Program Intervensi ODP Sukan Bowling Parol WPKL

Intervensi ODP, Parol WPKL, Parol Kuala Lumpur, Parol dan Perkhidmatan Komuniti,

Setelah selesai menyampaikan amanah motivasi dalam satu program intervensi Parol WPKL pada petang Isnin (10/3/14) yang lalu, aku telah berpeluang menyertai program Intervensi ODP sukan bowling yang diadakan di Pusat Bowling, BREM Shopping Centre, Kepong.

Program intervensi ODP, Parol WPKL

Matlamat Parol WPKL dalam program Intervensi ODP


Acara ini sebenarnya adalah salah satu program intervensi kesukanan bersama komuniti yang bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada Orang diparol (ODP) melalui aktiviti-aktiviti riadah yang bersesuaian dengan arus kehidupan di sekitar Kuala Lumpur. Disamping itu, ia diadakan bagi memilih peserta yang layak untuk mewakili ‘Team Parol WPKL’ dalam program intervensi sukan bowling bersama komuniti peringkat negeri-negeri yang akan diadakan nanti.

Program seperti ini sememangnya memerlukan penglibatan dan interaksi dari kalangan kakitangan Parol, ODP itu sendiri dan juga pihak awam dalam usaha merialisasikan integrasi ODP ke dalam masyarakat dengan lebih berkesan. Adalah tidak dinafikan bahawa ada juga dikalangan ODP yang sebelum ini tidak pernah terlibat dengan acara-acara riadah santai bersama komuniti seperti ini. Ia merupakan pengalaman positif yang baharu buat sesetengah dari mereka.

Program intervensi ODP, Parol WPKL
Program intervensi ODP, Parol WPKL

Program yang bermanfaat melalui aktiviti riadah santai.


Sukan bowling merupakan salah satu aktiviti riadah yang popular bukan sahaja dikalangan warga KL malah di seluruh Malaysia. Sama ada berhibur bersama keluarga ataupun rakan, sukan bowling adalah aktiviti riadah 'indoor recreational sport' yang masih lagi menjimatkan dan juga menyihatkan.

Bagi aku sendiri yang boleh dikatakan jarang beriadah dengan sukan bowling, ia bukan sahaja sekadar hiburan tetapi cabaran dalam merebut peluang agar terpilih dan dapat bertanding menentang bahagian Parol dari negeri-negeri yang lain. Alhamdulillah… skill aku telah datang disaat-saat akhir. Walaupun dengan tangan yang lenguh dan menggigil disebabkan bola yang berat, serta point pemarkahan yang agak cukup-cukup makan… aku akhirnya telah berjaya terpilih untuk mewakili 'Team Parol WPKL'. Lepas ni kenalah bersedia untuk persaingan yang lebih hebat dan sengit nanti…

Selfie Bowling Parol WPKL
Selfie inspirasi dari blogger Shakiddo & Uncle Gedek ni... cer tengok baju aku.. :D

Program intervensi kesukanan dalam komuniti seperti ini bukanlah sekadar riadah santai dan berhibur semata-mata. Ia adalah satu aktiviti komuniti yang bersifat intervensi (pencegahan) dan motivasi yang penuh dengan tanggungjawab koreksional dan sosial. Adalah menjadi harapan semoga segala usaha untuk mencapai matlamat demi mewujudkan integrasi komuniti yang positif ke arah masyarakat yang sejahtera dipermudahkan sepenuhnya… aamiin.

P/s : Ada sesiapa yang boleh bagi aku tips untuk dapatkan skill bowling yang hebat tak?.. :D


Artikel yang berkaitan:

***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 84
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Program Intervensi ODP Sukan Bowling Parol WPKL
Program Intervensi ODP Sukan Bowling Parol WPKL
Intervensi ODP, Parol WPKL, Parol Kuala Lumpur, Parol dan Perkhidmatan Komuniti,
http://1.bp.blogspot.com/-3L6u-hsVLpg/UyCgZp5oOqI/AAAAAAAAFNI/Ve4VtzEROSY/s1600/1505263_801547129859913_357970682_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-3L6u-hsVLpg/UyCgZp5oOqI/AAAAAAAAFNI/Ve4VtzEROSY/s72-c/1505263_801547129859913_357970682_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/03/program-intervensi-sukan-bowling-parol.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/03/program-intervensi-sukan-bowling-parol.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy