Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL

Lawatan deligasi Departmen of Probation, Kementerian Kehakiman Thailand ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia.

Pada Selasa (25/3/2014), bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia, telah menjadi tuan rumah kepada lawatan delegasi "Department of Probation", Kementerian Kehakiman Thailand ke Rumah Perantaraan W.P Kuala Lumpur.

Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia.
Kredit Gambar - Parol WPKL


Department of Probation, Thailand.


Department of Probation, adalah jabatan dibawah Kementerian Kehakiman Thailand yang menjadi perintis dalam melaksanakan percubaan kaedah dan langkah-langkah berasaskan perundangan dalam perkara yang melibatkan pembangunan koreksional dan sosial di Thailand.

Dalam usaha mereka untuk memperkasa sistem perundangan serta mengurangkan kadar jenayah yang berlaku, delegasi ini berhasrat membuat lawatan ke beberapa jabatan dan agensi kerajaan di Malaysia termasuk Jabatan Penjara Malaysia dan Rumah Perantaraan WPKL ini. Ia bertujuan untuk mengkaji dan meneliti kaedah terbaik untuk dilaksanakan di negara mereka. 

Lawatan ke Rumah Perantaraan WPKL 


Justeru, tujuan utama lawatan ke Rumah Perantaraan WPKL adalah untuk mereka melihat dan meninjau sendiri prasarana dan segala kelengkapan yang ada di sini. Taklimat dan sesi soal jawab juga telah diadakan agar mereka mendapat penerangan dan pencerahan terperinci tentang segala maklumat serta matlamat utama Rumah Perantaraan ini diwujudkan.

Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia

Fungsi dan kewujudan Rumah Perantaraan belum lagi dilaksanakan di Thailand. Penglibatan usahasama antara pihak kerajaan, NGO dan swasta di Malaysia dalam menjayakan peranan Rumah Perantaraan ini dengan berkesan sememangnya merupakan satu usaha yang menarik perhatian mereka.

Berdasarkan kadar statistik jenayah berulang dan residivism tempatan yang terendah dirantau Asia, kewujudan Rumah Perantaraan di Malaysia ini dilihat amat releven dalam mencapai objektif yang disasarkan. Ia juga menjadi satu contoh yang baik kepada Thailand demi mengurangkan kadar pengulangan salahlaku jenayah dan penyalahgunaan dadah dalam masyarakatnya.

Maklumat Department Of Probation, Thailand Berkaitan Isu Sosial Dan Koreksional


Bagi saya yang berpeluang menghadiri program ini sebagai badan bebas, sempat juga berkongsi beberapa maklumat berdasarkan pandangan dari beberapa individu terhadap isu berkaitan sosial dan koreksional di Thailand. Sesungguhnya, ia adalah satu pengetahuan baharu termasuk juga pengetahuan tentang wujudnya satu jabatan yang diberi nama “Department of Probation” ini. 

Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia, Blogger kesedaran sosial Malaysia

Lawatan yang bermula pada jam 2 petang itu berakhir pada sekitar jam 4:30 petang. Ia diadakan dalam suasana sederhana tetapi penuh dengan maklumat dan ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan kedua-dua negara.

Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Oppss... Peace From Thailand... :D  
Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Gambar kenangan lawatan delegasi "Dept of Probation" Thailand & Parol 

Semoga dengan lawatan serta jalinan silaturrahim yang terbina ini dapat mewujudkan kesefahaman kerjasama yang lebih erat diantara Malaysia dan Thailand dalam memperkasa isu koreksional dan sosial demi kebaikan masyarakat kedua-dua negara termasuk juga di seluruh rantau Asia Tenggara amnya, in shaa Allah.

Artikel Lain Yang Berkaitan :
> Lawatan Menteri Singapura Ke Rumah Perantaraan WPKL


***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:

Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 70
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL
Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL
Lawatan deligasi Departmen of Probation, Kementerian Kehakiman Thailand ke Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia.
https://4.bp.blogspot.com/-VhT6hFr7UCI/UzhQb_gZpyI/AAAAAAAAFZk/TRFqh00upnA/s1600/1897872_276847935813199_1507799057_n.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-VhT6hFr7UCI/UzhQb_gZpyI/AAAAAAAAFZk/TRFqh00upnA/s72-c/1897872_276847935813199_1507799057_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/03/lawatan-department-of-probation.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/03/lawatan-department-of-probation.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy