Dadah, Konsert Dan Hiburan

Dadah, Konsert dan Hiburan, Fun Drugs, Perangi Dadah, Syabu, Ice, Ganja, Heroin, Stim,

Dadah, konsert dan hiburan. Baru-baru ini kita digemparkan dengan kematian akibat penyalahgunaan dadah dalam satu konsert hiburan yang diadakan. Perkara ini menambahkan lagi kekusutan yang melanda negara kita pada masa kini.

Kredit - rakyatnews.my

Penyalahgunaan Dadah Dalam Konsert Dan Hiburan


Bagi aku, isu penyalahgunaan dadah dalam konsert dan hiburan ini bukanlah perkara yang baharu. Ia sebenarnya telah pun berlaku secara serius sejak di era 70an lagi. Tahu atau tak tahu, kantoi atau tak kantoi sahaja persoalan yang ada. Pendek kata, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sendiri tentang hiburan… konsert, gigs dan yang sewaktu dengannya… sama ada konsert ‘grand’ besar-besaran bertaraf antarabangsa atau pun konsert ‘funfare’ sekalipun, isu dadah memang ada berlaku. Ia bukan permasalahan di negara kita sahaja, malah di seluruh dunia.

Apa yang membezakan hiburan dahulu dan sekarang?

Jika di era 70, 80 dan awal 90an, isu dadah dan konsert agak berbeza dari segi penggunaan jenis dadah yang ada ketika itu. Tidak keterlaluan untuk aku katakan bahawa jenis dadah seperti ganja dan heroin menjadi pilihan pada sekitar era tersebut. Ia dikategorikan sebagai jenis dadah ‘original’…

Dadah, Konsert Dan Hiburan
Ganja diambil seperti menghisap rokok dengan membancuhnya bersama-sama tembakau di dalam rokok atau rokok daun. Ada juga yang menggunakan kaedah peralatan dari botol atau baldi yang dipanggil ‘bong’, ‘dapur’, ‘kapal selam’, ‘submarine’ dan bermacam-macam nama glamornya. Sungguh pun begitu, ganja tidak praktikal disebabkan baunya yang kuat dan kebiasaannya diambil di tempat-tempat yang dirasakan selamat sebelum konsert.

Tetapi berbeza dengan heroin. Kaedah suntikan biasanya untuk mereka-mereka yang dah teruk.. ‘hardcore addict’, tetapi untuk berhibur bagi mereka yang berperingkat ‘novice’ atau kononnya ‘profesional’… kaedah ‘chase’ menjadi pilihan. Kaedah ini adalah dengan menghidu wap bakaran heroin melalui kaedah tertentu. Ia boleh dilakukan di tandas-tandas awam sewaktu konsert sedang berlangsung kerana ia tiada bau dan tiada kesan… ‘line clear’…

Perlulah kita ketahui bahawa kaedah-kaedah tersebut masih digunapakai sehingga ke hari ini. Bezanya cuma, penawaran terhadap jenis-jenis dadah adalah lebih banyak pada era millennium ini. Dadah kini boleh diketorikan pula kepada 2 bahagian iaitu dadah jenis ‘original’ atau sintetik. Hah.. bukan baju atau handphone je yang ada clone dan tiruan… dadah pun ada…  

Dadah, Konsert Dan Hiburan
Menarik dengan pelbagai corak, logo dan warna...

Dadah Dengan Nama-Nama Glamor


Dadah sintetik dengan nama-nama glamornya seperti 'fun snack', ‘ice’, ‘ice baby’, ‘syabu’, ‘kristal’ dan pelbagai lagi memburukkan lagi keadaan pada masa kini. Simtom penagihannya juga tidak cepat berlaku seperti heroin yang agak sukar untuk pulih jika sudah jatuh cinta. Dadah sintetik adalah jenis dadah yang digunakan untuk tujuan hiburan, malah ada juga yang menggunakan untuk tujuan jahat yang lain seperti menyamun atau bergaduh agar lebih bersemangat dan berani.

Secara terbuka jujur aku katakan bahawa pengguna fun drugs ini bukan sahaja dikalangan remaja tetapi juga segelintir dikalangan doktor, peguam, arkitek, remiser, ahli perniagaan dan lain-lain professional. Kebanyakan alasan disebabkan haramnya arak… “fun drug oklah sikit-sikit.. baru ada feel enjoy…”. Malahan bagi kebanyakan remaja juga ada yang menganggap bahawa dadah "original' itu merbahaya, tak 'up to date' dan ketinggalan zaman. Tetapi memilih fun drugs sebagai sesuatu yang 'cool' dan trendy untuk masa kini.

Kenapa... tak percaya? Kalau tak percaya apa yang aku sampaikan… jangan hanya duduk mengkaji teori sahaja. Turun padang… jadi burung hantu malam dan masuk ke kelab-kelab terpilih yang banyak penawaran-penawaran GRO tu… kajilah sehabis-habisnya. Boleh juga hubungi dan ajak aku sekali huhu.. :D

Dadah, Konsert Dan Hiburan
Ice / syabu atau nama saintifiknya : methamphetamines
  

Dadah, Hiburan Dan Penguatkuasaan


Fun drugs… masalah kita masa kini. Bukan bermakna penguatkuasaan tidak bijak, tetapi mereka-mereka yang mengaut keuntungan atas barangan larangan dan haram ini juga mempunyai kebijaksanaan mereka sendiri. Penguatkuasaan berfikir, mereka juga berfikir. Perang minda yang berterusan selagi maysarakat tidak sama-sama membantu dalam mencegahnya.

Masyarakat terutamanya ibu bapa perlu tahu tentang permasalahan ini agar dapat membimbing generasi muda kita dengan lebih berkesan sesuai dengan keadaan dunia maklumat yang serba terbuka zaman kini. Fahami ragam, pengaruh dan tekanan generasi muda kita. Fahami trend bahasa-bahasa mereka agar kita tahu tahap percampuran mereka.  Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati…

Sesungguhnya peringatan ini adalah untuk diri aku juga. Wallahualam.


Salam Hormat, Salam Berkat.
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 87
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Dadah, Konsert Dan Hiburan
Dadah, Konsert Dan Hiburan
Dadah, Konsert dan Hiburan, Fun Drugs, Perangi Dadah, Syabu, Ice, Ganja, Heroin, Stim,
http://1.bp.blogspot.com/-Bs64XhSghN8/UyaCMhloS0I/AAAAAAAAFR4/uCb_C-qxV2g/s1600/Konsert_Festival_Muzik.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-Bs64XhSghN8/UyaCMhloS0I/AAAAAAAAFR4/uCb_C-qxV2g/s72-c/Konsert_Festival_Muzik.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/03/dadah-konsert-dan-hiburan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/03/dadah-konsert-dan-hiburan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy