Peranan Muslim Sebagai Duta Islam.

Peranan Muslim Sebagai Duta Islam

Peranan Muslim Sebagai Duta Islam. Berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar…

Penyebaran ilmu senantiasa menjadi kaedah yang diutamakan dalam Islam yang diamalkan sejak dahulu lagi. Ia merupakan cara yang amat berkesan bagi memastikan ilmu dan Islam itu sentiasa subur di hati bahkan dapat diterjemahkan dengan perbuatan dan amalan. Ilmu yang diperolehi tanpa diambil apa-apa manfaat daripadanya hanya mendatangkan kerugian. Walaupun begitu, kita harus bersama-sama membuka mata dan melihat lebih luas lagi pembawaan ilmu dalam dakwah Islam.


Setiap Muslim Berperanan Sebagai Duta Islam


Setiap dari kita memegang tanggungjawab sebagai khalifah dan mempunyai agenda bagi memakmurkan bumi. Memakmurkan bumi bermaksud memastikan segala hukum Allah swt itu terjaga tanpa menolak pembangunan dan kemajuan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh itu, tugas memakmurkan bumi dengan menyebarkan dakwah serta peringatan Islam merupakan tugas setiap Muslim agar dapat menjadi manusia yang lebih beruntung.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;
“Sebaik-baik manusia antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.” – (Riwayat Al-Bukhari).

Apabila setiap seorang daripada kita menjadi duta Islam dalam setiap bidang yang diceburi serta berusaha mengamalkannya, maka secara tidak langsung ianya bermanfaat kepada orang lain untuk bersama-sama ke arah kebaikan dan keberkatan dalam kehidupan ini. Sebagai ‘blogger’, mudah-mudahan segala yang kita coret dan kongsikan di alam maya ini juga dapat memberi manfaat yang berkekalan kepada seluruh masyarakat… in shaa Allah.

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan sahabat sekelian. Umat Islam ternyata ramai dari sudut bilangannya pada hari ini. Tetapi malangnya kita hanya seperti buih di lautan. Mudah sekali hilang arah dan hanyut apabila dipukul ombak…

Oleh itu, peranan sebagai “Duta Islam” ini perlu digalas oleh semua Muslimin dan Muslimat agar suasana dan kefahaman Islam dapat diimarahkan dengan lebih teguh dan saksama demi memakmurkan bumi Allah ini diatas jalan yang diberkati… aamiin.


Salam Hormat, Salam Berkat


COMMENTS

BLOGGER: 87
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Peranan Muslim Sebagai Duta Islam.
Peranan Muslim Sebagai Duta Islam.
Peranan Muslim Sebagai Duta Islam
http://3.bp.blogspot.com/-uGhDyBDfWqA/UyuhZw1GJII/AAAAAAAAFVA/Hz7wik1YP1s/s1600/19312-demi-masa-sesungguhnya-manusia-itu-dalam-kerugian-kecuali_321x321_width.png
http://3.bp.blogspot.com/-uGhDyBDfWqA/UyuhZw1GJII/AAAAAAAAFVA/Hz7wik1YP1s/s72-c/19312-demi-masa-sesungguhnya-manusia-itu-dalam-kerugian-kecuali_321x321_width.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/03/peranan-muslim-sebagai-duta-islam.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/03/peranan-muslim-sebagai-duta-islam.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy