Rumah Perantaraan WPKL

Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia - Rumah Perantaraan, Yayasan Pencegahan Jenayah.

Rumah Perantaraan (Halfway House) telah dicetuskan dalam makmal pengurangan jenayah (crime lab) dibawah inisiatif program penempatan semula banduan selepas dibebaskan dari tembok penjara. Ia bertujuan memberi ruang kepada bekas banduan insaf untuk mencari tapak baru dalam usaha meneruskan kehidupan sebaik dibebaskan dari hukuman penjara.

Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia.
Rumah Perantaraan W.P. Kuala Lumpur

Ia merupakan inisiatif Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyediakan tempat berteduh sementara kepada bekas banduan insaf yang baru dibebaskan dan tiada tempat menetap kerana tiada keluarga, atau disebabkan keluarga enggan menerima mereka kembali akibat daripada kesalahan lampau yang pernah dilakukan

Fungsi Rumah Perantaraan.


Rumah Perantaraan ini juga berfungsi sebagai “Treatment Facility” dalam usaha mengurangkan kes-kes bekas banduan melakukan jenayah berulang serta mengelakkan dari terjerumus dengan tabiat lama jika kembali kepada rakan-rakan negatif mereka yang dahulu.

Selain itu, ia membantu bekas banduan insaf dalam menyediakan peluang pekerjaan termasuk sokongan kaunseling dan motivasi dalam menangani  masalah “social stigma” apabila tiada keluarga mahupun kelompok masyarakat yang mahu menerima mereka kembali. Mereka tinggal selama tempoh tidak lebih 3 bulan sebelum berpindah ke tempat yang disediakan oleh majikan atau menjalani kehidupan di rumah sendiri dan bekerjaya.

Sesi Motivasi Kerjaya di Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Sesi Motivasi Kerjaya : Gambar - Rumah Perantaraan WPKL

Dalam satu sesi mesyuarat bulanan Rumah Perantaraan WPKL yang dihadiri, usaha ini merupakan kerjasama dan penglibatan tiga sektor induk iaitu pihak kerajaan, sektor swasta dan NGOs untuk kebaikan masyarakat seluruhnya.

Komitmen Parol dan Perkhidmatan Komuniti WPKL sebagai pihak yang bertanggungjawab, dengan sokongan dari NGO seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia termasuk pihak swasta sebagai majikan yang sudi dan mampu menawarkan peluang pekerjaan yang bersesuaian dilihat sebagai satu strategi pemulihan dan pencegahan luar penjara (after care) yang terbaik dan perlu disokong.

Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia.
Sesi Mesyuarat Bulanan Rumah Perantaraan WPKL

Rumah Perantaraan Membuka Ruang Masyarakat Untuk Membantu.


Ia juga membuka ruang kepada pihak swasta berkelayakan agar membantu menggalas dan menyambung tanggungjawab dalam melatih membentuk tenaga kerja tempatan yang masih boleh dipercayai untuk kebaikan bersama.

Selain itu, daripada perlu menanggung bebanan kos pengurusan tenaga kerja warga asing yang tinggi seperti permit dan penyediaan asrama tempat tinggal, adalah lebih berpatutan jika peluang berserta tempat tinggal itu dibuka kepada insan-insan terpilih yang diberi peluang kedua ini untuk berbakti kepada masyarakat dan negara.   

Justeru, secara tidak langsung kebanjiran pekerja asing ke negara kita beserta anasir-anasir tidak baik yang dibawa masuk bersama dapat dikekang dan dikurangkan. Semoga melalui usaha dan kerjasama ini masyarakat kita dapat hidup dengan lebih sejahtera, harmoni dan diberkati… aamiin.

Artikel yang berkaitan :

***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

COMMENTS

BLOGGER: 78
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Rumah Perantaraan WPKL
Rumah Perantaraan WPKL
Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia - Rumah Perantaraan, Yayasan Pencegahan Jenayah.
https://1.bp.blogspot.com/-qtJ5pyvs1L0/Uv9z5zlKpJI/AAAAAAAAE-U/w_vpUjslA1M/s640/SAM_1115.JPG
https://1.bp.blogspot.com/-qtJ5pyvs1L0/Uv9z5zlKpJI/AAAAAAAAE-U/w_vpUjslA1M/s72-c/SAM_1115.JPG
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/02/rumah-perantaraan-wpkl.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/02/rumah-perantaraan-wpkl.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy