CEFR Perkasa Pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia

CEFR Perkasa Polisi Pendidikan Bahasa Inggeris Di Malaysia – Bersempena 6th British Council New Directions in English Language Assessement Conference 2018, saya berpeluang menjalankan sesi temubual eksklusif bersama Profesor Barry O’ Sullivan, Head of Assessement, British Council dan Profesor Zuraidah Mohd Don, Chair of the English Language Standard and Quality Council, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan pandangan pakar tentang implikasi dan perlaksanaan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) dalam memperkasa polisi pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia sebagai landasan pemantapan modal insan selaras aspirasi Malaysia Education Blueprint (2013 – 2025).

CEFR, British Council, Khir Khalid,

Perkasa Polisi Pendidikan Bahasa Inggeris 

Selaras dengan tema ‘Standards in Learning System‘, persidangan New Directions in English Language and Assessement 2018 ini merupakan yang pertama di Malaysia. Berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, ia dihadiri para pemikir intelek, warga pendidik, profesional dan penggiat Bahasa Inggeris tempatan dan antarabangsa.

CEFR merupakan framework memperkasa kemahiran Bahasa Inggeris yang telah terbukti melalui perlaksanaannya di negara-negara Eropah. Ia diperkenalkan oleh Majlis Eropah pada tahun 1990, bagi menggalakkan kerjasama antara guru Bahasa Inggeris dalam menilai, mendidik dan membimbing pelajar melalui pendekatan khusus yang bersesuaian dengan kemampuan input pelajar.

Terdapat 6 tahap CEFR dalam framework penilaian pembelajaran Bahasa Inggeris iaitu;

– A1 – Tahap Permulaan (Beginner).
– A2 – Tahap Kemahiran Asas (Elementary).
– B1 – Tahap Pertengahan (Intermediate).
– B2 – Tahap Pertengahan Atas (Upper Intermediate).
– C1 – Tahap Maju (Advance).
– C2 – Tahap Mahir (Proficient).

Melalui framework CEFR ini, konsep pembelajaran dan pendekatan pendidikan Bahasa Inggeris sentiasa ditambahbaik mengikut penilaian dan keperluan tuntutan semasa. Ia bukan sekadar kepentingan dalam pemantapan akademik tetapi sebagai landasan pemerkasaan modal insan.

CEFR, British Council Malaysia, Khir Khalid,
Kredit foto: British Council Malaysia

Perlaksanaan CEFR Dalam Pendidikan Di Malaysia

Perlaksanaan CEFR baru sahaja bermula di Malaysia pada tahun 2018. Kementerian Pendidikan Malaysia kini sedang giat dalam usaha menerapkan kefahaman rangka kerja CEFR secara menyeluruh melalui taklimat dan kursus.

Melalui temubual bersama Professor Barry O’ Sullivan dan Profesor Zuraidah Mohd Don turut menjelaskan, CEFR merupakan satu rangka kerja terbaik namun perlu ada usaha dan penglibatan tersendiri dikalangan pakar tempatan dalam membina pendekatan pembelajaran mengikut kesesuaian dan kemampuan para pendidik serta pelajar di Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah melantik badan pentaksiran dibawah institusi pengajian tinggi bagi menilai tahap prestasi pengajaran dan pembelajaran di bermula pra-sekolah, sekolah rendah dan menengah bagi menambahbaik pendekatan Bahasa Inggeris yang lebih mampan.

Justeru, CEFR merupakan ‘framework’ terbaik memperkasa polisi pendidikan negara dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Ia perlu difahami oleh warga pendidik dan pelajar, termasuk ibu bapa dalam menyokong pengukuhan modal insan dikalangan anak-anak demi mendepani arus kemajuan era digital dan globalisasi kini.

CEFR menyediakan intervensi rangka kerja penguasaan pendidikan Bahasa Inggeris sebagai aset penting generasi kini dan masa hadapan dalam jaringan perantaraan global yang mampu membina kebolehpercayaan industri dan pasaran serta nilai sosio-masyarakat Malaysia yang berdaya maju.

Baca lagi: Persidangan The British Council New Directions 2018

12 Thoughts to “CEFR Perkasa Polisi Pendidikan Bahasa Inggeris Di Malaysia”

  1. Lebih banyak bahasa boleh dan mampu dikuasai lebih mendatangkan banyak kelebihan pada seseorang itu.Sebenarnya ianya juga boleh menjadi satu kerjaya dan sumber pendapatan.Moga usaha ini mencapai sasaran sebaik-baiknya.

    1. Setuju.. ia jadi platform perhubungan dan memperkasa kerjaya juga.

      1. Khun Matt

        You’re right Sir.

    1. Terima kasih Zarul Farhana. Moga bermanfaat

  2. Semoga benar2 terlaksana..harap tak macam PPSMI yang dihentam perlaksanaannya lalu di tangguh ganti pula lagi DLP

    1. Mudah2an cikgu Etuza.. moga terlaksana secara holistik dan bersepadu utk kebaikan pendidik dan pelajar seluruhnya, in shaa Allah.

  3. Semoga mutu bahasa inggeris anak-anak kita lebih baik. Tak rugi belajar tentang bahasa.

    1. Mudah2an.. betul, mmg tak rugi sbb ia cabang ilmu yg boleh meluaskan lagi pelbagai aspirasi bermanfaat disamping membina hubungan yg lebih baik dan meluas.

  4. Pendekatan terbaik untuk masa depan anak bangsa kita

    1. Setuju.. semoga terus diperkasa utk ilmu yg lebih mampan.

  5. belajar bahasa x penah rugi…

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.