Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor.

Tanjung Emas, Muar, Johor

Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor. Terlebih dahulu, aku memohon maaf kerana tidak berkesempatan berblogging beberapa hari ini. Bermula Selasa selepas selesai menghadiri satu acara rasmi, aku sekeluarga bergerak pada sebelah malamnya ke selatan tanah air. Balik kampung di Pontian, Johor Darul  Takzim.

Sebelum itu, berhasrat untuk berkongsi kenangan bila berkesempatan singgah di Tanjung Emas, Muar pada hari Jumaat baru-baru ini. Mengambil beberapa gambar sebelum menunaikan solat Jumaat di sana.

Bandar Maharani, Muar Johor
Roundabout di bandar Maharani, Muar. Bandar Di Raja Johor.

Tanjung Emas Di Muar, Johor


Muar adalah kampung mak aku... dulu masa sekolah memang selalu sangat ke bandar Muar dan berjalan-jalan di Tanjung Emas, Muar. Tetapi sekarang, bila dah berkeluarga dan banyak saudara mara sudah berhijrah ke tempat lain, jarang sekali aku datang ke sini. Kali terakhir pun dah hampir 2 tahun yang lalu... huh, sungguh cepat masa berlalu... 

Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor
Medan Selera Tanjung Emas... cari asam pedas...
Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor
Salah satu pokok yang terdapat di sekitar Medan Selera... berapa umurnya pun aku tak pasti..
Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor
Snap gambar keluarga di replika keretapi.
Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor
Romantika D' Amore... :D :D

Sempat juga singgah di Jeti Tanjung Mas yang berhampiran dengan Medan Selera. Tetapi ia ditutup kerana waktu sudah hampir untuk solat Jumaat. Dapat bergambar pun jadilah...

Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor
Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor
Permandangan Sungai Muar dari Jeti Tanjung Emas

Bersolat Jumaat di Masjid Jamik Sultan Ibrahim yang telah didirikan secara rasminya pada tahun 1927. Masjid ini sedikit sebanyak menggamit nostalgia kenangan dulu-dulu kepada diri aku. Aku selalu singgah bersolat sekeluarga di sini bila berada di Muar. Dulu dengan mak dan ayah, kini bawa isteri dan anak-anak pula. Apabila dah lama tak ke sini, banyak yang sudah berubah... masjid semakin cantik dengan kawasan persekitarannya yang terjaga rapi tanpa mengubah struktur asalnya... betul-betul nostalgia lah...

Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor
Gambar Masjid Sultan Ismail
Gambar Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas dari kawasan Masjid Sultan Ibrahim
Permandangan Sungai Muar, Johor
Permandangan Sungai Muar & Jambatan Muar dari kawasan masjid
Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar
Aku tunggu orang semua bailk dari solat Jumaat untuk snap pic ni... :D

Kepada sahabat di Pontian, maaf kerana tidak berkesempatan untuk berjumpa. Maklumlah, jarang-jarang dapat pulang ke kampung. Rumah saudara mara pun banyak yang tak berkesempatan untuk berkunjung dengan masa agak terhad. Disamping itu pun ada beberapa perkara kekeluargaan tertangguh yang perlu diuruskan. Banyak juga perkara lain yang nak di kongsikan lagi nanti, tapi sebelum tu aku nak blogwalking melawat kawasan sahabat maya dahulu…

Destinasi berikutnya… eceh hehee.. jalan-jalan bajet jer... :D


Salam Hormat, Salam Berkat.
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 72
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor.
Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor.
Tanjung Emas, Muar, Johor
http://3.bp.blogspot.com/-Qz-qdu2PqqY/UzZhf0QhFAI/AAAAAAAAFX4/sCF9BlrpAGY/s1600/1975212_810364562311503_634965444_n.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-Qz-qdu2PqqY/UzZhf0QhFAI/AAAAAAAAFX4/sCF9BlrpAGY/s72-c/1975212_810364562311503_634965444_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/03/singgah-singgah-di-tanjung-emas-muar.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/03/singgah-singgah-di-tanjung-emas-muar.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy