Ceramah Intervensi ODP Parol WPKL Bulan Mac 2014.

Ceramah intervensi ODP. Parol WPKL, Parol dan Perkhidmatan Komuniti WP Kuala Lumpur, cawangan Wangsa Maju.

Ceramah Intervensi ODP Parol WPKL Bulan Mac 2014 - Pada petang Isnin (10/3/14), aku berpeluang menyampaikan serba sedikit perkongsian motivasi dalam satu sesi ceramah intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) yang diadakan di Pejabat Parol Daerah Gombak, Wangsa Maju.

Antara intipati perkongsian menyentuh tentang isu motivasi kerjaya dan juga kehidupan. Ia merangkumi tentang peranan individu dalam menghargai nilai-nilai kepercayaan serta menjaganya sebagai satu amanah dan tanggungjawab setiap manusia yang hidup di muka bumi ini.

Program Ceramah ODP Parol WPKL


Antara intipati ceramah menyentuh tentang erti kepercayaan. Ia adalah amanah yang dapat mendekatkan hubungan antara manusia dengan Penciptanya dan hubungan manusia sesama manusia (Hablum minallah, hablum minannas), untuk kehidupan yang lebih berkat dan harmoni.

Saya turut berkongsi pandangan tentang bagaimana kepercayaan yang ada itu juga dapat membantu sebagai sokongan yang baik kepada kita untuk maju dalam kerjaya mahupun kehidupan. Sesungguhnya kepercayaan tidak datang secara tiba-tiba. Ia hadir atas usaha dan keizinanNya. Kepercayaan itu satu anugerah... apatah lagi bila ianya merupakan peluang yang kedua buat kita.

Parol WPKL : Ceramah Intervensi ODP Bulan Mac 2014.

Intervensi Kesedaran ODP - Parol WPKL


Ingin saya kongsikan intervensi kesedaran ODP di sini untuk renungan bersama. Apakah perasaan anda bila kepercayaan yang kita beri kepada seseorang itu dikhianati. Pastinya kita berasa kecewa, hampa, sebak dan kadang kala berasa putus harapan. Tentulah, ia juga pernah berlaku kepada kita.

Namun, anggaplah ia sebagai satu pengajaran agar kita lebih berhati-hati dalam menaruh kepercayaan. Terimalah ia sebagai sesuatu yang mematangkan diri. Redhalah ia sebagai satu ujian bahawa Allah swt itu sayang kepada kita. Jadikanlah ia sebagai satu tapak dan landasan yang dapat menjadikan diri kita seorang insan yang lebih baik kepada Yang Maha Pencipta atas usaha, doa dan tawakal kepadaNya.

Biarpun jika kepercayaan kita kepada seseorang itu dikhianati, janganlah sesekali kita khianati pula segala kepercayaan yang kita perolehi. In shaa Allah, pasti akan ada peluang dan jalan yang lebih baik buat kita sekiranya kita sentiasa menjaga kepercayaaan yang diberikan itu.
  

Terima kasih kepada Parol WPKL atas kepercayaan yang diberikan.

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

COMMENTS

BLOGGER: 38
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Ceramah Intervensi ODP Parol WPKL Bulan Mac 2014.
Ceramah Intervensi ODP Parol WPKL Bulan Mac 2014.
Ceramah intervensi ODP. Parol WPKL, Parol dan Perkhidmatan Komuniti WP Kuala Lumpur, cawangan Wangsa Maju.
https://2.bp.blogspot.com/-UaEosRyLQ3U/Ux3NskTvefI/AAAAAAAAFLU/go0-uqsk6Rw/s1600/1797343_800155886665704_1548710676_n.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-UaEosRyLQ3U/Ux3NskTvefI/AAAAAAAAFLU/go0-uqsk6Rw/s72-c/1797343_800155886665704_1548710676_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/03/parol-wpkl-program-intervensi-bulan-mac.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/03/parol-wpkl-program-intervensi-bulan-mac.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy