Tinjauan Blog Khir Khalid

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera Berdasarkan perkongsian dan inspirasi dari sahabat-sahabat blogger, aku bercadang untuk m...

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Berdasarkan perkongsian dan inspirasi dari sahabat-sahabat blogger, aku bercadang untuk membuat beberapa tinjauan terhadap blog picisan ini. Bukanlah aku arif dalam perkara-perkara berkaitan SEO, keywords dan sebagainya, tetapi teringin meninjau sekadar menjadi rujukan dan nukilan semangat buat diri sendiri.

Tinjauan pertama yang aku buat adalah berkenaan rangking Alexa. Alhamdulillah.. Dalam setahun jagung berblogging, blog ini menduduki tangga ke 1,520 antara puluhan ribu blog di Malaysia. Manakala, dalam jutaan blog yang ada di dunia, aku tersenarai ditangga yang ke 232,266. Ok lah kiranya buat aku yang masih kurang arif dalam ilmu berblogging ni… syukurlah…


Kedua, aku telah men’google’ nama sendiri di carian Google dan mendapati ada 2 “Khir Khalid’ yang menduduki carta teratas carian Google di Malaysia. Aku berkongsi nama dengan seorang ‘make-up artist’ yang tidak asing dikalangan artis-artis wanita popular tanah air.

Blog khirkhalid.com menduduki carian pertama Google diantara 1,150,000 senarai carian yang ada bersama-sama beberapa artikel dan gambar berkaitan solekan artis-artis wanita popular dan isu-isu berkaitan politik. Harap-harap, Erra Fazira artis-artis wanita yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat jurusolek profesional tidaklah terkeliru dan tersalah ‘contact’ Khir Khalid pulak huhu.. :D


Selain itu, tergerak juga untuk mencuba beberapa tinjaun berkenaan nilai blog. Nilai yang paling seronok aku tengok adalah melalui penilaian dari Bursa Saham Wall Street netvaluator.com dengan nilai USD 12,946,560.00 USD 12,946.56. Wahh layan jelah Jebat... nilai hartanah dah naik neh hehee.. :D



Bagi carian berkaitan artikel, ada juga beberapa entri menduduki tangga teratas di carian Google yang kebanyakkannya berkaitan isu koreksional dan sosial. Isu berkaitan Penjara Sejahtera, Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Kelab Skateboard dan Straight Edge adalah antara yang menduduki muka hadapan dan teratas di carian Google.


Ingin juga aku coretkan di sini yang aku amat bersyukur kerana telah menerima panggilan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menjadikan blog ini sebagai rujukan perkara-perkara berkaitan pengajian dan pengkajian sosial USIM. Adalah menjadi harapan, mudah-mudahan melalui perkongsian yang ada di blog ini dapat dijadikan satu-satunya salah satu rujukan praktikal untuk para pengkaji sosial sama ada di peringkat institusi-institusi pengajian, pendidikan dan juga kepada seluruh masyarakat Malaysia... in shaa Allah.

Justeru, jutaan penghargaan aku tujukan khas kepada sahabat-sahabat blogger sekelian atas ukhuwah, sokongan dan perkongsian ilmu yang sangat berguna di alam maya ini. Semoga bersama kita semua beroleh kejayaan yang berterusan dengan sepenuh keberkatan… aamiin.

Terima kasih semua.


Salam Hormat, Salam Berkat.



COMMENTS

BLOGGER: 88
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Tinjauan Blog Khir Khalid
Tinjauan Blog Khir Khalid
http://2.bp.blogspot.com/-LvAaFztfdLE/UxeJT4FE6HI/AAAAAAAAFG0/7BMbHlnahss/s1600/Screenshot+2014-03-06+00.35.04.png
http://2.bp.blogspot.com/-LvAaFztfdLE/UxeJT4FE6HI/AAAAAAAAFG0/7BMbHlnahss/s72-c/Screenshot+2014-03-06+00.35.04.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/03/tinjauan-blog-khir-khalid.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/03/tinjauan-blog-khir-khalid.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy