Gejala Hedonisme Di Malaysia

Hedonisme merupakan isu sosial yang hebat diperkatakan masa kini. Boleh dikatakan banyak pihak yang menentang gejala hedonisme kerana ia merupakan satu perilaku ‘sub-budaya’ yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan dan berpegang kepada adab budaya ketimuran perlu menolak gejala ini. Malah, seluruh negara dan bangsa yang menghormati adab ketimuran serta berpegang kepada amalan dan kepercayaan agama-agama lain juga pasti tidak bersetuju terhadapnya.

Hedonisme
Ihsan gambar - pembina.com.my

Maksud Hedonisme


Hedonisme berasal dari perkataan Greek dan telah wujud sebelum Masihi lagi. Ia membawa maksud ‘kesenangan’ atau dalam erta kata lain, menjadikan kesenangan dunia untuk beroleh ketenangan rohani. Ia adalah pola pemikiran yang menjadikan hiburan sebagai jalan untuk bebas dari permasalahan dan tekanan batas kehidupan yang dianggap rumit. Salah satu masyarakat yang mengamalkan hedonisme ialah masyarakat Pompeii. Kini, masyarakat Pompeii hanya terbuku dalam lipatan sejarah dunia. Penjelasan tentang hedonisme secara intelek boleh juga dirujuk di Wikipedia.

Gejala Hedonisme dalam masyarakat kini.


Kini… hedonisme telah menjadi ‘ideologi’ gaya hidup bebas terutamanya remaja dan golongan belia sesetengah masyarakat kita. Ia menyusup masuk secara halus tanpa kebanyakkan dari kita sedari. Berdasarkan pengkajian, budaya hedonisme ini sebenarnya telah bertapak di Malaysia sejak era 60an lagi tetapi dalam skala yang sangat kecil. Namun dari era joget lambak, cha-cha dan rock n roll, ia berkembang secara senyap sehinggalah ke era musik tekno, jungle dan sebagainya, seterusnya bangkit menjadi satu sub budaya yang boleh menggugat kesejahteraan masyarakat.

Hedonisme
Hiasan Gambar - Google

Budaya hedonisme mengutamakan hiburan dan pergaulan bebas semata-mata… “apa-apa pun ok, janji fun… “. Tak kisahlah apa cara sekalipun asalkan ianya dapat menaikkan kepuasan berhibur pada tahap yang maksimum dan berterusan. Kepada yang biasa mengikuti pesta, konsert atau gigs yang pada asasnya adalah biasa pastinya pernah mengalami situasi dimana sesuatu yang tidak dijangka menjadikan pesta atau konsert itu lebih ‘havoc’, panas atau merapu dari yang disangkakan. Kebiasaannya tamat pada jam 12 malam, tetapi ‘crowd’nya berterusan sehingga pagi. Ada juga yang menyambung pergi ke tempat-tempat hiburan lain atau berpesta di rumah-rumah bujang dan terus ber’party’ hingga ke siang hari... "berpesta tak ingat dunia punya".... itulah budaya hedonisme dan ia bermula dalam diri masyarakat itu sendiri.


Punca suburnya gejala Hedonisme dalam masyarakat


hedonisme
Boleh dikatakan yang ia terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya. Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain…

Hedonisme adalah trend kuno yang semakin berleluasa dalam dunia modernisasi. Trend jahiliah yang merosakkan diri serta masa depan sosio-ekonomi negara. Budaya yang buruk lagi memburukkan buat masyarakat kita yang mengakui bahawa Islam itu adalah agama dan panduan hidup kita.

"Jika mahu melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan anak muda hari ini"
-Imam Al Ghazali -

Marilah kita bersama-sama menolak budaya atau ideologi hedonisme ini secara total. Semoga seluruh masyarakat kita dihindari dari sebarang musibah dan kehancuran… aamiin.


Salam Hormat, Salam Berkat.


53 comments:

  1. Moga kita dapat berfikir lebih waras apa yang teebaik untuk diri kita dan masa depan :)

    ReplyDelete
  2. nice sharing...semoga mberi kita ksedaran & menolak budaya ni dr terus berleluasa...

    ReplyDelete
  3. Institusi kekeluargaan yg mesra dan rapat perlu diwujudkan agar anak betah dirumah dan tidak canggung berkongsi apa pun masalah dgn ibubapa, disokong dgn asas dan pengetahuan agama.

    ReplyDelete
  4. lya baru tahu pasal budaya nie..minta2 la di jauhkan.kehidupan remaja sekarang makin membimbangkan

    ReplyDelete
  5. sejak dari kecil anak-anak seharusnya diajar mengenai hiburan bersifat positif seperti mengikuti aktiviti berselawat beramai-ramai ketika hari kelahiran baginda Rasulullah saw, bersukan (badminton, bola sepak) dan pelbagai aktiviti bersama keluarga yang menyeronokkan.. apabila ada ruang kosong di dalam jiwa remaja, itulah peluang untuk hiburan secara negatif masuk, ditambah pula dengan hasutan dari rakan sebaya dan teknologi yang melalaikan mereka.. masjid juga berperanan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti positif yang boleh mengisi masa lapang golongan muda di samping dapat mendekatkan golongan itu dengan masjid.. menabung london, inti, SDB, 2 exabytes untuk khir.. :D

    ReplyDelete
  6. semoga kita dijauhkan drpd godaan syaitan berbentuk budaya hedonisme ni...terfikir masa akan datang, macam mana pula remaja2nya T_T

    ReplyDelete
  7. bimbang dengan anak-anak sekarang....semoga kita semua dijauhi gejala-gejala yang tidak sepatutnya...

    ReplyDelete
  8. zaman muda remaja ain dulu mcm ni lah... tapi jgn putus asa berdakwah kpd mereka2 ni... kalau kene cara nya, insyaAllah , mereka akan kembali ke landasan yg betul... :)

    ReplyDelete
  9. http://myrujukan.com/

    bagi saya, budaya enjoi yang keterlaluan memang x sesuai di Malaysia

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum khir.. memang sheila tolak hedonisme ni.. semoga dijauhkan perkara-perkara yang melalaikan diri. in shaa Allah.. selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum..khir,

    setuju sangat2 dengan ayat kata2 imam ghazali tu.. memang benar jika kita hendak melihat sesuatu bangsa tu... tgk pada generasi muda atau anak muda2 ada gendong kepada hiburan atau ilmu...

    mselim3

    ReplyDelete
  12. Pernah buat asgment pasal hidoniasme ni... Iaitu keseronokan melampau dan mmg budaya tu menular serata dunia terutama akhir zaman ni..

    ReplyDelete
  13. Sebab dah menular, para pemimpin perlu amat berat untuk tidak membiarkan acara seumpama.. 'just my two cents.' Wassalam

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum..bro Khir,

    Baru ada masa nak BW ni...ekekekekeke... pengkongsian yang berguna buat masyarakat dan remaja sekarang...budaya sebegini adalah amat berbahaya kepada masyarakat kita skrg... pasal kejadiaan yg berlaku di konsert baru2 ni... sedih dan malu tengok anak remaja skrg ni... kalau saya mmg tak suka gi konsert2 cengitu... kitaorg biasanya gi Istana Budaya jer...baru ler rilek dan tenang jer dgr konsert...hihihihihi.. siap ada tempat duduk lagi... :D

    ReplyDelete
  15. niesa xpernah tahu pasal gelaja2 ni..huhu..now kena ambik tahu memandangkan sekarang ni aktiviti sosial dh semakin menjadi2..

    ReplyDelete
  16. eeih takpernah dengar pun hedonisme ni. ya allah makin teruk lah sekarang :(((
    nauzubillah. jauhkan lah ya allah:((

    ReplyDelete
  17. Budaya luar yang semakin menular dan menjadi ikutan anak2 remaja. Inilah harga kebebasan tanpa sempadan dan kemajuan yg terpaksa kita hadapi. Hanya dengan iman dan takwa mampu menghindarnya.

    ReplyDelete
  18. bila baca ni, teringat kat kes baru2 ni yg psl beberapa org meninggal dsbbkan dadah dlm satu pesta hiburan.. hmmm, nampaknya gejala ni semakin menular di negara kita..sungguh mbimbangkan..bila hiburan diutamakan, hilanglah nilai2 ketimuran bangsa kta..hmmm

    ReplyDelete
  19. Ibu bapa mempunyai peranan yg amat besar dalam mendidik anak-anak supaya menjadikan Nabi Muhammmad SAW sebagai role model dan tidak terikut dengan ideologi dan budaya yang menyesatkan. Anak2 yang kurang kasih sayang cenderung untuk mencari keseronokan di luar dan ini memudahkan mereka terpengaruh dengan budaya seperti ini.

    ReplyDelete
  20. Saya juga penggemar muzik, tapi melayan muzik melampau sampai tiada had itu yang saya tak dapat terima. Tapi apa nak buat, muzik telah dieksploitasi ke arah budaya hedonisme. Ia menjadi kosong dan diangkat sebagai salah satu cara meraikan kemodenan hidup.

    ReplyDelete
  21. akhir zaman...kerajaan perlu ambil tindakan yang tegas..

    ReplyDelete
  22. berat juga isu ini..dan memang berbahaya untuk umat manusia terutama orang Islam..

    p/s :Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari PORTAL ILMU

    ReplyDelete
  23. Janganlah masyarakat kita terus berkekalan dengan kegelapan, semoga masa depan cahaya akan menyinari sehingga sirna segala yang gelap itu...

    ReplyDelete
  24. bila kidup nak "fun" saja, memang akan lupa perihal ukhrawi... sama2lah kita menjadi masyarakat yang berpesan-pesan dengan kebenaran..

    ReplyDelete
  25. Semoga masyarakat kita terhindar dr segala gejala buruk..

    ReplyDelete
  26. Berhibur tak salah tpi mestilah ikut cara dan saluran yg betul.

    Apapun, terima kasih bro Khir atas nasihat dan perkongsian ni.

    ReplyDelete
  27. Dunia dah samakin tua khir. Budaya kuno dah dingakat kembali..hidup seperti zaman jahiliyah...

    ReplyDelete
  28. Media White & Blue birds for you...

    ReplyDelete
  29. terima kasih ats pkongsian bro khir.. pengupasan yang bgus dan mendalam.. actually ni first time saya dengar perkataan budaya hedonisme..budaya lama yg diaplikasi balik pada zaman sekarang..berhibur sampai matai..tak ingat dunia.. erm.. tepuk dada tanya iman,.. bukan tanya salera :P

    inti n md :P

    ReplyDelete
  30. risau juga lihat cara anak muda zaman sekarang berhibur... berseronok bagai nak rak.. harap2 mereka nie cepat tersedar...

    ReplyDelete
  31. Terima kasih sebab beri penerengan yang bagus. Ingatkan hedonisme ni ada kena mengena dengan India la tadi. Umat akhir zaman macam nilah suka hiburan yang melampau. Semoga kita tidak terjebak dari perkara macam ni. Mintak dijauhkan hiburan yang melampau.

    ReplyDelete
  32. jarang dengar perkataab "hedonisme".. thanks uncle khir for this entri :)

    ReplyDelete
  33. ayuh sama2 kita tolak budaya hedonisme ni..

    ReplyDelete
  34. hentikan budaya hedonisme...
    thanks.

    ReplyDelete
  35. Rasa risau lihta perkembangan anak-anak muda kini...bagaimana agaknya anak-anak kita pula nanti. Mohon mendapat perlindungan dari Allah hendaknya.

    ReplyDelete

  36. "Jika mahu melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan anak muda hari ini"
    -Imam Al Ghazali -

    ReplyDelete
  37. tak tau pun ade name gejala² mcam ni...
    pendapat saya, sepatutnya takpayah adekan satu konsert ke karnival heboh ke ape ke kat malaysia ni.
    gejala² yg tak elok boleh dielakkan kalau bende2 macam ni tak ada.

    ReplyDelete
  38. Dahulu istilah hedonisme tak popular. Lebih popular keseronokan yang melampaui batasan. Tapi sekarang rasanya semua orang tahu kot, apabila sebut hedonisme.

    ReplyDelete
  39. ngeri juga bila baca tentang pompeii tu..moga kita di jauhkan dari sikap hedonisme..

    ReplyDelete
  40. erm.....takut tgk gambar2....moga kita sentiasa dilindungi...

    ReplyDelete
  41. Semoga masyarakat dan keturunan kita tidak terjebak dari perkara macam ni. Mintak dijauhkan hiburan yang melampau nie....

    ReplyDelete
  42. jujurnya ini adalah pertama kali saya membaca atau memahami mengenai hedonisme
    terima kasih untuk perkongsian ilmu ni ye saudara khir =)

    ReplyDelete
  43. nice sharing...moga diberi kesedaran...tolak hiburan yang sebegini.

    ReplyDelete
  44. generasi sekarang menganggap bhw tanpa hendonisme , mereka adalah kolot serta menolak kemodenan dan itu sangat jelas . saya menganggap dunia hiburan serta internet adalah penyumbang utama kepada gejala ini . generasi sekarang sangat mudah terpengaruh wpun sudah dibekalkan ilmu agama yg cukup oleh ibu bapa mereka ... sempat promoted content melalui huawei .

    ReplyDelete
  45. perkongsian yang sangat bermanfaat...membuka mata semua dalam isu yang semakin menular ni..

    ReplyDelete
  46. ija pun pernah baca pasal kisah pompeii..dasyat ujian yang allah turunkan pada mereka yang ingkar dengan suruhannya. perintis genarasi sekarang yang utamakan kesenangan dunia tanpa memikirkan baik dan buruknya. moga gejala ini tidak hinggap pada anak anak remaja kita.

    ReplyDelete
  47. gejala mcm bahaya la.. moga remaja2 diluar sana tak terjebak

    ReplyDelete
  48. Itulah perkara yang sangat menakutkan. Pemikiran kita sangat mudah diracun bahawa kejayaan hidup adalah dengan melihat harta kekayaan yang ada. Manusia moden bertuhankan harta, pengamal agama dianggap kolot..

    ReplyDelete
  49. budaya yg mesti ditolak sesungguh hati ni...

    ReplyDelete
  50. Kerajaan sekarang perlu mengurangkan hiburan semata-mata..perlu mengenengahkan ilmu akhirat juga....

    ReplyDelete
  51. Banyak sangat unsur-unsur negatif sekarang ni sampai sukar nak kekang. Info ni memang sangat bermanfaat. Semoga sama-sama dapat ambil ikhtibar sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  52. gejala nih semakin berleluasa, moga kita dijauhi.

    ReplyDelete
  53. Mengapa hedonisme dipuja? Kerana kehidupan seharian kita menjamu hawa nafsu. Hedonisme atau kehidupan mengutamakan hiburan adalah sesuatu yang sangat disukai nafsu.

    Kenapa Allah mensyariatkan puasa? Tujuannya untuk mendidik nafsu. Tetapi sayang, puasa yang dilakukan setahun sekali, sedangkan kehidupan menjamu hawa nafsu selama 11 bulan, menjadikan budaya hedonisme semakin sebati dalam diri.

    Nak mengikis budaya hedonisme dalam diri, perlukan kerjasama dari semua pihak. Diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan seterusnya negara itu sendiri. Tetapi, dalam semua ini, peranan dari negara, yakni pemerintah untuk menyekat budaya Hedonisme sangatlah penting.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.