S.M.K Wangsa Melawati

SMK Wangsa Melawati, sekolah menengah wangsa melawati, wangsa melawati, ceramah smk wangsa melawati,

SMK Wangsa Melawati. Pada petang (7 Februari 2014) aku berkesempatan singgah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur untuk menyaksikan ceramah kesedaran sosial yang diadakan. Kali terakhir aku ke sekolah ini adalah pada pertengahan tahun 2012 untuk satu acara pertandingan skateboard anjuran Kelab Skateboard Malaysia. Kali ini ia berkaitan ceramah pencegahan dadah dan jenayah yang dianjurkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.


Ceramah Kesedaran Di SMK Wangsa Melawati


Ceramah kesedaran di SMK Wangsa Melawati telah disampaikan oleh saudara Aziz, merupakan seorang yang berpengalaman dalam isu pencegahan dadah dan jenayah. Perkongsian beliau bertujuan menyuntik kesedaran kepada pelajar sekolah agar tidak sesekali menjerumuskan diri ke kancah kehidupan yang negatif dalam arus kehidupan yang serba mencabar ini. Setiap keterlibatan ke arah yang negatif seperti penyalahgunan dadah dan jenayah bukan sahaja mengundang padah kepada diri sendiri, malah turut membawa kesan yang buruk kepada keluarga dan masa hadapan. Ia adalah satu perkara yang perlu disedari oleh setiap pelajar.


Melalui perbualan dengan guru SMK Wangsa Melawati, aku bersetuju bahawa peranan ibu bapa sebagai tonggak institusi kekeluargaan pada masa kini amat penting bagi mengelakkan gejala sosial yang negatif kepada anak-anak . Ibu bapa juga perlu memahami peranan guru sebagai pendidik agar tidak meletakkan seluruh bebanan mendidik anak-anak sebagai tanggungjawab guru semata-mata. Ibu bapalah guru dan pendidik yang paling utama dalam membentuk keluarga ke arah kehidupan yang positif.

Syabas kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati diatas keperihatinan untuk membentuk kehidupan yang positif kepada pelajar-pelajar demi kebaikan bersama semua.


Salam Hormat, Salam Berkat.

COMMENTS

BLOGGER: 39
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: S.M.K Wangsa Melawati
S.M.K Wangsa Melawati
SMK Wangsa Melawati, sekolah menengah wangsa melawati, wangsa melawati, ceramah smk wangsa melawati,
http://4.bp.blogspot.com/-9XZMw2_d4WY/UvTsowleWII/AAAAAAAAE6Q/md_6-6M-Jlg/s1600/1904023_781549895192970_1837402564_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-9XZMw2_d4WY/UvTsowleWII/AAAAAAAAE6Q/md_6-6M-Jlg/s72-c/1904023_781549895192970_1837402564_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/02/smk-wangsa-melawati.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/02/smk-wangsa-melawati.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy