com/-gQWH1cSECy8/UwqyBfhCKrI/AAAAAAAAFB4/-bTEITrFpBs/s1600/pkw-pasca.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-gQWH1cSECy8/UwqyBfhCKrI/AAAAAAAAFB4/-bTEITrFpBs/s72-c/pkw-pasca.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/02/perintah-kehadiran-wajib-pkw.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/02/perintah-kehadiran-wajib-pkw.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy