Sub-Budaya Sosial Masyarakat Di Malaysia.

Malaysia merupakan sebuah negara yang teramat kaya dengan budaya. Namun, dalam keharmonian masyarakat yang berbilang kaum ini, kita juga tidak lari dari kewujudan sub-budaya sosial sama ada yang positif mahupun negatif.

Sub-Budaya Sosial Masyarakat Di Malaysia
Gambar Hiasan - Google

Apa Itu Sub-Budaya


Bila diperkatakan tentang ‘sub-budaya’, perlu kita fahami bahawa ia adalah satu pecahan budaya ‘micro’ yang ada dalam sesebuah budaya perdana. Sub-budaya dalam masyarakat kini biasanya bersifat ‘underground’ dan ‘anti-establishment’ yang tidak perlu melalui media perdana untuk mempromosikannya. Walaupun ‘micro’, ia mampu mempunyai beribu-ribu ‘follower’ malah berjuta-juta di seluruh dunia dengan sentimen pendirian yang serupa. Jika anda pernah terlibat dalam satu kelompok sub-budaya sosial, pasti anda mengetahui bagaimana sesuatu acara atau mesej itu berkembang kepada seluruh pengikutnya. Kini ia bertambah mudah lagi dalam era IT yang segala-galanya di hujung jari.

Sub-Budaya Dan Pegangan Ideologi

Sub-Budaya Sosial Masyarakat Di Malaysia
Sub-budaya bukan satu trend. Ia adalah fahaman (ideologi), pendirian (attitude) yang mempunyai nilai-nilai perjuangan yang tersendiri. Dalam aspek kehidupan sosial masa kini, ada yang positif dan ada juga yang negatif. Sub-budaya, yang positif boleh diibaratkan sebagai ubat atau antidot yang mampu membunuh penyakit sosial. Tetapi jika negatif, ia ibarat penyakit yang tersebar secara senyap dan mampu menjejaskan sosio-budaya asal sesebuah masyarakat. Ibarat kanser, ada yang terselamat namun ia biasanya memudaratkan jika tidak ditangani dari peringkat awal atau dengan kaedah perubatan yang bersesuaian. Ia pernah berlaku dalam revolusi sejarah moden di dunia ini.

Kebiasaannya, muzik menjadi pengaruh utama. Fahaman sub-budaya ini diterima masuk ke dalam setiap minda manusia sama ada disebabkan kekosongan jiwa, kurangnya penghargaan dan keperihatinan keluarga, ketaksuban terhadap sesuatu minat, pengaruh serta dorongan rakan sebaya atau pelbagai lagi anasir-anasir sosial yang ada. Ia mampu mempengaruhi pendirian dan pegangan hidup individu dalam kehidupan mereka. Meminati apa jua genre dan rentak muzik itu tiadalah bersalahan selagi tidak melalaikan. Ia adalah minat seseorang terhadap sesuatu dan bukanlah bermakna taksub. Minat dan taksub adalah dua perkara yang berbeza.

Sub-Budaya Sosial Masyarakat Di Malaysia

Pendapat aku sendiri, sub-budaya negatif tidak sewenangnya dapat dibentras melalui perundangan kerana secara luarannya ia bukanlah satu kesalahan. Berdasarkan pengalaman pula, aku amat bersetuju menggunakan jalan agama sebagai solusi terbaik. Ya.. tetapi melalui kaedah yang bagaimana? Mengajak mereka ke masjid untuk hanya mendengar tazkirah yang “masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri”, atau didatangkan ustaz yang membuatkan mereka hilang sebelum ustaz-ustaz itu sampai. Atau adakah ustaz-ustaz yang berani mendekati kelompok mereka?... Apa pun, pasti ada cara lain untuk menanganinya dengan lebih halus, kreatif dan berkesan? Persoalan ini aku serahkan kepada anda pembaca yang dihormati, juga kepada mana-mana pengkaji sosial yang membaca coretan ini untuk bersama-sama memikirkannya.


Islam, Budaya Dan Sub-Budaya


Sebagai seorang Muslim, isu ini cukup membuka hati aku terhadap solusi yang telah diberi lebih 1400 tahun yang lalu. Penghayatan alunan muzik dan lirik sememangnya besar pengaruhnya dalam kehidupan manusia. Kerana itu, Islam menggalakkan umatnya mengaji Al Quran dengan alunan bacaan yang merdu dengan tajwid dan hukum yang betul. Melalui kaedah yang strategik dan bersesuaian, ia pasti dapat mempengaruhi hati, menghadamkan ketaksuban serta mampu mendekatkan diri menghayati Islam dengan sebaik-baiknya. Kekosongan jiwa pasti akan terubat dengan menjadikan Al Quran sebagai pegangan dan sumber kekuatan dalam perjuangan kehidupan ini… Subhanallah…

Peranan institusi kekeluargaan, pemimpin dan masyarakat seluruhnya amat penting. Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik dari mengubati dan meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Sekadar peringatan untuk diri sendiri ini juga.


*** Isu sosial berkaitan sub-budaya yang ada di Malaysia berdasarkan pengalaman dan fakta akan menjadi salah satu perkongsian di blog ini dari masa ke semasa untuk pengetahuan dan renungan bersama, in shaa Allah.


Entri yang berkaitan:


Salam Hormat, Salam Berkat.         
Khir Khalid

79 comments:

  1. Orang sekarang terlalu mudah terpengaruh, keprihatinan mereka yang rapat dengan individu terbabit amat penting terutama keluarga tetapi ada juga keluarga yang terlebih open minded kan... Susah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Zumal.. open minded tu kdg2 ada baiknya, tetapi membiarkannya open tanpa bimbingan yg betul tu yg buat susah... mmg susah.. :)

      Delete
  2. takut tengok mcm2 budaya yg keluar sekarng. ank muda sekrg banyak yg hilang jati diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul tu.. pengaruh kawan lebih kuat kesannya.. mmg kena kita tahu gejala2 spt ini...

      Delete
  3. Selalulah kita berdoa agar anak-anak Malaysia kita dilindungi Allah.... segala yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. mudah2an kita semua dilindungi... aamiin..

      Delete
  4. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak remaja sudah tentu rasa gusar dan takut...pokok pangkal kita sebagai ibu bapa kenelah nasihat dan pantau pergaulan anak-anak walaupun kadang kala anak-anak ini yang tidak faham.
    Mereka lebih suka ikut rakan-rakan dan terpengaruh...mereka sendiri kene fikir buruk baik kerana rata-rata anak remaja zaman sekarang terpelajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bunda... bimbingan yg bersesuaian mmg perlu kan.. mudah2an mereka dpt berfikir & membuat pilihan dgn sebaiknya...

      Delete
  5. Melentur buluh biarlah dari rebung.. Pengaruh rakan mmg tidak dinafikan namun ikatan kekeluargaan dan asas agama yg ditanamkan, in shaa Allah boleh menjadi 'pendinding' diri yg kukuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul tu Nurul... asas agama mmg perlu diterapkan dgn bimbingan yg berterusan sesuai dgn peredaran masa... in shaa Allah, dijauhkan...

      Delete
  6. jika hendak melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah golongan muda atau remaja pada hari ini.. pada pandangan peribadi aiza, semuanya bermula dari rumah.. ibu bapa dan masyarakat haruslah bersatu untuk membentuk anak-anak sejak kecil.. anak yang baru lahir ibarat kain putih dan tugas ibu bapa dan masyarakat untuk mencorakkannya.. perbezaan zaman juga mungkin menjadi salah satu faktor mengapa anak-anak semakin sukar dibentuk.. jika di zaman dahulu jiran atau guru boleh menegur anak kita yang melakukan kesalahan, tapi zaman sekarang ibu bapa melenting apabila jiran atau guru menegur, dikatakan pula 'jangan menjaga tepi kain orang'.. menabung exabyte,lazada,colgate,inti,singaporeair untuk khir.. salam hujung minggu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt... kesedaran msykt secara keseluruhan tu penting.. kdg2 ada ibu bapa yg terpelajar & bijak.. bila anak ditegur spt cara kebiasaan dulu2, mulalah nak saman bagai... sbb bijak sgt. Tp ibu bapa yg mcm ni lah yg selalunya tak sedar dikelentong dgn anaknya. Budak2 skrng mmg bnyk yg licik... wallahualam. T kasih Aiza & salam hujung minggu juga.. ;)

      Delete
  7. Didikan awal sbg benteng sub budaya negatif... Mmg jika dh terpwngaruh ssh nk betulkn dgn hukuman.. Dan hukuman pun bkn tindakn yg dpt perbaiki keadaan... Ibu bapa itu sendiri sbg benteng dengan didikan ilmu agama seawal mgkin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... peringatan buat saya juga. Perkara mcm ni mmg tak boleh dibarkan... perlu didikan awal yg sebaiknya kpd anak2 kita semua agar ianya tidak terdorong ke arah yg spt ini...

      Delete
  8. salambro khir..ya kena ada pendekatan dan cara yg berbeza utu menarik kembali minat golongan ni..skiranya hendak dibantu.. zaman dan berupah pendekatan kena lebih sesul dgn semasa.. kadang2 yg dgunakan dahulu x sesual dgn zaman skrg dan sebaliknya :P menabung :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul... budak2 skrng ada yg berani memberontak klu ditegur. Pendekatan secara halus & bijak mmg kena ada sblum in beralih kpd gejala2 yg lebih memburukkan spt dadah & jenayah...

      Delete
    2. ya betul dulu lain skrg lain.. :kena ada perubahan dlm pndekatan..
      klik inti x3

      Delete
  9. kadang-kadang takut dan bimbang dengan pendedahan budaya yang tidak sepatutnya terhadap anak-anak kita...kadang-kadang terfikir juga bagaimana agaknya nasib dan masa depan anak-anak kita...hanya didikan serta menerapan nilai-nilai agama itu sendiri akan yang menghindari segala yang negatif serta doa ibubapa terhadap kesejahteraan dan keselamatan anak-anak...wallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg merisaukan... sama2lah kita berdoa & sentiasa membimbing anak kita agar mereka sentiasa menjadikan kita tempat rujukan terbaik lebih dari kawan2 mereka... Mudah2an dijauhkan dari perkara2 yg buruk... aamiin..

      Delete
  10. Peranan ibu bapa sgt penting utk memantau kegiatan anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu bapa adalah guru & pembimbing yg paling utama & terbaik buat anak2...

      Delete
  11. Wah heavy nya subjek untuk hujung migggu khir ..he..he..nway tengok gambar pun dah ngeri..kesian kat dia orang. Moga dapat kembali ke pangkal jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala kasi heavy sikit hujung minggu ni Raudzah hehee... Semoga masa depan kita semua dilindungi dari berkembangnya sub-budaya yg memburukkan ini... aamiin..

      Delete
  12. Cursor mania & Dark orbit for the weekend..

    ReplyDelete
  13. apa yang penting mencegah lebih baik dari mengubati.. namun tidak semestinya mereka yang terjebak tidak boleh berubah menjadi baik.. menabung inti, churp2, inti, lazada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Aiza.. mudah2an mereka yg berubah dpt membantu mengubah yg lain ke arah kebaikan.. in shaa Allah... T kasih Aiza.. :D

      Delete
  14. perkongsian yg menarik.. cuma yg saya kurang faham, kumpulan2 underground yg positif jugak termasuk dalam katagori sub-budaya sosial ke..? ke, yg negatif saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Pha Is.. sub-budaya adalah komuniti yg berpegang kpd sesuatu fahaman & perjuangan mereka sendiri. Biasanya mereka ada adat2 yg tersendiri... cara bersalaman dan sbgnya yg tersendiri. Kebanyakkan org hanya tahu sub-budaya ini hanya yg negatif shj, tp sebenarnya ada sub-budaya yg positif. Cuma yg negatif terlalu bnyk dari yg positif. Sub-budaya ada yg positif.. Straight Edge adalah satu sub-budaya yg memperjuangkan etika hidup positif dalam dunia yg negatif.. boleh rujuk entri saya ttg straight edge pada link di atas.. In shaa Allah, akan saya perjelaskan lagi ttg lain2 nanti.. T kasih Pha Is.. :)

      Delete
  15. good info Khir...remaja yang kurang mendapat perhatian keluarga mudah terpengaruh dengan ideologi2 negatif seperti ini...ibu bapa memainkan peranan yg amat penting dalam membentuk halatuju anak2 mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul Noe.. peranan ibu bapa sememangnya amat penting sbg guru & sahabat kpd anak2 zaman skrng ni..

      Delete
  16. takut pulak tengok remaja zaman sekarang... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg menakutkan.. yg menyedihkan pula adalah disebabkan ia kebanyakan adalah warga kita sendiri...

      Delete
  17. satu pekongsiaan yang sangat baik , this reality , what happen in our society.. they lack of love from parent and surrounding.. kita mampu mengelakkan , mencegah itu lebih baik dari semakin teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu Acik.. kita mampu mencegahnya bermula dari kesedaran dlm keluarga & msykt seluruhnya... & kita patut mencegahnya...

      Delete
  18. http://myrujukan.com/

    sebuah perkongsian yang menarik dan baik bro

    ReplyDelete
  19. Nilah realitinya... Itu peranan ibubapa mengawal dan mengetahui apa anak mereka buat. Takbolehpercayakan mereka. Pening chegu nengok ibubapa segelintir sekarang ni, pernah kes ibu cakap kat kita... dia sendiri tak boleh nasihat anak??!?!?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu chegu zam... ada pula yg harapkan cikgu utk bertanggungjawab membimbing segala hal utk anak2.. mmg susah bila tiada kesedaran dari awal mcm tu...

      Delete
  20. Sub-sub budaya di Malaysia ni kebanyakannya dicedok secara membuta tuli tanpa memahami secara mendalam tentang ideologi yang diikuti. Ambil contoh gerakan Skinhead Nazi, ia terang-terang gerakan perkauman yang mengutamakan kaum kulit putih, tetapi di Malaysia ramai Melayu berkulit sawo yang tegar mengikut fahaman ini. Padahal, kalau diorang ni pegi campur Skinhead Nazi kat Europe ni, tak pasal-pasal kena terajang dengan mat salleh sebab perbezaan warna kulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt2... ideologi sempit perkauman yg mcm tu mmg tak praktikal sungguh.. mcm mana dia org boleh taksub sgt pun tak taulah... rasanya klu dia org campur dgn Skinhead Nazi Europe bukan setakat kena terajang je, tp sure kena lanyak smpi lunyai sbb copy paste perjuangan & mencemarkan sub-budaya skinhead dia org....

      Delete
  21. Remaja ni suka cuba sesuatu yg baru..kalau kurang perhatian sesat lah dorg..lg2 pengaruh rakan sebaya..mcm yg khir kata sub budaya tu trend..sekarang ni generasi Y dorg sibuk dgn laman2 sosial and game2..semakin hari semakin mencabar utk didik generasi muda..

    click digi kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... anak muda mmg jiwanya mudah memberontak klu tak diselami & dilembutkan dari awal dgn kesedaran agama & kekeluargaan yg betul kan... klu mereka merasakan kawan2 & media2 sosial lebih memahami jiwa dia org dari keluarga sendiri, mmg susah...

      Delete
  22. Inilah yang harus dibayar, bila kurangnya didikan agama dari seawal usia seseorang hamba Allah.. Naudzubillah. Moga yang sudah tersasar jauh diberi hidayah dan inayah dari-Nya..
    Jom join segmen kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... mudah2an diberi kesedaran kpd hati mereka & mudah2an dpt membantu yg lain kembali ke jln yg diberkati... aamiin. In shaa Allah Mummy-Ann.. T kasih.. :)

      Delete
  23. Assalamualaikum khir.. taktahu nak komen apa. semoga mereka semua diberikan hidayah oleh Allah SWT.. selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam... mmg itulah yg mampu kita buat sbg msykt biasa.. berdoalah.. mudah2an juga sesiapa jua yg kita sayangi dilindungi dari terjebak dgn fahaman2 seumpama ini... aamiin.

      Delete
  24. Peranan ibu bapa adalah penting. Sedari kecil perlu dididik dan diawasi. Kebanyakkan remaja yang terpengaruh ini pasti berasal dari keluarga yang porak peranda dan bermasalah. Semoga sub budaya sosial ini tidaklah sampai menghancurkan agama, bangsa dan negara dan hanya mampu berdoa agar mereka diberi petunjuk dan hidayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya itulah harapan kita semua... semoga permasalahan ini dpt di cegah dgn sebaik2nya & tidak sehingga menghancurkan agama, bangsa & negara kita suatu hari nanti. Paling merisaukan ialah bila sesuatu sub-budaya yg negatif ini mampu menuntut hak apa yg mereka mahukan satu hari nanti... nauzubillah. Peranan ibu bapa sbg guru & sahabat utama amat besar peranannya dlm mencegah & menghalang suburnya gejala2 yg tak sihat ini...

      Delete
  25. risau dgn remaja2 sekarang nie..hidup dah makin bebas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 skrng mmg perlu dibimbing dari awal lagi... tak boleh terlalu disekat, tp perlu dibimbing selalu agar mereka tak memberontak jiwanya... wallahualam...

      Delete
  26. Sad to see anak-anak muda yang terlalu mudah terikut-ikut dan digest sesuatu yang di luar budaya kita... kita pun pernah muda, pernah juga ada konflik identiti tapi Alhamdulilah kita masih ingat, masih tau di mana limit nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg membezakan sesetengah dari kita dgn mereka kan.. walau bercampur & pernah juga mengetahui trend2 semasa, tetapi tak pula sampai nk dijadikan budaya kehidupan... Alhamdulillah...

      Delete
  27. adoyy.. sakit mata n sakit hati plak tgk deme ni.. kita pun pnah layan gig n konsert jugak tp xdelah smpai mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul tu Ain..golongan2 negati spt ini yg merosakkan identiti hiburan & muzik itu sendiri.. dari suka2 jadi havoc merapu...

      Delete
  28. bila lihat apa yang berlaku kepada anak muda sekarang, semacam dah boleh agak apa yang bakal berlaku masa hadapan, apa pun manusia bila2 masa boleh berubah,..kadang susah nak jangka perangai orang..mana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadiakan sempadan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro Fizi.. sama2lah kita berdoa agar kita semua dijauhi dari perkaera2 yg merugikan ini.. aamiin..

      Delete
  29. takut dgn semua ini..moga diri terlindung......

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah Ikhwan.. sentiasalah kita semua berdoa agar sentiasa dilindungi... aamiin..

      Delete
  30. Budaya sebegini kadang2 susah nak kata salah siapa... ibubapa ke? pengaruh kawan2? kejutan budaya? ibubapa berdoa yang terbaik untuk anak2... minta dijauhkan dari perkara buruk sebegini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Idah.. boleh dtg dari pelbagai punca kan... yg lagi menyedihkan bila diri sendiri yg mmg dah minat kpd perkara yg menyalah2.. nauzubillah. Semoga kita & seluruh keluarga kita semua dijauhi... aamiin..

      Delete
  31. Aku pun tak faham macam mana diorang boleh suka dengan gaya diorang macam tu. AKu tengok nak terbeliak mata dengan rambut terpacak dengan berwarna itu belum lagi parti liar diorang. Kesian. Kurang didikan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa gempak yg tiada faedah kan.. mmg kesian bila memikirkan ttg cara mereka berfikir & memandang dunia ni...

      Delete
  32. woo saudara khir, kagum dengan penerangan saudara khir
    berkenaan isu ni yang semakin menjadi nanah dalam masyarakat kita hari ni
    apapun terima kasih ye saudara khir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an menjadi pengetahuan utk kebaikan & peringatan kita semua.. T kasih kembali Yana.. :)

      Delete
  33. Bahaya sekarang ni... dah ada macam2 budaya dan kebiasaannya anak-anak remaja yang akan terpengaruh.. BTW perkongsian yang amat berguna bro.. kalau tidak dibendung skrg...kelamaan akan menjadi kudis dlm masyarakat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul tu.. mudah2an ia dpt dicegah bermula dgn kesedaran diri & dlm keluarga kita semua.. in shaa Allah...

      Delete
  34. budak2 ni senang sangat terpengaruh dgn budaya luar yang liar...tak datangkan faedah pon tapi tak tau lah ape yang dorang pikirkan..mungkin trend dan keseronokan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesetengahnya yg mmg nak rasa gempak & diberi perhatian seolah2 mereka berani & rebel.. wallahualam.

      Delete
  35. Nampaknya Tuan Khir berjaya membuka satu perdebatan yang komprehensif dalam melontarkan pandangan. Tahniah!

    Benar, cara untuk kita menangani "masalah" ini haruslah yang terbaik. Tidak semua masalah boleh ditangani dengan satu cara sahaja, kena pilih pendekatan yang sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. mudah2an membuka mata semua pihak utk yg terbaik cikgu Helmi.. in shaa Allah. T kasih.. :)

      Delete
  36. Kehilangan jati diri dan terlalu terbuka pd yg namanya permodenan juga memang menjerumus seseorang kepada kepada gejala yg begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul tu kak Lynn.. bnyk pengaruh dtg dari saluran permodenan.. baik atau buruk bergantung kpd pengaruh mereka dgn kawan2 & didikan keluarga.. wallahualam. Mudah2an kita semua dilindungi... aamiin..

      Delete
  37. Salam.
    Takut tengok artikel ni. Tapi kita tak boleh sewenangnya menyalahkan mereka dan menghukum mereka. Biasanya golongan sebegini lahir dari keadaan sekeliling yang menekan mereka, dan akhirnya mereka memberontak.

    ReplyDelete
  38. dari pemerhatian saya , mereka yg terjebak dlm gejala sosial ini memiliki latarbelakang yg bermasalah . selalunya kerana kehidupan dlm rumah yg x harmoni , mengabaikan agama , ibu bapa yg mengejar dunia sehingga anak terbiar . malah ada juga ibu bapa yg syg berlebihan hingga sokong saja apa yg anak buat asalkan x mencuri dan bunuh org ... saya percaya , pembentukan peribadi seseorg itu bermula dari rumah . ibu bapa yg memberi perhatian sewajarnya menjadikan si anak rasa berada di rumah bersama keluarganya lebih mendamaikan dan bahagia . maka keinginan utk terlibat dlm gejala sosial seperti itu tak terlintas pun di hati mereka . bukan susah pun sebenarnya klu ustaz2 itu nak mendekati mrk . bukankah itu tanggungjawab seorang pendakwah yg meneruskan tugas Rasulullah ? ... panjanglah pulak . nak kkbox 2x lah .

    ReplyDelete

Powered by Blogger.