Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur

Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia.- Parol

Artikel kali ini, aku berhasrat berkongsi maklumat mengenai sebuah organisasi yang aku hormati. Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) merupakan salah satu organisasi peringkat negeri dibawah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri.

Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia. - Parol WPKL
Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P.K.L

Pengenalan Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL)


Parol WPKL adalah organisasi yang bertanggungjawab berkaitan isu koreksional dalam kesinambungan konsep Penjara Sejahtera, di luar tembok penjara untuk banduan-banduan yang diberi kepercayaan peluang kedua melalui Perintah Parol di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tanggungjawab utamanya adalah memantau dan mengawalselia Orang Di Parol (ODP) dan Pesalah Kehadiran Wajib (PKW) agar dapat menjalani hukuman dengan berkesan serta membantu mereka dalam proses integrasi ke dalam masyarakat.

Selain itu, ia juga bertanggungjawab mentadbirselia Rumah Perantaraan WPKL sebagai tempat berteduh sementara untuk bekas banduan insaf yang kurang bernasib baik agar dapat memulakan kehidupan yang baharu dengan sebaik-baiknya. Secara keseluruhannya, melalui penglibatan pihak swasta serta NGO’s yang berkaitan, Parol WPKL menjadi tapak sokongan dan motivasi kepada pesalah yang telah dihukum beroleh peluang memperbetulkan serta memajukan diri ke arah yang lebih baik dalam menempuh kehidupan di wilayah kota metropolitan yang penuh pancaroba ini.

Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia. - Parol
Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia. - Parol

Info Komuniti Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur


Parol WPKL mempunyai seramai 35 orang kakitangan yang dianggotai oleh 32 orang pegawai penjara, Jabatan Penjara Malaysia berserta 3 orang kakitangan awam. Ia ditadbir oleh Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri dengan 3 Pejabat Parol Daerah bagi memastikan keberkesanan hukuman dan keselamatan masyarakat di setiap daerah.

Berikut adalah maklumat perhubungan dan kawasan pemantauan yang telah diwartakan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk pengetahuan dan kebaikan bersama.

PEJABAT PAROL NEGERI WPKL:

PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI NEGERI W.P. KUALA LUMPUR
B-9-6, Blok B, Megan Avenue II,
No. 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Tel: 603 2164 3782
Fax: 603 2164 3846

PEJABAT PAROL DAERAH WPKL:

PEJABAT PAROL DAERAH GOMBAK (WANGSA MAJU)
No. 23, Jalan Delima 10,
D’Wangsa Maju,
53 300 Kuala Lumpur
Tel: 603 4149 6710
Fax: 603 4149 6582 
Kawasan & Lokasi Pemantauan :
Wangsa Maju, Batu Caves, Kepong, Sg Pencala, Sg, Buloh, Damansara, Segambut, Bukit Tinggi (Pahang).

PEJABAT PAROL DAERAH AMPANG.
Blok D - 1- 5, Parcel 28 – 2,
Setiawangsa Business Suite,
54 200 Taman Setiawangsa,
Kuala Lumpur.
Tel: 603 4253 1977 / 603 4253 1979
Fax: 603 4253 2023 
Kawasan & Lokasi Pemantauan:
Ampang, Bukit Bintang, Kampung Baru, Datuk Keramat, Setiawangsa, Pandan, Titiwangsa.

PEJABAT PAROL DAERAH CHERAS
Tingkat 19, Unit 12A & 12B,
Wisma Zelan,
No. 1 Jalan Tasik Permaisuri 2,
Bandar Tun Razak,
56 000 Kuala Lumpur.
Tel: 603 9173 4476 / 603 9173 4451
Fax: 603 9173 4497 
Kawasan & Lokasi Pemantauan:
Cheras, Lembah Pantai, Seputih, Bandar Tun Razak, Salak Selatan, Sg Besi, Kg Kerinchi.

Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia. - Parol WPKL
Pejabat Parol Daerah Gombak WPKL

Matlamat Dan Harapan Parol WPKL


Adalah menjadi harapan, melalui maklumat yang diberikan dapat memberi pencerahan tentang tujuan Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia ini diwujudkan. Dengan pemahaman yang jelas juga, secara tidak langsung dapat mewujudkan kerjasama yang baik terutamanya warga Kuala Lumpur untuk mendoakan kejayaan Parol WPKL dalam mencapai matlamat demi kesejahteraan masyarakat… aamiin.  
 
Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia, Parol WPKL, Saidun Othman
Kenangan bersama Pengarah Parol WPKL, PP Saidun Othman
dan wartawan Utusan Malaysia pada satu sesi interview akhbar.

Aktiviti-aktiviti komuniti dan kemasyarakatan berkaitan Parol WPKL akan menjadi sebahagian liputan telus yang akan aku kongsikan di blog dari masa ke semasa untuk pengetahuan bersama... in shaa Allah.


Entri-entri yang berkaitan untuk rujukan :


Salam Hormat, Salam Berkat.
Khir Khalid

COMMENTS

BLOGGER: 63
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia.- Parol
http://2.bp.blogspot.com/-Il89McnqyyE/UxDy3OiAREI/AAAAAAAAFEA/o4655ZQ3kuc/s1600/480871_516444105035319_1501162058_n.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-Il89McnqyyE/UxDy3OiAREI/AAAAAAAAFEA/o4655ZQ3kuc/s72-c/480871_516444105035319_1501162058_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/03/parol-dan-perkhidmatan-komuniti-wp.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/03/parol-dan-perkhidmatan-komuniti-wp.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy