Seminar Penjara Sejahtera

Pada  Sabtu, 8 Februari 2014 , telah berlangsungnya Seminar Penjara Sejahtera  bertempat di Dewan Kelab Penjara Kajang, Selangor. Ia adala...

Pada Sabtu, 8 Februari 2014, telah berlangsungnya Seminar Penjara Sejahtera bertempat di Dewan Kelab Penjara Kajang, Selangor. Ia adalah kesinambungan dari acara Forum Perbahasan Bersama Bloggers dan Dialog Penjara Sejahtera di RTM 1 serta beberapa perbincangan berkaitan konsep Penjara Sejahtera yang telah diadakan sebelum ini.

Khir Khalid


Seminar Penjara Sejahtera telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Menteri Dalam Negeri. Ia melibatkan pemikir dari kalangan ahli akademik, pakar bidang korektif dari luar negara, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO’s), Bloggers dan agensi-agensi kerajaan. Tujuan utama adalah untuk mengupas dan berkongsi pandangan serta memperoleh maklumbalas dari pelbagai pihak dalam perlaksanaan konsep Penjara Sejahtera demi mencapai matlamat ke arah institusi koreksional bertaraf dunia.

Khir Khalid
Khir Khalid
Khir Khalid
Kenangan bersama bro Kid - blogger www.shakiddo.com

Kini menurut statistik rasmi kadar residivis (kemasukan semula bekas banduan ke penjara) di Malaysia adalah kurang dari 8 peratus. Ia merupakan kadar yang terendah di rantau Asia diikuti dengan negara Thailand yang menduduki tangga kedua sebanyak 20 peratus.

Ia merupakan kadar yang perlu dijaga dan di usahakan untuk diperbaiki lagi secara berterusan. Dengan peningkatan kadar jenayah baru yang bukan hanya berlaku di Malaysia serta bertambahnya penguatkuasaan, adalah dilihat bahawa konsep Penjara Pejahtera atau “Healthy Prison” ini perlu dilaksanakan agar setiap pesalah yang didakwa dapat menjalani hukuman serta dipulihkan sepenuhnya.

Khir Khalid
Khir Khalid
Hasil kerja penghuni penjara turut diperaga & dijual.

Dengan adanya interaksi dari sudut pelbagai pihak, diharapkan agar penghuni penjara dapat menginsafi kesalahan, seterusnya menamatkan tempoh hukuman dan dibebaskan tanpa ada stigma yang boleh melunturkan keyakinan mereka demi menebus kesalahan dan mengubah diri ke arah kebaikan dalam menempuh hidup sebagai sebahagian dari masyarakat. Selain itu, keselamatan, keyakinan dan integriti setiap anggota dan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan juga perlu sentiasa dijaga.

Khir Khalid
Pancaragam Jabatan Penjara Malaysia

Semoga usaha ini benar-benar dapat memberi manfaat untuk terus membantu insan yang pernah melakukan kesilapan dengan hukuman yang setimpal dan bukanlah penganiayaan kepada mereka. Mudah-mudahan mereka dapat kembali melaksanakan peranan sebagai khalifah dengan penuh iltizam dan tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara… aamiin.


*** Syabas kepada Penjara Kluang, Johor kerana diiktiraf sebagai penjara pusat tahfiz yang pertama di dunia. Setiap bekas penghuni yang mampu menghafas tahfiz dan berjaya menepati kriteria yang diperlukan dibawah Jabatan Agama dan Kerajaan Negeri Johor berpeluang menjawat jawatan sebagai imam masjid setelah dibebaskan. Semoga Allah berkati Johor…    


 Entri yang berkaitan


Salam Hormat, Salam Berkat.

COMMENTS

BLOGGER: 32
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Seminar Penjara Sejahtera
Seminar Penjara Sejahtera
http://3.bp.blogspot.com/-5ZacBy1oyDY/Uvj7o4Dr8NI/AAAAAAAAE6s/OveM_QwRt5g/s1600/2014-02-08+08.56.18.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-5ZacBy1oyDY/Uvj7o4Dr8NI/AAAAAAAAE6s/OveM_QwRt5g/s72-c/2014-02-08+08.56.18.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/02/seminar-penjara-sejahtera.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/02/seminar-penjara-sejahtera.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy