Peranan Masjid Dari Tinta Sejarah

Peranan masjid dari tinta sejarah.

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. Peranan masjid dari tinta sejarah... Masjid merupakan pusat utama bagi umat Islam. Di sinilah kita bertemu untuk mempertingkatkan ibadah, keimanan dan memperkukuhkan silaturrahim. Memahami pengertian masjid, ia sebenarnya membawa makna lebih luas dari sekadar tempat beribadah dan bangunan yang tersergam indah.

Gambar hiasan - google

Masjid Dan Sejarah


Jika diteliti dari tinta sejarah, institusi masjid merupakan satu kekuatan umat Islam suatu masa dahulu. Ia satu permulaan kepada pembinaan negara Islam. Masjid Nabawi telah dibina sebagai pusat pentadbiran negara Islam kota Madinah. Seiring dengan penyebaran Islam, pembangunan masjid turut tersebar. Setiap wilayah yang mendapat syiar Islam, pasti akan dibangunkan masjid sebagai mercu tanda kekuatan Islam.

Masjid sebagai pusat ilmu
Masjid ketika itu berperanan sebagai pusat ibadah yang amat luas merangkumi aspek fardu ain dan kifayah. Ia menjadi jantung utama untuk kegiatan pentadbiran, pusat pembelajaran, pusat sosial dan kemasyarakatan, pengukuhan strategi ketenteraan dan tempat pertemuan wakil-wakil wilayah lain yang ingin bertemu dengan pemerintahan Islam. Selain itu, ia membuka ruang berteduh kepada golongan fakir miskin sebelum diberikan jalan untuk beroleh tempat tinggal, golongan musafir dan sebagai pusat komuniti membina salsiah ummah. Justeru, tidak hairanlah umat Islam berjaya mendominasi keilmuan dan kemajuan yang mengkagumkan ketika itu. Fungsi masjid benar-benar dimanfaatkan dan digunakan secara maksimum.

Malangnya, dengan kehadiran revolusi barat dan kebangkitan rakyat Eropah (Renaisance) yang menentang pemerintahan berteraskan agama telah banyak tercalit kepada pemikiran masyarakat kita. Sejarah penentangan barat terhadap kemunduran ideologi pemikiran yang lahir dari institusi gereja sebagai pusat pentadbiran, pendidikan, sosial dan kemasyarakatan telah berjaya meleraikan pengaruh gereja sebagai institusi pentadbiran masyarakat. Ia tersimpan dalam lipatan sejarah dunia sebagai pengakhiran zaman yang dipanggil zaman kegelapan (dark ages) seterusnya mewujudkan sistem pentadbiran barat yang ada pada zaman moden kini.

Masjid sebagai pusat pengukuhan sosio-ekonomi masyarakat

Memartabatkan Masjid Sebagai Institusi Pengukuhan Ummah


Maka marilah bersama-sama kita renungkan, adakah sistem pemerintahan Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw itu dikategorikan juga sebagai ‘Dark Ages’ atau era zaman kegelapan yang menyekat kemajuan manusia sepertimana yang berlaku di Eropah terhadap pegangan institusi pentadbiran agamanya? Cukuplah, zaman jahiliah dicatat sebagai zaman kegelapan dalam sejarah Islam.  

Hakikatnya, Islam tidak dapat dipisahkan dengan institusi masjid. Melalui masjid sebagai pusat dakwah dan pengukuhan sosio-budaya dan sosio-ekonomi masyarakat akan dapat melahirkan generasi yang celik agama dan berupaya mempamerkan Islam sebagai agama yang menepati fitrah semulajadi insan.

Masjid menjadi tapak memperkasa Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna…



Salam Hormat, Salam Berkat.


COMMENTS

BLOGGER: 42
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Peranan Masjid Dari Tinta Sejarah
Peranan Masjid Dari Tinta Sejarah
Peranan masjid dari tinta sejarah.
http://2.bp.blogspot.com/-3W6P8pMetNM/UxkmdGnndQI/AAAAAAAAFIE/Hm2fMsfBdEA/s1600/masjidwilayah.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-3W6P8pMetNM/UxkmdGnndQI/AAAAAAAAFIE/Hm2fMsfBdEA/s72-c/masjidwilayah.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/03/peranan-masjid-dari-tinta-sejarah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/03/peranan-masjid-dari-tinta-sejarah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy