Program Intervensi Kesihatan Dan Menderma Darah Parol WPKL

Program Intervensi Kesihatan dan Menderma Darah Parol WPKL, Jabatan Penjara Malaysia untuk Orang diParol, PKW dan anggota Parol WPKL. Parol.

Program Intervensi Kesihatan Dan Menderma Darah Parol WPKL - Ingin aku kongsikan maklumat tentang Program Intervensi Kesihatan Dan Menderma Darah yang telah diadakan pada 17 Februari 2014. Ia adalah program inisiatif anjuran Parol dan Perkhidmatan Komuniti WPKL yang bertujuan memberi pendedahan kepada Orang DiParol (ODP) dan Pesalah Kehadiran Wajib (PKW) terhadap tanggungjawab sosial membantu masyarakat dengan menderma darah. Disamping itu, kakitangan dan anggota Parol WPKL juga turut terlibat menderma darah untuk kebaikan bersama.

Intervensi Menderma Darah Parol WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Pusat Darah Negara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Matlamat Menderma Darah Parol WPKL


Pernahkan anda menderma darah?.. Sesungguhnya, bukan semua manusia itu sanggup untuk menderma darah. Kebiasaannya bukan disebabkan penting diri, tetapi perasaan gentar yang masih menebal dalam diri bila memperkatakan tentang darah. Alasan seperti “saya takut jarum…”, “saya dah derma sekali dulu…” dan pelbagai lagi yang membuatkan kita sendiri tersenyum kambing bila mendengarnya.

Matlamat program intervensi yang diadakan di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, KL ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua yang terlibat. Peserta bukan sekadar hadir untuk menderma darah semata-mata, tetapi diberi penerangan oleh pegawai perubatan secara terperinci tentang kepentingan serta keistimewaan menderma darah.

Intervensi Menderma Darah Parol WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Sesi taklimat kebaikan menderma darah
Intervensi Menderma Darah Parol WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Sel darah & jenis-jenis kegunaan
Intervensi Menderma Darah Parol WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Lawatan ke makmal Pusat Darah Negara
Intervensi Menderma Darah Parol WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Peti simpanan sel darah

Bila dikatakan tentang kepentingan menderma darah, aku pasti ramai yang sedar tentang kepentingannya untuk membantu mereka yang sedang bertarung dengan nyawa di hospital. Cuma, “tahu-tahu kadang-kadang buat tidak tahu” disebabkan perasaan gemuruh “takut darah” itu. Namun, bila bercerita tentang keistimewaannya… aku pasti, masih ramai lagi yang masih tidak tahu...

Nak tahu apa keistimewaan menderma darah???


Intervensi Menderma Darah Parol WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Buku rekod untuk penderma darah

Nampak? Kalau tak nampak, usahalah biar sampai nampak… Rugi kalau tak baca dan tahu tentang keistimewaannya!

Sememangnya banyak lagi keistimewaan lain jika kita menderma darah. Selain membantu menjamin kesihatan jangka panjang tubuh badan, sumbangan kita juga tidak sesekali dipersiakan, malah jika dilakukan seikhlas hati pastinya beroleh pahala keberkatan yang besar di sisi Allah swt… in shaa Allah..

Intervensi Menderma Darah Parol WPKL, Jabatan Penjara Malaysia


Semoga pengalaman dan pengetahuan yang dikongsi melalui Program Intervensi Kesihatan dan Menderma Darah Parol WPKL ini dapat menjadi satu kesedaran yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang terlibat, malah untuk peringatan kita bersama semuanya. Selain menderma harta, wang ringgit, idea dan tenaga, menderma darah juga adalah satu sikap dermawan yang sungguh terpuji dari kita buat insan-insan yang memerlukan.

Artikel lain yang berkaitan :
***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 65
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Program Intervensi Kesihatan Dan Menderma Darah Parol WPKL
Program Intervensi Kesihatan Dan Menderma Darah Parol WPKL
Program Intervensi Kesihatan dan Menderma Darah Parol WPKL, Jabatan Penjara Malaysia untuk Orang diParol, PKW dan anggota Parol WPKL. Parol.
http://2.bp.blogspot.com/-9c_Jx7Rdx_c/UySXm_i-0OI/AAAAAAAAFRY/YTH1DgyVhGA/s1600/1618653_528911570555746_460158618_n.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-9c_Jx7Rdx_c/UySXm_i-0OI/AAAAAAAAFRY/YTH1DgyVhGA/s72-c/1618653_528911570555746_460158618_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/03/program-intervensi-kesihatan-dan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/03/program-intervensi-kesihatan-dan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy